Dutch Lady Milk Industries Berhad telah membawa rakyat Malaysia bersama melalui pengalaman virtual Ramadan yang penuh makna

Jenama tenusu kegemaran Malaysia memperkenalkan kembali susu Kurma dan Ros Bandung edisi terhad sempena Ramadan

PETALING JAYA, 15 May 2020 – Dutch Lady, jenama tenusu nombor satu di Malaysia, membawa kembali dua produk susu berperisa Kurma dan Ros Bandung  sempena bulan Ramadan atas permintaan ramai.  Ianya memberikan khasiat yang baik dan tambahan tenaga dengan rasa yang enak untuk membantu rakyat Malaysia dalam menjalani ibadah pada bulan yang penuh bermakna ini sambil bermuhasabah diri serta meluangkan masa bersama keluarga.

Diperbuat dari ekstrak kurma dan ros sebenar, Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung dihasilkan untuk memasti umat Islam di Malaysia mendapat nutrisi secukupnya untuk kekal cergas dari sahur hinggalah ke waktu iftar terutamanya dalam menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Umat Islam di Malaysia bermula hari mereka dengan Dutch Lady Kurma untuk memberi tenaga berpanjangan untuk berpuasa sepanjang hari. Mereka boleh mengakhiri hari mereka dengan segelas Dutch Lady Ros Bandung pada waktu iftar bersama keluarga tersayang. Pada tahun ini Bazar Ramadan seluruh negara tidak beroperasi dan susu Dutch Lady Ros Bandung menjadikan alternatif yang lebih sihat dan enak berbanding air yang anda selalu beli di bazar itu.

Sementara negara kita menyambut Ramadan dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkan ini dan dalam mempraktikan juga amalan penjarakan sosial untuk kebaikan semua, siri Virtual Ramadan mengadakan buat julung kalinya ini membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat majoriti beragama Islam untuk menyambut Ramadan pada tahun 2020 sebaik mungkin sambil memenuhi matlamat kami untuk terus memberi nutrisi terbaik kepada negara. Siri Virtual Ramadan ini bakal menyaksikan kolaborasi diantara Dutch Lady, jenama tenusu Malaysia No.1 dan selebriti ibu, Syatilla Melvin (@samtilla) dan Eina Hazman (@eina_azman) sebagai hos bagi siri ini yang bersiaran secara langsung di Instagram mereka untuk merapatkan diri mereka bersama komuniti dan juga berkongsi persiapan mereka ketika waktu sahur dan juga iftar. Strim live Syatilla telah berlangsung pada 25 April 2020, manakala Eina bersiaran pada 9 May 2020.

“Kami memahami bahawa sambutan Ramadan yang menyambut tanpa keluarga tersayang mungkin merupakan satu cabaran mental dan emosi untuk ramai diantara kita kerana Ramadan antara waktu yang digunakan untuk merapatkan silaturrahim dan jurang diantara keluarga dan teman rapat,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta.

“Kami mengambil kira kepentingan waktu ini, dan tidak teragak-agak untuk memperkenalkan siri  #DLVirtualRamadan dalam usaha untuk membawa komuniti bersama untuk berkongsi pengalaman dalam menyambut sambutan yang penuh bermakna ini dengan semangat perpaduan dan mengambil peluang ini untuk muhasabah diri. Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat menggalakkan keluarga untuk memperkukuhkan hubungan pada waktu ini dengan Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung melalui tradisi menyediakan hidangan pada bulan Ramadan iaitu semasa waktu sahur dan juga iftar,” tambah Tarang.

#DLVirtualRamadan Dutch Lady bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diantara rakyat Malaysia dikala ramai merasakan hubungan sudah terputus disebabkan oleh penjarakan sosial yang perlu diamalkan. Peminat yang telah pun menyaksikan IG live Syatila Melvin dan Eina Azman telah mendapat peluang turut serta dalam persiapan Ramadan mereka dan mendapat tip kegemaran pada bulan yang mulia ini. Untuk terus memanfaat situasi ini, penonton menjangkakan pengalaman iftar yang menarik bersama selebriti ibu tersebut dapat menyaksikan resepi yang menarik untuk persediaan sahur dan iftar. Untuk pengalaman yang lebih menyeluruh, penonton turut dapat bertanya soalan kepada Syatilla Melvin dan Eina Azman tentang penyediaan Ramadan dan berpeluang untuk memenangi kit Ramadan Dutch Lady Istimewa.

Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung kini mendapat di kesemua pasaraya dan pasar besar serta platform e-dagang di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut berkaitan siri #DLVirtualRamadan, layari laman Instagram Dutch Lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan laman Facebook di https://www.facebook.com/dutchladymalaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung, layari www.dutchlady.com.my.

Dutch Lady Milk Industries Berhad brings Malaysians together through meaningful virtual Ramadan experience
#DLVirtualRamadan IG KV
© 2023 BlackButterfly DesignArts