Dutch Lady Membawa Harapan Untuk Ibu Bapa Dengan Dana Pendidikan Kanak-Kanak SSPN-i Sebanyak Rm25,000

#DanaRM1JutaHarapan memberikan 40 kanak-kanak peluang untuk masa hadapan yang lebih cerah dan kukuh

KUALA LUMPUR, 28 April 2021 – Dutch Lady, jenama Malaysia yang dipercayai selama 58 tahun, melancarkan #DanaRM1JutaHarapan untuk membantu ibu bapa menyediakan asas yang kukuh demi masa depan anak-anak mereka. Kempen seluruh negara ini memberikan peluang kepada  ibu bapa untuk memenangi dana pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), berjumlah RM25,000 buat anak-anak mereka. Seramai 40 kanak-kanak akan mendapat manfaat daripada jumlah keseluruhan dana yang bernilai RM1,000,000.

“Pada masa-masa yang tidak menentu seperti ini, ibu bapa di seluruh negara sedang berhadapan dengan pelbagai kebimbangan. Berita baiknya adalah mereka tidak perlu berkompromi dengan masa hadapan anak-anak hanya kerana mereka mengharungi masa-masa yang tidak menentu. Dutch Lady adalah satu jenama yang sentiasa percaya bahawa asas yang kukuh amat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Selain daripada persekitaran yang penuh kasih sayang dan pengasuhan, yang paling penting ialah kanak-kanak mendapat nutrisi yang betul untuk membesar dengan kuat dan sihat.”

Dengan pelancaran kempen Dutch Lady #DanaRM1JutaHarapan, kami harap dapat membantu menyokong pendidikan 40 kanak-kanak, bagi memberikan mereka permulaan yang kukuh dari segi nutrisi dan juga asas yang kuat untuk mereka mencapai impian masing-masing,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Turut menambah, Pengarah Pemasaran, Nutrisi Khusus DLMI, Zatur Hassim berkata. “Kempen Dutch Lady #DanaRM1JutaHarapan berlangsung dari 5 April hingga 30 Mei 2021. Sepanjang tempoh kempen ini, dengan setiap pembelian produk susu tepung formula untuk kanak-kanak bernilai RM40, pelanggan berpeluang mencalonkan seorang kanak-kanak yang  mungkin menjadi salah satu daripada 40 nama bertuah yang terpilih!”

Selaindana pendidikan, kempen ini juga akan memberikan 160 hadiah saguhati yang terdiri daripada peranti pintar. Seramai 5 pemenang akan dipilih untuk menerima dana pendidikan manakala 20 hadiah saguhati akan diberikan setiap minggu.

Aktivis sosial yang menyokong inisiatif ini termasuklah Dato’ Dr Hartini Zainudin, pengasas Yayasan Chow Kit dan Naib Presiden Voice of the Children, dan Syed Azmi Alhabshi, yang menjalankan banyak projek komuniti termasuklah PUAK (Persatuan Untuk Anak Kita) Payong. Turut memberi sokongan kepada kempen ini adalah selebriti media sosial terkenal, yang terdiri daripada daripada guru dan ibu bapa yang menggalakkan rakyat Malaysia supaya menghantar pencalonan mereka untuk dana tersebut.

Untuk menyertai dan mencalonkan seorang kanak-kanak, ikuti 3 langkah mudah ini:

  1. Beli mana-mana rangkaian produk susu tepung formula atau makanan pendietan berformula Dutch Lady untuk kanak-kanak bernilai RM40 atau lebih (DUTCH LADY 123, 456, 6+ atau DUTCH LADY MaxGro).
  2. Calonkan seorang kanak-kanak dengan melayari www.smartmoments.com.my dan muat naik resit dan gambar kreatif kanak-kanak berkenaan yang sedang melakukan aktiviti kegemarannya bersama penjelasan ringkas aspirasi anda terhadap kanak-kanak tersebut dalam 100 perkataan atau kurang.
  3. Ikuti pengumuman pemenang setiap minggu selama 8 minggu, dengan Hadiah Utama 40 Dana Pendidikan bernilai RM25,000 setiap satu daripada SSPN-i dan hadiah saguhati berupa 160 peranti pintar!

DUTCH LADY 123, 456 dan 6+ menyediakan nutrisi yang disesuaikan untuk kanak-kanak berumur antara 1 hingga 6+ tahun dengan 5X DHA* yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak. Formulanya tinggi dengan protein untuk membantu perkembangan fizikal anak anda serta mengandungi 20 vitamin dan mineralTinggi dengan vitamin A,C,D, dan E, ia membantu menyokong daya ketahanan badan kanak-kanakˇ.

DUTCH LADY MaxGro adalah pemakanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 -9 tahun. Ia dirumus khas untuk menyokong si manja dengan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan^ (Malaysia RNI 2017) bagi memastikan si manja mempunyai pemakanan yang lengkap dan seimbang. Gabungan pengasuhan yang betul dan nutrisi yang seimbang daripada rangkaian produk Dutch Lady, setiap kanak-kanak boleh membesar dengan sihat, bijak dan kuat.

Sokong pertumbuhan dan perkembangan sihat anak anda dengan DUTCH LADY 123, 456, 6+ dan DUTCH LADY MaxGro, yang boleh didapati di semua cawangan peruncitan utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan produk Dutch Lady, sila layari www.smartmoments.com.my.

Rujukan:

*5X DHA: Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).

ˇVitamin yang menyokong daya ketahanan badan: Vitamin A & D (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2906676/); Vitamin C & E (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK230984/)

^80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) Seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C

© 2023 BlackButterfly DesignArts