Dua Orang Mahasiswa dari Kumpulan “Too Good Duo” Muncul sebagai Juara Peringkat Negara (Malaysia) dalam The 3M Inspire Challenge

Kumpulan tersebut akan membentangkan solusi bertemakan kelestarian mereka di Pusingan Akhir Peringkat Serantau, dan bersaing dengan lima kumpulan dari rantau yang lain untuk menjadi juara keseluruhan

25 Ogos 2021 – Dua pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Peringkat Negara dalam The 3M Inspire Challenge, iaitu pertandingan peringkat serantau yang dianjurkan oleh syarikat sains bertaraf global, 3M untuk menemukan solusi dalam aspek Teknologi, Kelestarian, dan Inovasi.

Dua Orang Mahasiswa dari Kumpulan “Too Good Duo” Muncul sebagai Juara Peringkat Negara (Malaysia) dalam The 3M Inspire Challenge
Winning Solution-Smart Bandages

Terdiri daripada Mohd Fahad Saleem dan Nur Liyana Syasya Mohd Zamuri yang berusia 24 tahun serta mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan (Kepujian) yang sama, kumpulan tersebut berjaya mengatasi 12 kumpulan yang lain di Malaysia dengan solusi Smart Bandages(Pelekat Luka Pintar) mereka,ia melibatkan pengubahsuaian produk, Nexcare™ Waterproof Bandages menggunakan nanokomposit hijau untuk menambahbaik dan memantau proses penyembuhan luka. Mereka juga berjaya memenangi USD$1,000, dan peluang untuk menjalani latihan industri bersama 3M Malaysia Sdn. Bhd.

Dua universiti lain yang disenarai pendek dalam pusingan separuh akhir peringkat tempatan ialah The 3mblazers / The Dent Maker:

  • Naib Johan: The 3mblazers
    • Solusi: Menaik taraf teknologi rantaian blok untuk menggiatkan anjakan digitalisasi 3M
    • Ahli kumpulan:
      • Kua Jian Duo, Xiamen University Malaysia, 20
      • Li Lingxiao, Xiamen University Malaysia, 20
      • Wong Angus, Xiamen University Malaysia, 21
      • Li Nuohan, Xiamen University Malaysia, 20
  • Tangga Ketiga: The Dent Maker
    • Solusi: Merevolusi tugas membasuh pinggan dengan semburan Surf-Ace yang berciri antiminyak serta antimikrob
    • Ahli kumpulan:
      • Chua Hock Siang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 25
      • Saw Zhi Kuan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 24
      • Husna Fatimah binti Mohd Zamri, Universiti Kebangsaan Malaysia, 24
      • Jonathan Yuen Jun Xian, Universiti Kebangsaan Malaysia, 24

Pusingan separuh akhir yang telah mengambil tempat secara virtual pada tanggal 24 Ogos 2021, menyaksikan sebuah panel juri yang mempunyai latar belakang dalam bidang sains dan teknologi, penyelidikan dan pembangunan, pengurusan perniagaan, pengangkutan, serta pendidikan berkongsi pendapat mereka mengenai idea-idea para finalis. Panel tersebut antaranya meliputi:

  • GT Lim, Ketua 3M Malaysia
  • Chan Yen Sze, Ketua Operasi R&D, 3M Asia Tenggara
  • Melvin Devadass, Ketua Segmen Pasaran bagi Divisyen Pasaran Elektrikal, 3M Global
  • Khairul Azhar Abdul Karim, Ketua Pasaran & Urusan Kerajaan Asia Tenggara, 3M
  • Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak CMLT, Timbalan Pengarah bagi Hubungan Industri & Pengkomersialan, Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Ahli kumpulan yang menjuarai Peringkat Negara, Mohd Fahad Saleem, 24, telah mengongsikan inspirasi bagi solusi yang dibawakan oleh kumpulan beliau: “Kebanyakan kita menyimpan pelekat luka di kediaman kita, juga kerana sejak berdekad yang lalu, kita semakin sedar betapa pentingnya amalan rawatan luka yang betul. Kami telah mencetuskan idea Smart Bandages ini untuk menawarkan sebuah produk yang dapat memantau proses penyembuhan luka yang berperingkat dengan lebih baik serta membekalkan kondisi yang optimum untuk kulit dan tisu bagi proses penyembuhan agar pengguna dapat menjalani hidup mereka seperti biasa tanpa khuatir tentang luka mereka.”

Susulan kejayaan kumpulan tersebut di peringkat negara, cabaran ini akan beralih ke peringkat yang seterusnya. Pada tanggal 21 September, pemenang akan mara ke Pusingan Akhir Peringkat Serantau, di mana kumpulan ini berserta dengan lima kumpulan yang lain dari Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam akan bersaing di hadapan panel juri untuk memenangi gelaran “Juara Peringkat Serantau” serta hadiah wang tunai bernilai USD$2,000.

Ketika mereka membuat persiapan bagi peringkat yang terakhir ini, setiap kumpulan akan terus diberikan akses ke atas mentor 3M masing-masing yang akan membantu untuk mengasah idea mereka.

“Saya mengagumi solusi dan inovasi yang dibawakan oleh para peserta,” ujar GT Lim, Ketua 3M Malaysia. “Ia penting dalam membantu menaik taraf perniagaan kami serta menangani cabaran dunia. Kami berbesar hati untuk menyediakan platform seperti ini bagi mendukung dan memperkasakan generasi peneraju, pemikir, dan pencipta yang seterusnya dari pelbagai latar belakang.”

Dua Orang Mahasiswa dari Kumpulan “Too Good Duo” Muncul sebagai Juara Peringkat Negara (Malaysia) dalam The 3M Inspire Challenge
Opening Remarks by GT Lim, Country Leader, 3M Malaysia

Persaingan yang sengit menanti di Pusingan Peringkat Serantau

Hanya sebulan sahaja berbaki sebelum kita dapat menyaksikan pusingan cabaran ini yang terakhir, dan kehangatannya kian dirasai.  

Pusingan Akhir Peringkat Serantau bakal menyaksikan 21 pelajar dari enam buah kumpulan membentangkan solusi mereka kepada para pakar di benua Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti pembuatan dan rantaian bekalan, penyelidikan dan pembangunan, kelestarian, penjenamaan dan komunikasi, serta pengurusan perniagaan. Mereka terdiri daripada:

  • Kiyoshi Endo, Naib Presiden, Operasi Kilang, Pembuatan & Rantaian Bekalan, 3M Asia Pasifik
  • Chan Yen Sze, Ketua Operasi R&D, 3M Asia Tenggara
  • Jun Lee, Ketua Kelestarian bagi Asia, Ketua Jenama & Komunikasi, Etika & Piawaian bagi Korea, 3M
  • Napaporn Ratanasaenghirun, Ketua Kumpulan Perniagaan Serantau Asia Tenggara, Kumpulan Perniagaan Pengguna, 3M

Jadual penuh pertandingan tersebut

TarikhAktiviti
23 April 2021Pendaftaran dibuka bagi The 3M Inspire Challenge
22 Mei 2021 7 Jun 2021Tema cabaran diumumkan dan penyerahan dibuka pada jam 0000, 22 Mei 2021Pendaftaran ditutup pada jam 2359
21 Jun 2021Penyerahan ditutup pada jam 2359
Menjelang 20 Julai 2021Kumpulan yang disenarai pendek dimaklumkan untuk bertanding dalam Pusingan Separuh Akhir Peringkat Negara
Menjelang 13 Ogos 2021Sesi bersama Mentor 3M diadakan dengan kumpulan yang disenarai pendek (bersama wakil negara)
24 Ogos 2021Cabaran Persembahan Pusingan Separuh Akhir Peringkat Negara (Pusingan 1)Pengumuman Juara Peringkat Negara
Menjelang 15 September 2021Sesi bersama Mentor 3M diadakan dengan kumpulan yang disenarai pendek
21 September 2021Cabaran Persembahan Pusingan Akhir Peringkat Serantau (Pusingan 2)Pengumuman juara dan para pemenang tangga teratas di Peringkat Serantau
© 2023 BlackButterfly DesignArts