DREAME Hadir di Malaysia dengan Pelancaran Pembrsih Vakum Wet & Dry H11 dan H11 Max

Uniqbe memulakan Inisiatif CSR berinspirasi-Dreame untuk Kanak-kanak Make-A-Wish Malaysia

Kuala Lumpur, 1 November 2021 – Uniqbe (M) Sdn Bhd (Uniqbe), pengedar tunggal Dreame di Malaysia, hari ini melancarkan Dreame dengan memperkenalkan pembersih vakum Wet & Dry H11 dan H11 Max.

Dreame, sebahagian daripada ecosistem Xiaomi menumpukan perkakas rumah dengan teknologi astrodinamik terkini. Visi Dreame adalah untuk mempertingkatkan kualiti hidup pengguna sejagat dalam membersihkan rumah dengan mudah. Ini adalah hasil dari penyelidikan, pembangunan dan inovasi produk yang dilakukan Dreame secara berterusan.

Mr Edward Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies, berkata bahawa dengan pelancaran Dreame di Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan mendapatkan perkakas rumah yang berteknologi tinggi pada harga yang amat kompetitif.

“Dengan wujudnya rangkaian vakum Dreame H11, mengemop lantai kini berbeza. Ia bukan lagi kerja rumah yang berat. Rangkaian Dreame H11 menjadikannya hanya kerja mudah. Bersempena pelancaran produk ini, kami akan menawarkan rangkaian H11 pada harga pengenalan yang menarik agar produk hebat ini dapat dinikmati semua” ujar beliau.

Bersempena dengan pelancaran ini, satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) turut diumumkan oleh Uniqbe, di mana Uniqbe akan menyalurkan sejumlah hasil jualan rangkaian H11 bagi memenuhi impian kanak-kanak melalui kolaborasi bersama Make-A-Wish Malaysia. 

Menurut Mr Roc Wu, pengasas bersama Dreame Technology, komitmen jenama Dreame adalah untuk menghasilkan produk bertaraf dunia dengan teknologi terkini. Usaha ini dapat dilihat melalui tenaga kerja yang terdiri daripada 50% jurutera yang berpengalaman dalam bidang aerospace dynamics. Tenaga kerja yang bukan jurutera juga memainkan peranan yang besar dalam proses perkongsian input penggunaan dan pengujian produk.

“Jurutera dan penguji bekerja secara simbiotik bagi memenuhi keperluan pengguna. Kami meneruskan usaha untuk menambahbaik urusan kerja rumah. Kami berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang terbaik”, kata beliau.

Vakum H11 dan H11 Max menggunakan rekaan dua tangki yang inovatif. Air bersih dan cairan pembersih disembur secara berterusan daripada tangki sebesar 900ml semasa berus penggelek sedang bekerja. Pada masa yang sama sistem internal pengasing habuk terus membuang habuk dan air daripada berus ke dalam tangki air kotor sebesar 500ml bagi memastikan berus penggelek kekal bersih semasa mengemop. Bateri berkapasiti besar dengan runtime tidak kurang dari 30 minit menjadikan ia lebih mudah untuk membersihkan rumah yang lebih luas.

Berus penggelek bukan sahaja akan dibilas dan dibersihkan secara automatik semasa sedang diguna, terdapat juga mod pembersihan kendiri untuk pembersihan lebih mendalam. Hanya letakkan vakum di tempat pengecas dan tekan butangnya untuk membersihkan berus penggelek dengan lebih sempurna tanpa perlu melakukan sendiri secara manual.

Pintar dan mudah merupakan fokus utama rangkaian vakum Wet & Dry Dreame H11. Paparan skrin LED yang intuitif dan prom suara pintar memberikan arahan jelas dan tepat bagi memastikan prestasi pembersihan terbaik. Bagi memberikan pengalaman terbaik untuk pengguna, kedua-dua vakum dilengkapi dengan ciri kendalian mudah, ringan dan bantuan kuasa tolakan yang menjadikan ia vakum ligat yang memerlukan tenaga yang begitu minimum dari pengendalinya.

H11 Max didatangkan dengan ciri tambahan seperti Mod Pengesan Habuk Automatik yang melaras tetapan sedutan secara automatik mengikut tahap kekotoran. Ia juga mampu melakukan pembersihan mendalam dengan keluasan sehingga 200 m² dengan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 36 minit.

Harga jualan H11 adalah RM1,999, manakala harga jualan H11 Max adalah RM2,499 (termasuk cukai jualan). Kedua-dua produk boleh dibeli melalui e-store rasmi Dreame di Shopee.

Bagaimanapun, bersempena dengan pelancaran ini, 50 unit H11 dan H11 Max akan dijual pada harga pengenalan, iaitu RM1,388 dan RM1,788 melalui e-store rasmi Dreame di Shopee.

Memenuhi Impian Kanak-kanak

Bersempena pelancaran ini, Uniqbe mengumunkan bahawa mereka akan memperuntukkan 11% hasil jualan sehingga Tahun Baru Cina bagi merealisasikan impian kanak-kanak melalui kolaborasi bersama Make-A-Wish Malaysia.

Mr Tan berkata bahawa inisiatif CSR ini merupakan medium untuk Dreame membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Inisiatif ini selaras dengan misi Dreame untuk meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Dengan sasaran sumbangan sebanyak RM100,000, kami berharap agar dapat menceriakan kanak-kanak dengan merealisasikan impian dan harapan mereka melalui Make-A-Wish.”

“Kami juga berharap agar orang ramai dapat menyokong inisiatif ini untuk membantu merealisasikan impian mereka,” tambah Mr Tan.

Make-A-Wish Malaysia memenuhi impian kanak-kanak yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit dihidapi dengan memberikan mereka harapan dan kekuatan. Melalui Make-A-Wish, kanak-kanak dan ahli keluarga diberi satu “wish day” di mana aktiviti yang mereka idamkan akan diatur untuk mereka. Diharap dengan memenuhi impian mereka akan  dapat memberi semangat untuk terus melawan penyakit dan menghadapi cabaran dengan harapan, keceriaan dan kekuatan. Untuk infomasi lebih lanjut tentang Dreame dan kempen CSR tersebut, sila layari https://dreame.my/makeawish.

© 2023 BlackButterfly DesignArts