DR. CLO DISAHKAN BERKESAN MENGHAPUSKAN COVID-19

4,000 alat pensterilan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan

Kuala Lumpur, 25 November 2020 – Alat pensterilan Dr. Clo kini disahkan berkesan oleh pihak berkuasa terkemuka Korea Selatan sebagai berupaya untuk menghapuskan sehingga 99.9% virus Covid-19.

Susulan daripada siri ujian rapi yang dijalankan selama tujuh hari untuk mengukur keberkesanannya menghapuskan virus Covid-19, larutan dalam alat pensterilan Dr. Clo – inovasi yang dipelopori NON Corporation Ltd Korea Selatan – didapati mencapai kadar pengurangan virus sehingga 99.93% dalam tempoh rawatan antara 30 saat hingga dua minit.

Mengumumkan kejayaan tersebut di satu sidang media maya antarabangsa baru-baru ini, Leela Lee, Pengarah Eksekutif, NON Corporation Ltd di Korea Selatan, berkata ujian-ujian makmal tersebut telah dikendalikan oleh KR Biotech Co. Ltd di bawah Institut Kawalan Penyakit Berjangkit Universiti Konkuk.

Dr. Clo - Certification PC - Image A
Ng. Lyp Hau, Pengarah Dr. Clo Malaysia dengan sijil yang mengesahkan bahawa alat pensterilan Dr. Clo mampu menghapuskan sehingga 99.9% virus Covid-19 oleh pihak berkuasa terkemuka di Korea Selatan

“Penemuan pelopor ini adalah satu mercu jaya penting yang sekali gus membantu mengesahkan keberkesanan alat pensterilan Dr. Clo untuk kegunaan di rumah, pejabat dan di tempat-tempat lain seperti kemudahan penjagaan kesihatan,” tambah Lee.  

Ng Lyp Hau, Pengarah Dr. Clo Malaysia menerangkan bahawa sungguhpun alat pensterilan mudah alih serba guna yang dipatenkan ini bukan satu alat perubatan, ia direka bentuk untuk memberikan perlindungan daripada jangkitan bawaan udara; dengan mewujudkan perisai perlindungan daripada bakteria dan virus. Setiap satu alat pensterilan sekali guna boleh tahan sehingga 50 hari. Alat ini adalah satu-satunya produk Klorin Dioksida berasaskan cecair di dunia yang didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA). Klorin dioksida bertindak sebagai agen utama untuk mensteril, membersihkan dan menghapuskan virus dan patogen dalam masa beberapa saat.

Berikutan kebimbangan tentang kesihatan dan keselamatan akibat wabak Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini dan di seluruh dunia, Dr. Clo Malaysia melancarkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat buat julung kalinya di Malaysia untuk memerangi pandemik ini. Syarikat tersebut akan menyumbang 4000 alat pensterilan Dr. Clo bernilai lebih RM250,000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah danpara petugas barisan hadapan yang lain.

Ng berkata, “Kami memulakan inisiatif ini di Sabah; dengan membekalkan 1,000 alat pensterilan untukkegunaan para petugas perubatan di barisan depan. Langkah ini adalah untuk menyokong usaha yang sedang dijalankan dan mencegahvirus.” 

Dalam sidang media itu, Ng secara simbolik menyampaikan sumbangan Dr. Clo kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang merakamkan penghargaan mereka. Sabah merupakan negeri yang paling teruk terdedah kepada gelombang terbaharu pandemik, dengan lebih 24,000 kes dilaporkan setakat ini.

Bagi influencer selebriti Peter Davis, seorang atlet seni mempertahankan diri dan pelakon yang berbakat; beliau serius dalam usaha mewujudkan persekitaran rumah yang bersih dan selamat untuk keluarganya. Katanya, di bawah kebiasaan baharu, Dr. Clo menjadi produk yang perlu ada dalam kereta dan dalam setiap bilik dan bilik mandi di kondominiumnya. Dr. Clo sememangnya melengkapkan gaya hidupnya yang aktif dan sihat sebagai seorang atlet profesional.

Dr. Clo - Certification PC - Image B
Peter Davis, influencer selebriti mempamerkan varian alat pensterilan Dr. Clo berbeza yang mensterilkan, mendisinfektan dan menghilangkan bau di ruang kediaman

Semasa bercakap di sidang media tersebut, Davis berkata: “Pandemik ini menjadi peringatan buat semua orang. Saya memang fobia dengan kuman dan sentiasa memastikan tangan saya bersih sepanjang masa. Tapi sekarang saya lebih peka dan lebih menitikberatkan keperluan untuk mensteril, mendisinfektan dan menghilangkan bau dalam ruang kediaman di rumah dan dalam kereta saya. Rumusan semua dalam satu tanpa karsinogen ini, yang mengandungi bahan-bahan tidak toksik, membuatkan saya rasa yakin kerana saya tahu penggunaannya selamat untuk semua orang dan tidak memudaratkan, terutamanya kepada anak-anak saya. Dan sudah tentulah ia menjadikan kami semua lebih selesa kerana produk ini tidak berbau dan mudah digunakan!”

Sesuai untuk digunakan dalam pelbagai aspek gaya hidup moden, produk ini yang telah mencatat jualan 1.5 juta unit di seluruh Asia pada 2019, telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Jun tahun ini. Selepas diuji secara meluas di Korea Selatan dan Jepun, produk serba maju ini disahkan selamat untuk digunakan dalam ruang kediaman.

Seluruh rangkaian Alat Pensterilan Dr. Clo boleh dibeli daripada kedai farmasi terpilih dan menerusi platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut tentang Produk Dr. Clo, sila kunjungi laman web: www.drclo.com.my

© 2023 BlackButterfly DesignArts