dōTERRA Sumbang Lebih Dari RM 292,000 Untuk Aktiviti Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat

Syarikat menzahirkan komitmen untuk melipatgandakan usaha mencetus impak positif dalam kalangan masyarakat sempena ulang tahun ketiganya di Malaysia.

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2020 — Syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, dōTERRA, telah baru-baru ini meraikan ulang tahun ketiganya di Malaysia.

Berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya, majlis tahun ini dianjurkan buat julung kali secara maya dan lebih dari 5,700 peserta mengambil bahagian secara dalam talian.

“Pada awal tahun, kami membuat perancangan untuk menganjurkan majlis besar-besaran untuk menyambut ulang tahun syarikat kami di Kuala Lumpur. Susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di tanah air, kami membuat keputusan untuk meraikan ulang tahun kali ini secara maya, dengan cara yang lebih selamat,” kata Ethan Wang, Pengurus Besar dōTERRA Malaysia.

dōTERRA Sumbang Lebih Dari RM 292,000 Untuk Aktiviti Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat
Ethan Wang, General Manager of dōTERRA Malaysia, during the virtual anniversary event

DōTERRA juga mengambil peluang untuk berkongsi tentang beberapa inisiatif komuniti yang telah dianjurkan baru-baru ini.

“Pada bulan Mei yang lalu menerusi kempen ‘EngageInGood’, kami telah menderma sebanyak RM60,000 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghulur bantuan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Projek tersebut menyaksikan dōTERRA bekerjasama dengan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu Tenaganita, Refuge for the Refugees (RFTR), Dapur Jalanan KL dan Liga Rakyat Demokratik (LRD), bagi membantu mereka yang sangat memerlukan terutamanya keluarga berpendapatan rendah daripada golongan B40, ibu tunggal, pekerja bergaji hari, warga asing dan pelarian.

“Sejak 2018, DŌTERRA Malaysia telah menyumbang RM 292,860 untuk aktiviti pembangunan komuniti dan kami berasa amat bangga untuk terus memperkasakan usaha untuk membantu golongan yang sangat memerlukan,” kata Wang.

Wang juga menyatakan bahawa hasrat jangka masa panjang syarikat tersebut ialah untuk terus memberdayakan masyarakat dan menyokong organisasi-organisasi amal yang berkaitan dengan kemandirian, penjagaan kesihatan, pendidikan, sanitasi dan usaha membasmi gejala perdagangan manusia.

“Sebagai pendokong kuat peningkatan taraf sosial, ikrar dan sokongan kami untuk membantu golongan ini adalah seiring dengan amalan global kami di bawah dōTERRA Healing Hands Foundation™.

“Baru-baru ini, kami membiayai Persatuan Autism Nasional Malaysia (NASOM) untuk mendapatkan sebuah kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja logistik mereka. Kami juga bakal melancarkan kempen baru untuk menyokong TENAGANITA bulan ini, dengan harapan untuk mengumpul dana sebanyak RM60,000 untuk usaha melindungi and menyokong hak wanita, kanak-kanak dan golongan pelarian di samping memerangi pemerdagangan manusia,” katanya lagi.

Selaras dengan naratif mencetus impak dan pemberdayaan sosial, tema untuk ulang tahun kali ini adalah Empower atau ‘memperkasakan’, di mana dōTERRA berhasrat untuk memupuk pemerkasaan gaya hidup, kesejahteraan, pengetahuan dan perubahan.

“Kunci kejayaan syarikat kami di Malaysia terletak pada kepercayaan kuat kami terhadap konsep pemberdayaan. Kepercayaan inilah yang mendorong kami untuk terus memupuk kesejahteraan bersama dan mencapai kejayaan secara kolektif sebagai satu komuniti,” kata Wang.

Diasaskan pada tahun 2008, dōTERRA International adalah peneraju utama dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia. Berpangkalan di Malaysia sejak 2017, syarikat dōTERRA kini mempunyai lebih dari 32,000 ahli di seluruh negara.

dōTERRA Sumbang Lebih Dari RM 292,000 Untuk Aktiviti Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat
General Manager of doTERRA Malaysia, Ethan Wang (Second From Right) and Chairman of NASOM, Julian Wong (Right) during the mock key handover of the sponsored vehicle
© 2023 BlackButterfly DesignArts