dōTERRA Malaysia Meraikan Ulang Tahun Keempat dengan Pelancaran Produk Makanan Pertama

 Jenama kesihatan terkemuka berjanji untuk terus memperkenalkan produk makanan yang boleh membantu memenuhi keperluan diet rakyat Malaysia

 Kuala Lumpur, 21 Jun 2021 dōTERRA, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, telah baru-baru ini meraikan ulang tahun keempatnya di Malaysia melalui acara maya yang menghimpunkan lebih daripada 6,500 peserta. Kemuncak acara tersebut ialah pelancaran produk makanan pertama syarikat tersebut, TerraMix FB, ke pasaran tempatan. 

TerraMix FB adalah minuman berperisa limau-epal semula jadi yang menyediakan sumber serat larut dan tidak larut yang baik melalui campuran serat epal semula jadi, serat ubi kayu dan biji rami tanah. 

dōTERRA Malaysia Meraikan Ulang Tahun Keempat dengan Pelancaran Produk Makanan Pertama
TerraMix FB

“Garis Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan 25 g hingga 30 g serat makanan setiap hari, yang bersamaan dengan pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan beberapa mangkuk oatmeal bersama,” kata Ethan Wang, Pengurus Besar dōTERRA Malaysia. 

“TerraMix FB berperanan menyenangkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan jumlah serat makanan yang disyorkan setiap hari, dengan setiap hidangan yang menyediakan hingga lima gram serat makanan,” kata beliau. 

dōTERRA Malaysia Meraikan Ulang Tahun Keempat dengan Pelancaran Produk Makanan Pertama
Ethan Wang, General Manager of dōTERRA Malaysia

Di sebalik keadaan pandemik yang telah menjejaskan ekonomi runcit dan pengguna, doTERRA tetap nekad dalam memastikan pertumbuhan perniagaannya di pasaran tempatan. 

“Bermula dari pemindahan operasi ke gudang yang lebih besar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat hingga memperkenalkan lebih dari 15 produk baru ke pasar tempatan, tahun yang lalu penuh dengan pelbagai detik yang menarik untuk perniagaan kami di Malaysia. Kami menyaksikan pertumbuhan penjualan yang luar biasa sekitar 43% sementara pangkalan pelanggan baru kami juga meningkat sekitar 68%,” ujar Wang. 

Ini juga telah membuka pintu untuk dōTERRA Malaysia melipatgandakan usaha pemberdayaan masyarakat dan penglibatan sosial melalui inisiatif doTERRA Healing Hands, di mana sumbangan lebih dari RM 435,000 telah dilakukan semenjak pelancaran syarikat tersebut di Malaysia. 

“Kami sangat berbangga menjadi organisasi yang bertanggungjawab secara sosial, dan inisiatif kami melalui program dōTERRA Healing Hands telah menguntungkan pelbagai NGO, termasuk National Autism Society of Malaysia (NASOM), Tenaganita, Dual Blessing, Refuge for the Refugees (RFTR), Dapur Jalanan KL, dan Liga Rakyat Demokratik (LRD),” kata Wang. 

“Kempen jangkauan kami yang akan datang menampilkan rakan NGO terbaru kami, National Cancer Society of Malaysia (NCSM), di mana kami akan menyokong pembinaan kemudahan ‘Play Therapy’ untuk rumah anak-anak di NCSM.” 

Menekankan fokus syarikat terhadap semangat kebersamaan dan pertumbuhan kolektif, tema untuk acara ulang tahun tahun ini adalah ‘Connect 2021’ dan ia menekankan kepentingan untuk terus berhubung antara satu sama lain di masa ketidakpastian yang berterusan. 

“Kita harus memahami bahawa ramai yang mengalami kesukaran hidup, gangguan emosi, kesepian dan pengasingan sosial,” kata Wang. “Selaras dengan semangat ‘kita jaga kita’, pendekatan kami untuk tahun ini adalah untuk terus berusaha demi kepentingan komuniti dan kemajuan masyarakat,” tambah Wang. 

Berpangkalan di Malaysia sejak 2017, syarikat dōTERRA kini mempunyai lebih dari 49,000 ahli di seluruh negara.

dōTERRA Malaysia Meraikan Ulang Tahun Keempat dengan Pelancaran Produk Makanan Pertama
TerraMix FB
© 2023 BlackButterfly DesignArts