Domino’s Menggemparkan Kampus dengan Pizza Fold Serba Baharu!

#PizzaFoldChallenge tawarkan hadiah bernilai lebih RM36,000

Kuala Lumpur, 2 November 2023 – Sorakan ‘Fold on the go! Fold on the go!’ oleh para pelajar SEGi University menyelubungi ruang kampus sambil mereka menyertai acara #PizzaFoldOnTheGo, aktiviti ‘penaklukan’ kampus eksklusif anjuran Domino’s Pizza sempena tawaran terbaharunya, iaitu Pizza Fold atau Piza Lipat.

Dalam zaman di mana skrin telefon juga boleh dilipat dan cabaran menari menambat perhatian berjuta-juta orang di media sosial, Domino’s menghidangkan sesuatu yang mudah, ringkas lagi menyeronokkan menerusi #PizzaFoldchallenge!

Dicipta untuk mereka yang sentiasa bergegas ke sana sini dalam kesibukan dunia hari ini, Pizza Fold menyerlahkan kelazatan piza, daripada keju meleleh kepada kerak piza rangup, yang disediakan supaya mudah dimakan walaupun semasa dalam perjalanan.

Pizza Fold yang boleh didapati untuk tempoh terhad menawarkan empat perisa yang menambat selera. Perisa Beefy Salsa Tango menggabungkan doh klasik Domino’s dengan sentuhan rasa pedas-pedas masam Daging Lembu Salsa, menghasilkan adunan menarik dari segi cita rasa dan juga tekstur. Penggemar ayam pula boleh menikmati sajian Cluckin’ Chicken Craze yang menyelerakan, penuh dengan hirisan ayam, mentega bawang putih lembut, dan keju berkrim. Sementara itu Sambal Tuna Blaze, yang membawakan kelainan menggandingkan ketulan tuna dengan sambal tumis pedas, untuk meraikan kelazatan cita rasa Malaysia. Bagi mereka yang lebih suka makanan manis pula, Banana Kaya Blitz pasti memuaskan selera anda dengan keharmonian nikmat rasa pisang dan kaya, untuk menawarkan sajian kegemaran ramai yang tidak ditelan zaman.

Domino's Menggemparkan Kampus dengan Pizza Fold Serba Baharu!

Pizza Fold telah dilancarkan dalam satu acara yang menarik, menghiburkan dan meriah dengan tarian dan aktiviti menyeronokkan di kampus SEGi University Kota Damansara. Dengan #PizzaFoldOnTheGo sebagai tumpuan utama, pelajar dan kakitangan SEGi University nyata terhibur dengan rutin tarian dinamik yang dipersembahkan serta cita rasa hebat Pizza Fold baharu, mewujudkan suasana pesta yang meriah dan penuh bertenaga.

Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja yang teruja dengan acara tersebut berkata, “PizzaFold menepati gaya hidup masa kini. Mencipta piza yang memenuhi keperluan pengguna Malaysia tetap menjadi teras segala apa yang kami lakukan sambil kami menunaikan janji untuk memastikan Segalanya Mengenai Anda. Walaupun piza menjadi pilihan ramai yang menawarkan kesenangan dari segi nilai dan cita rasa selain bersifat serba guna untuk dinikmati sendiri atau bersama sahabat dan sanak-saudara, Pizza Fold memenuhi keperluan pelanggan kami yang kian berubah, terutamanya mereka yang sentiasa mengejar masa. Matlamatnya ialah untuk menyediakan pengalaman menikmati piza tiada tandingan untuk menghadapi kesibukan dunia masa kini. Inovasi ini merupakan komitmen kami untuk memastikan setiap kali menikmati piza merupakan detik yang sungguh istimewa.”

“Domino’s menjemput anda untuk menikmati Pizza Fold, menyerlahkan kehebatan gerak tari sambil menceriakan lagi hari anda! #PizzaFoldChallenge menunjukkan kesenangan untuk menikmati piza, lebih-lebih lagi dengan Pizza Fold! Cubalah sekarang dan nikmati Pizza Fold kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” tambahnya.

Domino's Menggemparkan Kampus dengan Pizza Fold Serba Baharu!

Domino’s mengajak semua penggemar piza dan penari (dan juga mereka yang bukan penari) di mana-mana sahaja untuk menyahut cabaran gerak lipat ini! Panaskan tangan anda, sertai #PizzaFoldChallenge di TikTok. Kongsi aksi gerak lipat anda dengan tag #PizzaFoldChallenge dan #PizzaFoldOnTheGo. Anda berpeluang untuk dipilih sebagai salah seorang daripada tiga pemenang utama untuk menerima Samsung Galaxy Z Fold5. Tambahan lagi, 500 penyertaan yang terpilih akan menerima Kredit Unipin RM10, dan pelbagai hadiah menarik lain untuk dimenangi, yang bernilai lebih RM36,000.

Kunjungi cawangan Domino’s terdekat anda untuk meninjau cita rasa terkini Domino’s atau layari bit.my/DominosPizzaFold untuk menikmati Fold On-the-Go! Domino’s Fold boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dari sekarang sehingga 19 November 2023.

© 2024 BlackButterfly DesignArts