Dolby dan Jin daripada BTS Meraikan Single Terbarunya “I’ll Be There” dalam Dolby Atmos

Dolby dan Jin daripada BTS Meraikan Single Terbarunya “I’ll Be There” dalam Dolby Atmos

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2024 – Dolby Laboratories, Inc. (NYSE: DLB), peneraju pengalaman hiburan imersif, bekerjasama dengan Jin, anggota kumpulan pop ikon abad ke-21 BTS dalam siri terbaru kempen jenama global “Love More in Dolby”. Jin membintangi iklan yang meraikan single terbarunya “I’ll Be There,”, yang boleh disaksikan di seluruh dunia dalam Dolby Atmos.

Susulan pelancaran single “I’ll Be There”, album solo pertama Jin yang dinanti-nantikan berjudul “Happy” akan dikeluarkan dalam Dolby Atmos di seluruh dunia pada 15 November.

“Apabila saya pertama kali mendengar muzik terbaru saya dalam Dolby Atmos, saya benar-benar kagum dengan pengalaman yang sangat jelas dan imersif. Ia membuatkan seolah-olah anda berada di dalam muzik,” kata Jin. “Tema single dan album terbaru ini adalah ‘kebahagiaan’. Saya mahu ARMY (fandom BTS) merasai sepenuhnya keunikan kebahagiaan menerusi setiap lagu. Kini, dengan Dolby Atmos, saya percaya peminat di seluruh dunia dapat merasai emosi yang ingin saya sampaikan dengan lebih mendalam.”

“Jin berjaya memukau penonton di seluruh dunia melalui persembahannya yang mengagumkan dan keupayaannya yang luar biasa bagi menyampaikan emosi melalui muziknya,” kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Dolby Laboratories, Todd Pendleton. “Dengan Dolby Atmos, peminat akan merasa lebih dekat dengan Jin sambil mereka bergembira menyanyi bersama-sama dan menghayati alunan irama muzik ‘I’ll Be There’ dan albumnya yang akan datang.”

Dolby Atmos memperkenalkan cara baru untuk mencipta dan menikmati muzik, memberikan artis ruang untuk mengekspresikan diri dengan lebih mendalam dan membina ikatan yang lebih erat dengan peminat. Muzik dalam Dolby Atmos membawa pendengar lebih dekat, melebihi pengalaman mendengar biasa, membolehkan mereka “merasai” muzik dengan kejelasan dan kedalaman yang tiada tandingan. Dari bunyi instrumen yang bergerak di sekeliling, hinggalah kepada helaan nafas penyanyi antara bait bait lirik, pengalaman ini benar-benar memukau dan tidak boleh ditandingi oleh format audio lain.

Diarahkan oleh pengarah video muzik dan pembuat filem yang pernah dicalonkan untuk GRAMMY®, Collen Tilley, iklan kempen ini meneroka bagaimana Dolby Atmos dapat mengubah momen biasa menjadi pengalaman luar biasa dengan meletakkan peminat di tengah-tengah adegan muzik, di mana Jin menyampaikan persembahan bertenaga yang sememangnya sinonim dengan BTS.

Lagu itu merupakan penambahan terbaru dalam kempen jenama global “Love More in Dolby”, yang meraikan pengalaman hiburan transformatif yang dibawakan oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos merangkumi pelbagai karya muzik, filem, permainan dan banyak lagi.

Cara untuk Mengalami Muzik Dolby Atmos
Pengguna di seluruh dunia boleh mendengar dan merasai perbezaan Muzik Dolby Atmos menerusi perkhidmatan penstriman global dan serantau yang popular, seperti Amazon Music, Apple Music, TIDAL, QQ Music, Melon, dan banyak lagi. Sama ada anda mendengar di rumah, pada peranti mudah alih anda, atau di dalam kereta, menggunakan produk jenama utama global seperti Samsung, Mercedes-Benz, dan banyak lagi, Dolby Atmos membuka tahap emosi baharu yang membuatkan anda lebih menyukai muzik dalam Dolby.

Dolby dan Jin daripada BTS Meraikan Single Terbarunya “I’ll Be There” dalam Dolby Atmos – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts