Diskaun Sehingga 50% dan Hadiah Bernilai Lebih RM24,000 Menanti Anda di Lotus’s Shah Alam yang Baru Dinaiktaraf
Shah Alam, 5 Disember 2024 – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menawarkan baucar percuma dan diskaun sehingga 50% kepada pelanggannya untuk menikmati pelbagai produk bermula hari ini. Setelah 19 tahun beroperasi dan berkhidmat kepada komuniti di ibu negeri Selangor serta kawasan sekitarnya, Lotus’s Malaysia telah memberikan nafas baharu kepada cawangan Shah Alam dengan penampilan serba baru dengan bukan sekadar hanya mengecat semula bangunan.
Nikmati pelbagai tawaran menarik dengan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM24,000 melalui aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.
Pasar raya dan pusat beli-belah seluas 9,000 meter persegi yang terletak di Jalan Aerobik, Seksyen 13, Shah Alam ini telah menjalani transformasi besar untuk memenuhi keperluan pembelian bukan sahaja kepada pengguna akhir tetapi juga kepada pengendali perniagaan, peruncit makanan, perkhidmatan makanan, HoReCa, dan organisasi amal. Lotus’s Shah Alam telah direka semula dengan format yang menyerupai stor hibrid di Puchong, tetapi dalam versi yang lebih kecil. Stor ini menawarkan lebih 13,000 barisan produk, termasuk lebih 280 barisan produk HoReCa seperti keperluan memasak, hasil segar, produk pembersihan rumah, dan makanan dalam tin.
Beli Lebih Untung Lebih – pelanggan kini boleh menikmati nilai yang lebih besar untuk harga barangan terpilih apabila membeli dalam kuantiti yang lebih banyak.
Antara tawaran menarik termasuk Promosi Istimewa Hari Pertama (5 Disember 2024) seperti jualan Ayam segar dengan harga serendah RM5.99 (terhad kepada 1,000 ekor sahaja), anggur merah pada RM5.49/kg, tomato segar pada RM0.99/kg, Telur Gred C Lotus’s (30 biji) pada RM9.90, Chocomalt Lotus’s 1kg pada RM10, dan banyak lagi. Peralatan elektrik seperti Philips Air Fryer RM159 dan Pensonic Stand Fan RM79 turut ditawarkan.
Acara dan hadiah menarik lain yang disediakan kepada pelanggan di Shah Alam termasuk:
Sampel Produk & Hadiah Percuma di Ruangan Ceria-Yah:
Nikmati sampel produk dari jenama terkenal seperti Yeo’s, Coca-Cola, Nutella, KitKat, dan banyak lagi.
Paparan Hari Natal dan pilihan hadiah dari gerai pameran KitKat & Nutella.
Percuma Yeo’s Chinese New Year Fortune Cat Cup dengan pembelian minimum 3 karton minuman Yeo’s terpilih.
Peluang memenangi Tesla Model 3 atau kamera filem pakai buang berjenama Coca-Cola (terhad kepada 500 pemenang sahaja) dengan pembelian RM28 dan ke atas dari produk Coca-Cola terpilih seperti: Coca-Cola, Coca-Cola Zero, Sprite, Fanta, A&W, Fuze Tea, Authentic Tea House, Minute Maid and Schweppes.
Menangi Hadiah E-Baucar Lotus’s & Goody Bag (5–8 Disember 2024):
Siapa Cepat, Dia Dapat: Belanja RM80 dalam satu resit bagi mendapatkan peluang memenangi produk Lotus’s bernilai RM10 (8 pagi–10 pagi; 50 pemenang setiap hari).
Timbang, Pastu Menang: Capai minimum berat troli sebanyak 30kg bagi mendapatkan peluang memenangi baucar Lotus’s RM10 (10 pagi–1 tengah hari & 5 petang–8 malam; 300 pemenang setiap hari).
Cabutan Bertuah: Belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi e-baucar Lotus’s bernilai RM200 (terhad kepada 4 pemenang sahaja).
Tiga ahli baru My Lotus’s berpeluang untuk memenangi jongkong emas Poh Kong seberat 10 gram yang bernilai RM4,300 atau e-baucar Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada 10 pemenang sahaja).
Keistimewaan Tambahan untuk Ahli My Lotus’s Sedia Ada
Ahli My Lotus’s akan menikmati 3X mata ganjaran My Lotus’s apabila membeli-belah di Lotus’s Shah Alam (5 Disember – 8 Disember 2024).
Berbelanja minimum RM100 dan berpeluang memenangi e-baucar Lotus’s bernilai RM5 atau barangan jenama Lotus’s di Claw Machine yang terdapat di Lotus’s Shah Alam. (terpakai untuk ahli sedia ada dan ahli baharu My Lotus’s).
Jimat! Lagi Jimat! – Nikmati baucar tunai sehingga RM5 (dengan perbelanjaan minimum RM90 untuk pembelian seterusnya, boleh ditebus dari 12 Disember hingga 18 Disember 2024) untuk ahli My Lotus’s yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di Lotus’s Shah Alam.
Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-Belah Lotus’s (5 Disember – 8 Disember 2024)
Singgah di gerai pameran eksklusif IndoMie di tingkat satu Lotus’s Shah Alam, bertentangan dengan Gintell, untuk mencuba sampel dan membeli IndoMie dengan perisa Korea terbaru – Fiery Chicken dan Spicy Mushroom. Dengan pembelian minimum satu pek perisa Korea baharu, pelanggan berpeluang untuk memutar Lucky Spin Wheel dan memenangi barangan eksklusif IndoMie, termasuk beg galas 3D, beg membeli-belah, dan dompet syiling. (5 Disember – 22 Disember 2024)
Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Shah Alam, pelanggan berpeluang bertemu dengan kambing kerdil Jojo dan Nina bersama rakan-rakannya di Mini Petting Zoo yang terletak di Tingkat Satu, berhampiran pintu masuk pasar raya dari 5 Disember – 8 Disember 2024, dan 14 Disember – 15 Disember 2024.
Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai DIY Perler Beads dan Gelang di Bengkel Seni dan Kraftangan yang terletak berhampiran Mini Petting Zoo (siapa cepat, dia dapat dan terhad kepada 30 peserta dari 5 Disember – 8 Disember dan 14 – 15 Disember 2024).
Berpeluang untuk membawa pulang hadiah PERCUMA apabila anda membuat tempahan di roadshow kereta Proton dan Mitsubishi yang terletak di Aras Bawah.
Jualan hujung minggu Car Boot menawarkan barangan seperti pakaian terpakai, pakaian kanak-kanak, makanan ringan, mainan, makanan segera, dan produk kosmetik.
Nikmati diskaun sehingga 50 peratus atau promosi beli 1 percuma 1 di kedai-kedai penyewa pusat membeli-belah yang mengambil bahagian.
Menu RAHMAH serendah RM5 untuk item terpilih di medan selera cawangan ini.
Pasar raya ini merupakan pasar raya keenam Lotus’s yang telah menjalani proses pengubahsuaian bagi memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dengan dekorasi baharu serta paparan produk yang ditambah baik di bahagian elektrik, hasil segar, daging, makanan laut, dan bakeri. Lotus’s telah melabur lebih daripada RM9 juta untuk menaik taraf cawangan-cawangannya, termasuk cawangan di Shah Alam.
Layari saluran rasmi Lotus’s Malaysia di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran hebat dan aktiviti menyeronokkan keluarga di Lotus’s Shah Alam.