Discovery Asia Pacific Lancarkan Laman Web Asian Food Network Dalam Bahasa Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 July 2020Asian Food Network (AFN), saluran TV dan rangkaian makanan terkemuka dalam talian rantau ini yang meraikan pengalaman kulinari dan budaya unik Asia, melancarkan laman web versi Bahasa Malaysia bagi memenuhi keperluan lebih 30 juta populasi Malaysia.

AFN komited dalam menyampaikan pengalaman digital dan linear yang lancar sekaligus menawarkan hiburan, kemudahan dan sebuah komuniti buat pencinta makanan Asia. Selari dengan komitmen ini, laman web tersebut adalah sebahagian dari strategi Discovery Network Asia Pacific (DNAP) untuk memperkukuh tawaran perkhidmatan kepada pengguna berbahasa Malaysia di negara dan rantau ini, membina dari kejayaan kandungannya di platform popular asianfoodnetwork.com.            

“Semenjak pelancaran asianfoodnetwork.com pada November tahun lepas, laman web ini telah mendapatkan jumlah pengikut yang sihat dalam kalangan pencinta makanan, dengan lebih 20% pengguna dari Malaysia. Laman web dalam versi Bahasa Malaysia menawarkan peluang buat kami untuk memberikan peminat berbahasa Malaysia kandungan lokal yang lebih bersesuaian” kata Rohit Tharani, Ketua Produk, Asia Tenggara DNAP. “Langkah ini menandakan komitmen kami untuk memberikan akses yang lebih mudah buat komuniti Malaysia untuk mendapatkan inspirasi dan resipi dalam bahasa ibunda untuk mencipta hidangan enak yang boleh dimasak di rumah dengan mudah.”

Membina komuniti makanan Asia terbesar

AFN komited dalam membina dan mencipta perbualan dengan komuniti makanan Asia terbesar meliputi pelbagai platform, memberikan tip berkaitan makanan melalui pelbagai program TV, kandungan editorial yang unik dan penglibatan dalam talian.

Ramai pencinta makanan yang telah menjadikan laman web AFN sebagai laman web utama untuk mencari resipi makanan tempatan kegemaran mereka termasuk Cekedok Pisang dan Ayam Penyet. Laman web AFN versi Bahasa Malaysia akan terus menyediakan resipi yang telah diuji, tip memasak, penceritaan berkaitan budaya makan Asia dan ciri yang kian berkembang yang bakal menyemarakkan minat komuniti di Malaysia terhadap makanan dan masakan secara menyeluruh. Laman web tersebut juga memudahkan semua untuk turut serta dalam pergerakan komuniti AFN, dimana ianya mudah untuk pengguna mendaftar akaun, menanda resipi kegemaran, mendapatkan maklumat nutrisi dan turut serta dalam perbualan makanan melalui ruangan komen.

Komuniti ini juga boleh jangkakan penglibatan menarik oleh duta dari Asia Tenggara, termasuk chef selebriti Malaysia Ili Sulaiman, dan juga kandungan menarik dan usahasama bersama jenama terkemuka pada bulan-bulan yang akan datang.

Sebagai contoh, AFN telah mencipta siri kandungan bersama Foodpanda untuk mengetengahkan hidangan tempatan popular bulan Ramadan dan turut berkongsi promosi menarik buat komuniti di Malaysia. Kempen tersebut telah disampaikan kepada lebih tiga juta rakyat Malaysia menggunakan pelbagai platform. Untuk maklumat lanjut berkaitan AFN dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari laman web di pautan: asianfoodnetwork.com/my

© 2023 BlackButterfly DesignArts