Dettol Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat

Melindungi yang Tersayang bersama inisiatif Selangkah Lebih, Selangkah Kasih dari Dettol

DETTOL MALAYSIA MEMPERJUANGKAN AMALAN KEBERSIHAN UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH SIHAT
Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt (kanan), bersama pakar Penyakit Berjangkit Profesor Dr. Zamberi Sekawi (kiri), dengan bangganya mengetengahkan kepentingan amalan kebersihan melalui Dettol sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam kempen Selangkah Lebih Selangkah Kasih

Kuala Lumpur, 5 November 2024 – Seiring dengan ancaman kesihatan global yang kian meningkat disebabkan oleh rintangan antimikrob (AMR), Dettol Malaysia mengambil langkah proaktif melalui kempennya Selangkah Lebih, Selangkah Kasih untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban sakit. Usaha ini menumpukan galakan pengamalan kebersihan seperti membasuh tangan dan membasmi kuman pada permukaan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit serta mengatasi peningkatan AMR.

Organisasi Kesihatan Dunia telah mengenal pasti AMR sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan awam global yang sering dikenali sebagai “pandemik senyap.” Oleh sebab penyakit berjangkit menyumbang kepada satu dalam empat kematian di seluruh dunia dan 35% jangkitan biasa kini kebal kepada antibiotik, keperluan mengambil langkah pencegahan adalah amat mendesak. Jika tidak ditangani, AMR boleh mengorbankan hingga 10 juta nyawa setahun menjelang 2050, menjadikan prosedur perubatan rutin seperti pembedahan caesarean sebagai rawatan berisiko tinggi*.

Menurut kajian The STAR Asean, di Asia, penggunaan antibiotik yang berlebihan memperburukkan masalah ini, dengan Malaysia mencatatkan kadar preskripsi antibiotik tertinggi iaitu sebanyak 44%. Oleh itu, kepentingan strategi pencegahan alternatif, seperti amalan kebersihan yang lebih baik, tidak boleh dipertikaikan. Kajian mendapati bahawa amalan kebersihan yang lebih baik boleh mengurangkan preskripsi antibiotik bagi kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan sehingga 30%.

Dettol Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat
Pakar Penyakit Berjangkit, Profesor Dr. Zamberi Sekawi (tengah) dan Tiffany Tang (kanan), Pengarah Pemasaran Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt, menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran awam mengenai penggunaan antibiotik. Mereka membincangkan salah tanggapan umum yang sering membawa kepada penyalahgunaan, sambil menegaskan bahawa amalan kebersihan yang baik adalah cara mudah tetapi berkesan untuk melindungi kesihatan awam dan mengatasi isu rintangan antimikrob.

“Kekurangan kesedaran mengenai manfaat dan risiko penggunaan antibiotik menjadi cabaran dalam menangani AMR. Misalnya, walaupun 72% penyedia penjagaan kesihatan mengesyorkan antibiotik, hanya 28% yang membincangkan manfaat dan potensi risikonya dengan pesakit. Jurang pengetahuan ini amat signifikan kerana 71% individu percaya antibiotik berkesan melawan selesema dan  flu, sementara 70% menyangka antibiotik boleh membunuh virus—salah faham yang mendorong kepada penyalahgunaan dan preskripsi antibiotik berlebihan. Menangani salah faham ini adalah penting untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya terutama bagi jangkitan virus seperti selesema dan flu, yang mana antibiotik tidak memberikan sebarang manfaat,” kata Profesor Dr. Zamberi Sekawi, pakar Penyakit Berjangkit.

Dengan musim tengkujuh yang semakin hampir, Malaysia menghadapi risiko jangkitan dan penyakit yang lebih tinggi. Hujan berterusan dan banjir mewujudkan keadaan yang kondusif untuk penyebaran penyakit bawaan air seperti kolera dan disenteri. Populasi yang terjejas yang ditempatkan di pusat perlindungan yang sesak juga terdedah kepada jangkitan pernafasan dan masalah kulit, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk amalan kebersihan yang betul.

“Kebersihan tangan dan kebersihan permukaan adalah asas dalam menghentikan penyebaran penyakit,” kata Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran untuk Kesihatan Malaysia dan Singapura di Reckitt. “Tangan kita boleh membawa lebih daripada 3,000 jenis bakteria, dan permukaan yang tercemar boleh menampung virus sehingga 48 jam. Kempen Dettol mendidik rakyat Malaysia tentang amalan mudah tetapi berkesan seperti mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan sentiasa membasmi kuman pada permukaan yang kerap disentuh, yang boleh menghalang penyebaran penyakit seperti COVID-19, influenza, dan virus bawaan makanan.”

Dettol menekankan statistik yang menunjukkan penyebaran kuman*:

  • 80% kuman disebarkan melalui tangan, dan dengan hanya satu sentuhan mampu mencemarkan hingga tujuh permukaan.
  • Membasuh tangan boleh menjadi seefektif vaksinasi dalam mencegah penyakit tertentu, menjadikannya alat kesihatan awam yang penting.
  • Penyakit cirit-birit yang dikaitkan dengan kebersihan yang kurang baik dan air yang tercemar kekal sebagai punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Malaysia.
Dettol Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat
Peserta berpeluang menyertai aktiviti interaktif menggunakan cahaya UV untuk melihat kawasan tangan yang dipenuhi kuman, sebelum dan selepas mencuci. Aktiviti ini memberi kesedaran tentang pentingnya amalan kebersihan yang betul dalam membasmi kuman, seiring dengan komitmen Dettol terhadap kesihatan dan kebersihan.

Dengan menyedari hakikat ini, Dettol bertekad untuk membawa perubahan amalan kebersihan di rumah dan di tempat-tempat awam seperti sekolah serta restoran—lokasi yang kerap menjadi titik penyebaran penyakit jika kebersihan terabai.

Walaupun mencuci tangan adalah asas kebersihan diri, kebersihan permukaan juga memainkan peranan penting, khususnya di kawasan yang sering disentuh ramai orang. Permukaan seperti tombol pintu, palang katil, dan peralatan yang dikongsi boleh menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dengan teliti. Melalui kempen ini, Dettol menekankan kepentingan kebersihan permukaan dalam mengurangkan penyebaran bakteria dan virus seperti MRSA, E. coli, dan virus influenza. Pembasmian kuman yang teratur boleh menghapuskan lebih 99% bakteria yang berkait dengan penyakit bawaan makanan, sekali gus membantu mencegah risiko jangkitan*.

Melalui kempen Dettol Selangkah Lebih, Selangkah Kasih yang komprehensif ini, Dettol telah mencapai lebih daripada 5 juta individu dan ini menunjukkan komitmen teguhnya untuk mempertingkatkan kesihatan awam melalui galakan amalan kebersihan yang ringkas namun sangat berkesan. Inisiatif ini merangkumi siri program yang disusun khas untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Dettol Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat
Setibanya di acara, para pengunjung diperkenalkan dengan fakta-fakta kebersihan penting, termasuk bagaimana satu sentuhan boleh mencemari banyak permukaan, kekerapan kita menyentuh wajah, dan peranan mencuci tangan dalam mencegah penyebaran kuman. Peringatan ini mengukuhkan usaha Dettol dalam menggalakkan amalan kebersihan yang lebih baik

Salah satu fokus kempen ini adalah mendekati ibu-ibu baru melahirkan di hospital, yang mana Dettol menyediakan maklumat dan sumber penting mengenai kebersihan bagi diri mereka serta persekitaran sekeliling mereka. Selain itu, kempen ini juga menyasarkan kanak-kanak sekolah melalui Program Sekolah Dettol, yang melibatkan mereka dalam aktiviti pendidikan bagi membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda.

Selain itu, Dettol turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyertai inisiatif kesihatan komuniti, termasuk kempen Bulan Kesihatan. Kerjasama ini menyediakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan langkah kebersihan praktikal, terutamanya dalam kalangan komuniti yang terpinggir.

Usaha-usaha ini penting untuk menjaga kumpulan yang paling terdedah kepada jangkitan, khususnya kanak-kanak kecil, yang lebih mudah terkena penyakit seperti gastroenteritis dan lain-lain masalah kesihatan akibat amalan kebersihan yang lemah.

Dengan kehadiran dwicabaran peningkatan AMR dan penyakit berjangkit bermusim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dettol terus komited memberi masyarakat akses kepada pengetahuan dan langkah yang betul untuk melindungi diri mereka sendiri. Usaha Dettol dalam menggalakkan amalan kebersihan bertujuan mencipta masa depan yang lebih sihat dan selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Dettol Malaysia Memperjuangkan Amalan Kebersihan Untuk Malaysia Yang Lebih Sihat – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts