Dettol Bantu Ibu Bapa di Malaysia Memberi Permulaan Hidup Yang Terbaik Kepada Si Kecil Mereka

Dettol terus menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan melalui kempen “Selangkah Lebih, Selangkah Kasih,” dengan menyasarkan  ibu bapa baharu untuk memastikan keluarga mereka tidak sering  jatuh sakit.

Dettol Bantu Ibu Bapa di Malaysia Memberi Permulaan Hidup Yang Terbaik Kepada Si Kecil Mereka
Dettol menyokong ibu bapa baru melalui kempen “Selangkah Lebih, Selangkah Kasih,” sempena Hari Ibu Bapa melalui sambutan kempen ‘New Mums’

Kuala Lumpur, 08 Mei 2024 – Dettol, jenama terkemuka Malaysia dalam bidang kesihatan dan kebersihan, dengan bangganya menyokong ibu bapa baharu sempena Hari IbuBapa ini melalui sambutan kempen ‘New Mums’. Dengan mengakui sifat kerentanan bayi baru lahir dengan sistem imun yang masih berkembang, kempen ini untuk memperkasakan ibu bapa dengan pengetahuan dan persediaan yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat bagi pembesaran Si kecil mereka.

Si kecil adalah dalam fasa sistem imun yang sedang berkembang dan mudah terdedah kepada jangkitan, menggariskan kesan yang mendalam dari segi amalan kebersihan yang baik dalam penjagaan kesihatan bayi. Program ini juga menekankan kepentingan untuk mengekalkan persekitaran peribadi dan rumah yang bersih, supaya ibu bapa dapat mengurangkan risiko penyebaran kuman berbahaya dan mengurangkan keberangkalian si kecil terdedah dengan kuman berbahaya.

“Peringkat awal keibubapaan penuh dengan kegembiraan, justeru menimbulkan perasaan semulajadi ibu bapa yang ingin melindungi anak-anak,” kata Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura, Reckitt. “Kempen Dettol membantu menangani kebimbangan ini dengan menyediakan ibu-ibu baharu dengan sumber yang mereka perlukan untuk menempuhi saat genting ini dengan yakin.”

Daripada usaha terdahulu, Dettol telah berjaya menarik pengguna yang terdiri daripada lebih 400,000 ibu baharu sehingga kini dan memupuk persekitaran yang lebih sihat untuk keluarga di seluruh negara. Melalui kerjasama dengan hospital dan klinik di seluruh negara, Dettol menyasarkan untuk mencapai lebih daripada 270,000 ibu bagi tahun ini sahaja. Usaha ini untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan penting tentang amalan kebersihan, bermula daripada membasmi kuman pada permukaan dan mainan sehingga kepada mengekalkan rutin mencuci tangan yang betul.

Dengan mengambil langkah tambahan dalam menawarkan penyelesaian kebersihan yang berkesan, Dettol menawarkan pandangan berharga dan petua praktikal daripada ahli profesional penjagaan Kesihatan untuk menangani kebimbangan yang sering dihadapi oleh ibu baharu. Objektif Dettol adalah untuk mendidik ibu-ibu baharu secara komprehensif melalui perbualan secara bersemuka, bahan pendidikan yang bermaklumat dan produk percuma untuk pengalaman penggunaan secara langsung. Pendekatan holistik ini untuk memperkasakan para ibu baharu dengan pengetahuan dan kelengkapan yang diperlukan untuk mengharungi cabaran keibubapaan dengan yakin dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk pembesaran anak-anak kecil mereka.

Noor Hidayah, ibu kepada dua orang anak, berkata, “Memastikan kesejahteraan anak saya bukan hanya satu kewajipan tetapi satu tanggungjawab kasih sayang yang tulus, dan penglibatan Dettol dalam usaha ini memberi saya ketenangan. Ianya tentang menjaga kesihatan anak-anak dan menggalakkan pertumbuhan mereka. Inisiatif ini selari dengan aspirasi saya sebagai seorang ibu yang menekankan kepentingan untuk memberi keutamaan kepada kebersihan dalam setiap aspek kehidupan kami.”

Dettol Bantu Ibu Bapa di Malaysia Memberi Permulaan Hidup Yang Terbaik Kepada Si Kecil Mereka
Kempen ‘New Mum’ Dettol bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa baru dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan bagi persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk bayi baru lahir mereka.

Man Nyee, ibu kepada tiga orang anak, menambah, “Mengekalkan rumah yang bersih dan sihat boleh terasa amat mencabar, terutamanya bagi ibu pertama kali. Inisiatif ini amat berharga – ia memperkasakan ibu baharu dengan pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, bukan sahaja untuk Si kecil tetapi juga untuk diri mereka sendiri.”

Dengan memperjuangkan amalan kebersihan ini, Dettol memperkasakan ibu bapa untuk memupuk persekitaran yang lebih selamat dan sihat yang kondusif untuk pertumbuhan dan kecergasan Si kecil mereka. Melalui langkah proaktif yang bertujuan untuk mengekalkan kebersihan dan kesihatan di dalam rumah, ibu bapa boleh mengurangkan kemungkinan jangkitan dan memberikan Si kecil mereka asas yang optimum untuk kehidupan yang sejahtera.

© 2023 BlackButterfly DesignArts