Kuala Lumpur, 4 September 2024 – Ainz & Tulpe merupakan destinasi untuk anda, lengkap dengan keperluan kecantikan khas untuk warga Malaysia. Ia adalah jenama terkenal dari Jepun, kian memberikan nafas baru dan merancakan industri kecantikan di Malaysia dengan menawarkan pilihan produk kecantikan Asia yang terbesar dan paling komprehensif.
Ainz & Tulpe menawarkan pengalaman beli-belah yang tiada tandingan kepada pengguna Malaysia yang bertempat di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil dan IOI City Mall. Setiap Ainz & Tulpe adalah “jalan pintas” anda kepada trend kecantikan terkini dari seluruh Asia, direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan peminat kecantikan di Malaysia.
“Matlamat kami adalah untuk menjadi persinggahan utama bagi pengguna yang ingin mendapatkan produk-produk J-Beauty dan K-Beauty terkini,” Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Kami menawarkan rangkaian yang luas dari keperluan harian mampu milik hinggalah kosmetik premium, dan kami berbangga kerana dapat menyesuaikan diri dengan trend terkini dengan pantas dan menyediakannya kepada pelanggan kami. Persekitaran kedai dinamik kami direka untuk berinteraksi dan memberi inspirasi kepada pelanggan kami, yakni menjadikan setiap lawatan ke Ainz & Tulpe satu pengalaman baharu.”
Antara jenama eksklusif yang diketengahkan di Ainz & Tulpe adalah AYURA, jenama kecantikan Jepun yang memfokuskan kepada pendekatan holistik terhadap kecantikan. Dimiliki oleh Ainz & Tulpe pada 2015 dan diasaskan oleh SHISEIDO pada asalnya, AYURA menawarkan rangkaian produk yang menyeimbangkan kulit, badan dan minda. Daripada penjagaan kulit hingga penjagaan badan dan wangian, tawaran AYURA direka untuk menggalakkan kesihatan dan kecantikan dalaman. Produk yang paling popular daripada jenama ini adalah AYURA UV Milk, Serum Optimizer, AYURA Foaming Wash dan AYURA Make Off Milk.
Tirtir pula merupakan jenama terkenal yang ditawarkan di Ainz & Tulpe, menggabungkan bahan-bahan semula jadi terbaik dengan penyelidikan saintifik yang canggih untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang memberikan hasil yang nyata. Dilancarkan pada tahun 2015, produk Tirtir direka khas untuk memberikan hasil yang jelas sambil menghormati dan memelihara kulit. Salah satu produk terlaris daripada Tirtir adalah Tirtir Mask Fit Red Cushion dan Tirtir Mast Fit All-Cover Cushion.
Ainz & Tulpe juga menawarkan White Conc, satu siri produk pencerahan badan yang diperkaya dengan agen pemutih yang efektif dan Vitamin C. White Conc sesuai untuk mereka yang inginkan kulit keseluruhan yang berseri dengan produk yang biasanya dikhaskan untuk penjagaan muka sahaja, tetapi dengan adanya White Conc, kini anda boleh milki kulit badan yang berseri. Produk wajib ada adalah seperti White Conc Whitening CC Cream II dan White Conc Body Scrub.
Untuk menikmati kecantikan Asia yang terunggul, Ainz & Tulpe mengalu-alukan semua peminat kecantikan di Malaysia untuk mengunjungi Ainz & Tulpe dan meneroka produk-produk eksklusif yang ditawarkan. Program kesetiaan jenama Ainz & Tulpe turut menawarkan manfaat dan diskaun kepada pelanggan setia, memastikan pengalaman beli-belah yang berbaloi dan tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ainz & Tulpe, layari www.ainz-tulpe.com.my, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024, and ikuti kami di laman sosial: