Dengan kadar prestasi tepat masa yang cemerlang sebanyak 86.44%, Saudia Mengangkut 30 Juta Tetamu pada tahun 2023 dan Mencatat Pertumbuhan sebanyak 21% dalam Prestasi Operasi

Dengan kadar prestasi tepat masa yang cemerlang sebanyak 86.44%Saudia Mengangkut 30 Juta Tetamu pada tahun 2023 danMencatat Pertumbuhan sebanyak 21% dalam Prestasi Operasi

Jeddah,7 Februari 2024: Saudia, iaitu syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, meneruskan transformasi pada tahun 2023 dengan rekod pengangkutan melebihi 30 juta tetamu, yang menandakan peningkatan sebanyak 21% berbanding tahun sebelumnya, dan operasi melebihi 176.3 ribu penerbangan, menunjukkan peningkatan sebanyak 4%. Manakala penerbangan transit menyaksikan pertumbuhan sebanyak 77% pada tahun 2023 berbanding tahun 2019.

Pencapaian ini adalah hasil daripada penambahbaikan model operasi Saudia yang strategik, iaitu memfokuskan pada peningkatan kapasiti tempat duduk dan kekerapan penerbangan di samping memupuk kecekapan operasi bagi mencapai keseluruhan prestasi tepat masa sebanyak 86.44% pada tahun 2023 yang merupakan antara 10 teratas di dunia.

Di peringkat antarabangsa, Saudia memainkan peranan penting dalam menghubungkan dunia dengan kerajaan ini menerusi usaha mengangkut lebih 16.7 juta penumpang melalui rangkaian penerbangan antarabangsanya, sekali gus mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak 36%. Syarikat penerbangan itu mengendalikan lebih daripada 79.4 ribu penerbangan antarabangsa dan berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 19% berbanding tahun sebelumnya. Saudia juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 26% dalam jam penerbangan dengan 382 ribu jam penerbangan pada tahun 2023.

Di dalam negara, Saudia terus berkhidmat dengan Kerajaan dengan mengangkut lebih 13.5 juta penumpang, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, 55% daripada jumlah penerbangan yang dikendalikan, berjumlah 96.9 ribu penerbangan, dikhususkan untuk destinasi domestik dan berjaya mengumpulkan 163 ribu jam penerbangan.

Saudia juga telah merasmikan operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Laut Merah pada tahun 2023, di samping pelancaran beberapa stesen antarabangsa termasuk Beijing, China, Birmingham, UK dan Johannesburg, Afrika Selatan, sekali gus mengukuhkan komitmen mereka untuk meluaskan jangkauan global merentasi pelbagai benua.

Kapten Ibrahim Koshy, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saudia, berkata “Metrik prestasi Saudi yang semakin meningkat mencerminkan pelaksanaan optimum pelan operasi sepanjang tahun kami, terutamanya semasa musim puncak. Angka-angka ini adalah bukti kejayaan kami dalam memberi perkhidmatan kepada sektor utama, termasuk pelancongan, perniagaan dan ziarah haji. Melihat ke hadapan, kami menjangkakan pengembangan besar armada kami, memacu prestasi kami dan menandakan lembaran baharu untuk Saudia sejak penubuhannya, lapan puluh tahun lalu”.

Saudia kini mengendalikan penerbangan ke lebih seratus destinasi merentasi empat benua dengan pelbagai armada yang terdiri daripada 142 pesawat. Dengan adanya pelaburan strategik di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, Saudia berhasrat untuk mewujudkan hab pusat yang menghubungkan Timur dengan Barat untuk penerbangan transit. Ini sejajar dengan komitmen syarikat penerbangan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan bagi para tetamu melalui penggunaan sistem digital terkini, teknologi kecerdasan buatan, serta memperkenalkan infrastruktur sistem di naik taraf yang ditetapkan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan ketepatan masa.

© 2023 BlackButterfly DesignArts