DE-CIX Malaysia dan Digital Penang Merevolusikan Kesalinghubungan Digital: Penang IX Dilancarkan sebagai Hab Baharu untuk Pertukaran Data InternetDE-CIX Malaysia dan Digital Penang Merevolusikan Kesalinghubungan Digital:

Cetusan Revolusi Digital dalam Kesalinghubungan dan Inovasi Serantau

DE-CIX Malaysia dan Digital Penang
Merevolusikan Kesalinghubungan Digital:
Penang IX Dilancarkan sebagai Hab Baharu untuk Pertukaran Data Internet

George Town, 5 Januari 2024 – DE-CIX Malaysia dan Digital Penang berjaya melancarkan Penang IX yang dikuasakan oleh DE-CIX (PIX), sebuah inisiatif transformatif yang berpotensi untuk mencorakkan kembali landskap digital rantau ini. Sebagai hab berpusat untuk pertukaran data, PIX bersedia untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat transformasi digital kerajaan negeri Pulau Pinang.

Penang IX: Pemangkin Transformasi Digital

Penang IX yang dikuasakan oleh DE-CIX, dengan kerjasama Digital Penang, merupakan satu peristiwa penting dalam perjalanan rantau ini untuk menjadi sebuah hab kesalinghubungan digital. Inisiatif ini disejajarkan dengan strategi transformasi digital kerajaan negeri Pulau Pinang yang lebih meluas bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan dan pembangunan infrastruktur digital.

Salah satu objektif utama PIX adalah untuk menyetempatkan pertukaran trafik Internet di Pulau Pinang. Dengan cara ini, penyedia kandungan akan berpeluang untuk mengehoskan kandungan mereka secara setempat sekali gus menghasilkan kadar kependaman rangkaian yang lebih rendah untuk pengguna. Langkah strategik ini dijangka merangsang penggunaan aplikasi digital termaju, khususnya dalam bidang Internet Segala Benda (IoT), Realiti Maya (VR), dan Industri 4.0 (IR4.0). Aplikasi ini yang bergantung pada kesalinghubungan dengan kadar kependaman yang rendah, akan berkembang maju dalam ekosistem digital Pulau Pinang serta menggalakkan pertukaran data yang cekap dan kemajuan teknologi.

Memacu Pembangunan Ekonomi dan Infrastruktur

Pelancaran PIX bukan sahaja mengukuhkan infrastruktur digital rantau ini tetapi turut membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang ketara. Dengan menarik pelaburan dan memupuk pertumbuhan teknologi, PIX dijangka akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di rantau ini. Penyetempatan strategik trafik Internet akan mewujudkan kesan berantai, serta menjana peluang bagi perniagaan dan usahawan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang kondusif untuk inovasi dan kesalinghubungan.

Komitmen DE-CIX Malaysia terhadap Kesalinghubungan Serantau

DE-CIX Malaysia juga komited untuk meneruskan inisiatif kesalinghubungan serantau di samping menjayakan pelancaran PIX. Syarikat itu bersedia untuk membangunkan sebuah Internet Exchange baharu di sempadan Malaysia dan Thailand, yang dijangka akan dilancarkan pada 2024. Perkembangan ini menandakan kesungguhan DE-CIX Malaysia untuk memajukan kesalinghubungan digital melangkaui Pulau Pinang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem digital serantau yang lebih luas.

Kenyataan yang dibuat menerusi jurucakap:

Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo berkata, “Peranan PIX sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi adalah signifikan dalam hal ini. Lokalisasi strategik trafik Internet dijangka akan menarik pelaburan serta merangsang pertumbuhan teknologi, sekali gus menyediakan Pulau Pinang sebagai pemain utama dalam landskap digital serantau. Langkah ini sejajar dengan agenda nasional yang bukan sahaja berhasrat untuk meningkatkan aspek kesalinghubungan, tetapi juga menjadikan negara sebagai peneraju dalam revolusi digital.”

DE-CIX Malaysia dan Digital Penang
Merevolusikan Kesalinghubungan Digital:
Penang IX Dilancarkan sebagai Hab Baharu untuk Pertukaran Data Internet

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow berkata, “Penang IX menjadi medan kepada pemerkasaan warga Pulau Pinang serta mendorong kita untuk menjadi sebuah negeri maju secara digital, sejajar dengan agenda Penang2030. Kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah persekitaran di mana warga Pulau Pinang yang inovatif akan dilengkapi dengan teknologi yang diperlukan untuk berkembang maju dalam era digital. Inisiatif ini menjadi bukti kepada komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap kemajuan teknologi yang membuka pintu masuk kepada peluang ekonomi sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebuah hab digital di rantau ini.”

DE-CIX Malaysia dan Digital Penang
Merevolusikan Kesalinghubungan Digital:
Penang IX Dilancarkan sebagai Hab Baharu untuk Pertukaran Data Internet

Ahli Lembaga Pengurusan DE-CIX Malaysia, Wong Weng Yew, berkata, “Matlamat utama Penang IX adalah untuk menyetempatkan trafik Internet Pulau Pinang, membantu merangsang penyetempatan kandungan, yang seterusnya akan merancakkan penerimagunaan aplikasi digital terkini seperti yang terdapat dalam IoT, VR, dan IR4.0. Pelancaran PIX ini merupakan peristiwa penting dalam kitaran hayat ekosistem digital Pulau Pinang.”

DE-CIX Malaysia dan Digital Penang
Merevolusikan Kesalinghubungan Digital:
Penang IX Dilancarkan sebagai Hab Baharu untuk Pertukaran Data Internet

“Pelancaran ini merupakan pencapaian penting dalam evolusi kesalinghubungan digital di rantau ini. DE-CIX berbangga dapat memainkan peranan penting dalam membentuk landskap digital Pulau Pinang. Kerjasama dengan Digital Penang ini dan sokongan daripada pihak berkepentingan utama menandakan komitmen bersama untuk memajukan infrastruktur teknologi Penang IX yang dikuasakan oleh DE-CIX. Ia bukan sekadar sebuah hab pertukaran data semata-mata. Sebaliknya, ia mewakili pintu masuk kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan penyetempatan infrastruktur digital. DE-CIX kekal komited untuk memperkasakan ekosistem digital di seluruh dunia, dan pelancaran PIX adalah bukti kepada misi berterusan kami,” kata kata Ketua Pegawai Eksekutif DE-CIX dan Pengerusi Lembaga Pengarah DE-CIX Group AG, Ivo Ivanov.

“Pelancaran Penang IX mewakili tahap kemajuan yang signifikan dalam usaha Digital Penang untuk membangunkan ekosistem digital yang berkembang maju. Pengalaman pengguna Internet dalam kalangan rakyat Pulau Pinang akan bertambah baik menerusi kesalinghubungan yang dipertingkatkan dan kadar kependaman yang berkurangan. Selain itu, Penang IX juga memperkasakan syarikat permulaan tempatan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi teknologi digital. Infrastruktur ini bersedia untuk melengkapi syarikat permulaan yang disasarkan dengan platform yang kukuh bagi memudah cara pecutan inisiatif digital mereka. Ia juga akan membuka laluan baharu untuk pertumbuhan dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi digital Pulau Pinang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Digital Penang, Ts. Ng Kwang Ming.

Pelancaran Penang IX menjadi saksi kepada usaha sama antara DE-CIX Malaysia dan Digital Penang. Ia akan menjadi platform kepada revolusi digital yang bakal melonjakkan rantau ini ke era baharu dalam aspek kesalinghubungan dan inovasi. Maklumat lanjut tentang penyertaan boleh didapati dengan melayari www.de-cix.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts