Datuk Nicol David Memperkasakan Ibu-Ibu Malaysia dan Atlet Masa Depan di Sidang Kemuncak Wanita

Love, Bonito menyambut Hari Wanita Antarabangsa dengan meraikan daya ketahanan wanita dengan pelancaran Ibu Legends.

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2025Love, Bonito, jenama pakaian wanita terkemuka di Asia Tenggara, menandakan permulaan Bulan Wanita Antarabangsa dengan sidang kemuncak wanita serantau yang julung kali diadakan dengan menghimpunkan lebih 400 peserta untuk perbincangan sehari penuh mengenai daya ketahanan, kepimpinan, dan takrifan semula definisi kejayaan. Acara ini menampilkan barisan wanita Asia paling berpengaruh, termasuk legenda skuasy Malaysia, Datuk Nicol David, yang berkongsi pandangan beliau mengenai ketabahan dan kepentingan sistem sokongan.

MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA MELALUI IBU LEGENDS

Salah satu detik penuh impak dalam sidang kemuncak ini ialah pengenalan Ibu Legends, sebuah program yang diasaskan oleh Datuk Nicol David untuk menyokong para ibu kepada atlet muda di Malaysia. Diinspirasikan daripada perjalanannya sendiri serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada keluarganya, Datuk Nicol menyedari kepentingan peranan ibu dalam pembentukan seorang juara. Yayasan ini bertujuan untuk membekalkan para ibu dengan alat, sumber, dan rangkaian komuniti yang kukuh bagi membimbing anak-anak mereka untuk berjaya dalam dunia sukan kompetitif.

Menerusi program bimbingan, bengkel, dan sesi perkongsian ilmu, Ibu Legends menyediakan para ibu dengan kemahiran dalam pemakanan, sokongan kesihatan mental, dan perancangan kerjaya bagi atlet muda. Inisiatif ini juga memupuk rasa kekitaan dalam kalangan keluarga atlet, memastikan bahawa para ibu—yang sifatkan sebagai tulang belakang kepada perjalanan seorang atlet—mendapat dorongan yang mereka perlukan untuk terus menyokong impian anak-anak mereka.

Mengenang perjalanannya sebagai ikon sukan global, Datuk Nicol berkongsi cabaran dalam mengekalkan prestasi cemerlang serta peranan penting sistem sokongan yang kukuh dalam kejayaannya. 

“Di luar dunia sukan, saya berharap dapat memberi impak positif kepada generasi muda dengan berkongsi pengalaman saya dan menggalakkan mereka untuk percaya pada diri sendiri. Saya ingin menunjukkan bahawa dengan dedikasi, ketahanan, dan sistem sokongan yang tepat, mereka mampu mengatasi segala cabaran dan mencapai impian mereka,” kata Datuk Nicol. 

Melalui advokasinya untuk atlet muda dan komitmennya yang teguh dalam pemerkasaan wanita, Datuk Nicol terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengejar matlamat mereka dengan keberanian dan ketekunan. Sama ada melalui program bimbingan, inisiatif pendidikan, atau usaha pembangunan di peringkat akar umbi, Datuk Nicol kekal berpegang teguh pada misinya untuk mewujudkan peluang bagi bakat-bakat muda yang bercita-cita tinggi. 

Perjalanannya adalah bukti kekuatan nilai ketabahan dan komuniti, dan bahawa kejayaan sebenar melangkaui pencapaian peribadi kerana yang penting adalah usaha kita untuk menginspirasikan dan menaikkan semangat orang lain.

MEMPERKASAKAN MASA DEPAN SUKAN MALAYSIA

Datuk Nicol David Memperkasakan Ibu-Ibu Malaysia dan Atlet Masa Depan di Sidang Kemuncak Wanita

Kiri ke Kanan: Maya Kale, Pengasas Moom Health; Yeo Sha-En, Pengasas Happiness Scientists; Justin Kim, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hupo; dan Datuk Nicol David, Bekas ratu skuasy negara dan bekas juara dunia lapan kali

Sesi ini benar-benar menyentuh hati para hadirin di Malaysia kerana ramai yang dapat mengaitkan diri dengan penekanan Datuk Nicol David terhadap ketahanan, keyakinan diri, dan kekuatan sokongan komuniti. Beliau berkongsi kisah membesar di Malaysia, menjalani latihan di gelanggang skuasy tempatan, serta pengorbanan keluarganya demi membantu beliau mencapai impiannya. Kisahnya menjadi peringatan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk melahirkan atlet bertaraf dunia, asalkan mereka diberikan bimbingan dan dorongan yang tepat sejak usia muda. 

Komitmen Love, Bonito dalam memperkasakan wanita melalui acara seperti sidang kemuncak ini selari dengan misi Datuk Nicol David, iaitu untuk membuka peluang bagi wanita—sama ada dalam bidang sukan, kerjaya, atau perkembangan peribadi—untuk mencapai potensi penuh mereka. Kerjasama antara jenama ini dan legenda skuasy terkenal dunia membuktikan bahawa gerakan wanita menyokong wanita semakin berkembang di Malaysia. 

KETAHANAN – MENDEPANI DUNIA YANG PENUH CABARAN

Datuk Nicol David Memperkasakan Ibu-Ibu Malaysia dan Atlet Masa Depan di Sidang Kemuncak Wanita

Kiri ke Kanan: Justin Kim, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hupo; Yeo Sha-En, Pengasas Happiness Scientists; Maya Kale, Pengasas Moom Health; dan Datuk Nicol David, Bekas ratu skuasy negara dan bekas juara dunia lapan kali

Sidang kemuncak ini berakhir dengan sesi perbincangan panel yang menampilkan pemimpin dari pelbagai industri termasuk Maya Kale, Pengasas Moom Health; Yeo Sha-En, Pengasas Happiness Scientists; dan Justin Kim, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hupo, bersama Datuk Nicol. Mereka bersama-sama meneroka perjalanan dalam mencapai kecemerlangan sambil mengekalkan kesejahteraan, dengan menekankan kepentingan muhasabah diri, keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan, serta mengenal pasti tanda-tanda kelelahan bagi memastikan kejayaan dan kebahagiaan jangka panjang. 

Meneguhkan lagi keperluan untuk usaha pemerkasaan secara kolektif, sidang kemuncak ini menjadi pemangkin inspirasi bagi wanita di seluruh Malaysia untuk berdaya tahan, saling menyokong, dan membina komuniti yang memupuk kejayaan.

Sidang kemuncak ini turut menampilkan sesi Fireside Chat dengan Tan Su Shan, Ketua Pegawai Eksekutif DBS Bank yang bakal mengambil alih jawatan dan wanita pertama yang menerajui bank terbesar di Asia Tenggara. Beliau menekankan kepentingan untuk melupakan ilmu lama (unlearning), mempelajari semula (relearning), serta mengutamakan impak berbanding gelaran, sambil mengukuhkan bahawa kejayaan bukanlah laluan yang lurus, tetapi memerlukan keupayaan menyesuaikan diri, keberanian, dan sistem sokongan yang kukuh.  

Panel pertama pula menampilkan barisan wanita Asia yang memberi inspirasi, termasuk Yip Pin Xiu, pemenang tujuh pingat emas Paralimpik; Kelly Tandiono, model dan mentor dalam Asia’s Next Top Model; serta Sahur Saleim, Pengasas Sahur’s Art Beauty.

Untuk maklumat lanjut mengenai persidangan, moderator, dan ahli panel, sila layari: ​​https://www.lovebonito.com/sg/global/trailblazers

© 2024 BlackButterfly DesignArts