Dari kisah teman wanita makhluk asing hingga cinta musim panas, pas akses penuh WeTV iflix menghidupkan semangat rakyat Malaysia untuk hiburan Asia

KUALA LUMPUR, 7 Sept 2020 – WeTV iflix, perkhidmatan penstriman luar negara daripada Tencent Video telah mewujudkan pembekal kandungan tempatan video mengikut permintaan (video-on-demand, VOD) dan secara dalam talian (over-the-top, OTT) yang utama di Asia Tenggara. Para penonton boleh memuat turun atau menstrim katalog kandungan antarabangsa, tempatan dan asli berkualiti tinggi dengan log masuk ke aplikasi yang dipasangkan melalui WeTV atau iflix di Google Play atau App store, untuk langganan percuma “tanpa sekatan”.

Menerusi falsafah “Kelebihan untuk anda”, WeTV iflix akan terus mengukuhkan strategi kandungan tempatan dengan memberi tumpuan kepada filem tempatan tayangan pertama dan susunan program asli yang hebat.

Portfolio rancangan asli tempatan, filem dan filem mikro pemenang anugerah, peraduan filem pendek dan rancangan TV akan menyaksikan penambahan Saluran Berjenama WeTV iflix untuk memberikan pelanggan dimensi baharu kepada penawaran yang sedia ada. Selain judul berasaskan Malaysia, penawaran lain termasuklah rangkaian kandungan bahasa Cina, Korea, Thailand, dan Indonesia asli premium. Ini terus meningkatkan daya tarikan platform yang luas dan produksi yang kaya dengan budaya.

“Melalui penyatuan teknologi, bakat dan sumber, WeTV iflix dapat menyediakan ekosistem yang berkesan untuk mempercepat kemampuan masuk ke pasaran dan pengkomersialan. Sinergi ini membuka dunia kemungkinan yang baharu dengan memanfaatkan infrastruktur dan peranti penstriman iflix WeTV secara besar-besaran untuk filem dan televisyen Asia, syarikat penerbitan, studio, penulis, pelakon, kemudahan pasca produksi dan pengedar kandungan. Ekosistem ini juga memberi kuasa kepada pemain industri di Asia Tenggara untuk memanfaatkan peralihan penonton yang ketara ke VOD dan OTT serta meningkatkan pendigitalan dalam kalangan pencipta,” kata Aik Kuang Heng, Pengurus WeTV iflix Malaysia. 

Berdasarkan pengalaman iflix yang menawarkan program asli, permintaan untuk kandungan asli sebagai alternatif kepada program Barat telah mengalami peningkatan yang luar biasa. Berdasarkan permintaan tersebut, para peminat siri KL Gangster Underworld bakal menyaksikan Musim Kedua yang akan ditayangkan pada suku keempat tahun 2020.

Para peminat C-drama kini boleh menikmati siri popular “My Girlfriend is an Alien” dan “Mid Summer is Full of Love”, manakala penggemar filem seram Indonesia boleh menonton “Mangkujiwo”, sebuah filem yang kaya dengan budaya Jawa.

© 2023 BlackButterfly DesignArts