Dari 50,000,000 Cawan Kopi, Kini 1 Tin – ZUS Coffee perkenalkan COFFIZZ, Kopi Berkarbonat Halal dalam Tin Pertama di Malaysia

Dari 50,000,000 Cawan Kopi, Kini 1 Tin - ZUS Coffee perkenalkan COFFIZZ, Kopi Berkarbonat Halal dalam Tin Pertama di Malaysia

Kuala Lumpur, 2 Februari 2024 – ZUS Coffee, rangkaian kedai kopi tempatan yang popular, tampil bersedia untuk merevolusikan pengalaman kopi anda dengan pelancaran COFFIZZ, kopi berkarbonat halal pertama di Malaysia yang tersedia dalam tin sedia diminum (Ready-to-Drink). Produk ini merupakan keluaran ZUS yang pertama dalam usaha mereka untuk berinovasi dengan menyediakan Barangan Pengguna Cepat Laris (Fast Moving Consumer Goods) dan produk gaya hidup di bawah nama ZUS Everywhere. Ini merupakan titik permulaan dalam misi ZUS untuk mengeluarkan pelbagai lagi produk sepanjang tahun ini yang akan dilancarkan di laman web rasmi jenamanya, shop.zuscoffee.com.

Keluaran ZUS terbaharu ini dicipta khas untuk merapatkan jurang dalam pasaran dengan menyediakan pilihan kopi berkarbonat versi RTD yang mudah dinikmati oleh pelanggan. Perisa kopi yang pahit mungkin tidak digemari ramai, tetapi gabungan air berkarbonat dan kandungan kafein yang rendah dalam COFFIZZ membolehkan lebih ramai pelanggan untuk mencuba minuman harian ini.

Ng Chun How, Pengarah Bisnes ZUS Everywhere, berkata “Didorong oleh pencapaian kami selama ini yang telah menyediakan lebih daripada 50 juta cawan kopi berkualiti mampu milik di Malaysia, COFFIZZ merupakan bukti cita-cita dan usaha kami untuk terus berinovasi. Kami yakin bahawa keluaran terbaharu ini dapat membawa sesuatu yang luar biasa ke landskap kopi tempatan, dan kami ingin menyediakan lebih banyak pilihan yang menyegarkan dan mudah dinikmati oleh semua, di mana-mana sahaja.”

Dari 50,000,000 Cawan Kopi, Kini 1 Tin - ZUS Coffee perkenalkan COFFIZZ, Kopi Berkarbonat Halal dalam Tin Pertama di Malaysia

Produk ini pada mulanya dilancarkan dalam versi Kotak 3-Tin Edisi Terhad yang hanya boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian dengan ketersediaan sebanyak 10,000 unit sahaja yang telah habis dijual dalam tempoh 10 hari sejak pelancaran!

Para pelanggan kini boleh mendapatkan satu tin COFFIZZ pada harga RM3.50* di cawangan FamilyMart terpilih mulai sekarang, sementara stok masih ada.

*Harga tertakluk kepada semua pembelian di kedai kecuali pembelian di KLIA2, KLCC dan Genting. Senarai cawangan: https://sites.google.com/view/storelistforcoffizz

Ciri-Ciri Utama COFFIZZ

Buatan Malaysia daripada ZUS Coffee

Diperbuat daripada ekstrak kopi sebenar, COFFIZZ menjamin kelazatan kopi berkualiti tinggi yang sama dan sudah dikenali serta digemari oleh pelanggan ZUS Coffee.

Kafein Ringan

Untuk semua dan setiap situasi, COFFIZZ sesuai dijadikan pilihan untuk penggemar kopi yang inginkan perisa kopi yang ringan dan menyegarkan. Pengguna dapat menikmati kesegaran kopi berkarbonat yang menyenangkan tanpa rasa pahit.

Kesegaran Minuman Berkarbonat

Perintis kopi berkarbonat di Malaysia, COFFIZZ dihasilkan dengan gabungan air berkarbonat dan kopi untuk mencipta pengalaman minuman kurang kafein yang masih mampu memberikan kesan kafein untuk kesegaran semasa.

Ketahui lebih lanjut tentang COFFIZZ di sini: https://shop.zuscoffee.com/pages/join-zus-coffee-club-rtd

© 2023 BlackButterfly DesignArts