CTOS SME Biz Day Johor Perkasa Kesediaan PKS Untuk Bekembang di Rantau Ini

CTOS SME Biz Day Johor Perkasa Kesediaan PKS Untuk Bekembang di Rantau Ini

JOHOR BAHRU, 9 Julai 2025CTOS SME Biz Day 2025 melabuhkan tirai dengan jayanya di Johor Bahru, membuktikan tahap kesediaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk beralih ke arah pendigitalan, transformasi dan inovasi. Acara ini dihadiri oleh ramai peserta termasuk agensi kerajaan, pakar industri, pelabur serta usahawan berjaya, sekaligus mengukuhkan lagi peranan CTOS sebagai rakan strategik dalam memperkasakan ekosistem PKS di Johor. Usaha ini tepat pada masanya berdasarkan momentum ekonomi Johor yang semakin berkembang, dengan rekod pelaburan bernilai RM27.4 bilion dalam suku pertama tahun 2025 sahaja.

Dianjurkan oleh CTOS for Business, SME Biz Day edisi Johor ini menjadi pemangkin dinamik bagi pertumbuhan perniagaan dan inovasi di wilayah Selatan. Acara ini memperkasakan perniagaan melalui kelengkapan praktikal, kemahiran relevan dan jaringan strategik bagi mengembangkan operasi dan kekal berdaya saing dalam landskap yang sentiasa berubah.

Menurut Lee Shin Mei, Ketua Pegawai Operasi CTOS Data Systems Sdn Bhd, “Johor kini muncul sebagai salah satu wilayah ekonomi paling penting di Malaysia. Inilah masa dan tempat terbaik untuk CTOS SME Biz Day menempa nama. Walaupun CTOS berbangga menerajui inisiatif ini, kekuatan sebenar SME Biz Day terletak pada usaha kolektif semua pihak yang terlibat. Bersama rakan-kongsi kami dari agensi kerajaan hingga pakar industri, satu misi tetap sama iaitu memperkasakan dan memperkukuhkan daya tahan PKS Malaysia untuk mencapai potensi sebenar mereka.”

Memperkasakan PKS Johor untuk Masa Depan

Johor terus membina momentum dengan dorongan pelaburan infrastruktur berskala besar, aktiviti perniagaan yang rancak serta reputasi yang semakin meningkat sebagai hab inovasi. Dengan kedudukan strategik, keyakinan pelabur dan kepakaran dalam sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, logistik dan teknologi hijau, Johor bersedia menerajui gelombang baharu pertumbuhan ekonomi negara. Untuk menyokong aspirasi negeri ini, tiga tema utama telah diketengahkan dalam acara tersebut:

Tema pertama adalah tentang pelaksanaan e-invois. Sesi ini meningkatkan kesedaran PKS tentang kepentingan menyelaraskan operasi mereka sejajar dengan dasar negara terbaharu bagi memastikan kelancaran operasi perniagaan dan pengurusan  data. Disampaikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan AutoCount, sesi ini menjelaskan perkembangan penting, ciri-ciri pematuhan dan panduan praktikal tentang pelaksanaan e-Invois.

Dengan peluncuran Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang bakal meluaskan peluang kerjasama dengan syarikat besar dan akses pasaran eksport, CTOS membantu PKS mencapai kejayaan jangka panjang dalam landskap ekonomi baharu ini. Sesi ini yang berjudul “Zon Ekonomi Khas: Perkara yang Usahawan, Pelabur dan Inovator Perlu Tahu” merupakan pengenalan untuk PKS memahami dan memanfaatkan peluang dalam inisiatif dwi-hala ini. Dengan mengetengahkan pakar industri daripada MATRADE, MDEC dan SME Corp. Malaysia, sesi tersebut menggariskan rangka strategik untuk PKS terus berkembang pesat dalam ekosistem perniagaan yang sentiasa berubah.

Tema ketiga adalah Transformasi Perniagaan dengan AI, Media Sosial dan Alat Pintar menampilkan kisah kejayaan sebenar daripada usahawan berjaya seperti Anjoe Skincare MadebyAnjoe, Feruni Ceramiche, Luckin Coffee Malaysia & Hextar Retail Berhad, Oriental Kopi, Poh Sin Studio, dan TikTok Shop Malaysia bagi membuktikan kuasa inovasi dan strategi digital dalam memacu pertumbuhan perniagaan.

Selain tiga teras utama ini, usahawan turut diperkenalkan pada kelengkapan dan strategi praktikal dalam transformasi digital, integrasi inovasi, penggunaan AI, kelestarian dan kesejahteraan kewangan yang dibawakan oleh syarikat seperti AWS, MOCHI Technologies, POS Malaysia, Samsung, Setlary, Sime Darby Auto Connexion, Unifi Business, U Business dan Zoho.

CTOS SME Biz Day Menuju Ke Destinasi Terakhir di Kuching

Selepas kejayaan acara di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, CTOS SME Biz Day akan membuat penampilan terakhirnya di Kuching, Sarawak, sebuah hab perniagaan utama di Malaysia Timur. Acara akan berlangsung pada 19 Ogos 2025 di Hotel Imperial, Boulevard Mall, menghimpunkan usahawan tempatan, pakar industri dan pemimpin perniagaan. Bagi PKS yang berminat, boleh mendapatkan tempat di: https://www.ticketmelon.com/ctos/smebizdaykch

Untuk kemas kini terkini tentang acara dan solusi perniagaan CTOS, layari: http://www.ctoscredit.com.my

© 2024 BlackButterfly DesignArts