Creative Lab Mengumumkan Usaha Sama Baharu Dengan BAAGUS

Usaha sama terkini itu bertujuan untuk menghasilkan pengalaman pengubahsuaian rumah yang lancar

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2021 Niro Ceramic Creative Lab Sdn Bhd (Creative Lab), sebuah penyedia perkhidmatan rekaan rumah inovatif telah mengumumkan usaha sama dengan BAAGUS – pakar langsir, bidai dan kertas dinding moden yang mengikut trend. Usaha sama strategik ini selari dengan matlamat Creative Lab untuk menjadi hab sehenti untuk pengubahsuaian rumah bagi pemilik rumah di Malaysia.

Kami teruja untuk bekerjasama dengan BAAGUS untuk memberi pengalaman pembelian yang lebih baik untuk pemilik rumah dalam pengubahsuaian rumah. Memandangkan lebih banyak aktiviti telah dibenarkan, kami teruja untuk menerima kunjungan pemilik rumah dari semua peringkat kehidupan bagi membantu mereka memulakan pengubahsuaian rumah setelah lama berehat berikutan sekatan pergerakan akibat pandemik ini,” kata Keith Loh, Ketua Pegawai Jualan Creative Lab. “Saya percaya bahawa dalam menghadapi keadaan semasa yang mencabar ini, kerjasama antara jenama adalah kunci kepada strategi jualan yang cemerlang merentasi kategori dengan usaha sama untuk menyampaikan lebih banyak manfaat kepada pelanggan. Kami memilih BAAGUS sebagai rakan penghasilan langsir rasmi kerana reputasinya dalam menghasilkan dan membekalkan pelbagai produk berkualiti tinggi dengan perkhidmatan sokongan yang baik di samping sentiasa berusaha untuk memenuhi jangkaan pelanggan,” tambah beliau.

“Pilihan langsir dan jubin adalah aspek yang amat penting dalam pengubahsuaian rumah kerana lantai dan tumpuan kepada perincian adalah antara perangsang visual utama yang menjadikan sesebuah rumah itu mahligai impian. Matlamat kami sejak sekian lama adalah untuk memberi kemudahan kepada pemilik rumah dan membantu dalam proses membuat keputusan di satu lokasi sahaja tanpa perlu bersusah payah mengunjungi banyak kedai,” kata Christy Wong, Pengarah Urusan BAAGUS.

Creative Lab Mengumumkan Usaha Sama Baharu Dengan BAAGUS

BAAGUS menawarkan langsir, bidai dan aksesori dengan pelbagai pilihan gaya, konsep dan rekaan untuk dipadankan dan disesuaikan dengan keperluan pelanggan dalam usaha menemukan kesempurnaan. BAAGUS boleh didapati di 10 cawangan Creative Lab di seluruh Lembah Klang –  Shah Alam, Petaling Jaya (Jalan Utara & Paramount Garden), Setia Alam, Sri Petaling, Klang, Puchong (Bandar Puteri), Bandar Sri Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Klang Lama. Bersempena pelancaran usaha sama ini, 30 pelanggan terawal akan dapat menikmati 20% diskaun ke atas barangan BAAGUS bermula 21 Oktober 2021.

Pada bulan Ogos lalu, Creative Lab memperkenalkan Program Tiling Crew – perkhidmatan pemasangan jubin yang menggabungkan pemasang jubin berpengalaman, bahan yang berkualiti, peralatan serta teknik pemasangan yang terbaik. Dalam usaha memberi kemudahan kepada pemilik rumah yang ingin melaksanakan projek pengubahsuaian rumah, kru jubin profesional di Creative Lab memastikan pertukangan yang terbaik dan hasil projek yang berkualiti tinggi.

Creative Lab akan terus memperluaskan perkhidmatannya pada masa hadapan melalui lebih banyak usaha sama dengan rakan industri yang lain, dalam usaha menjadi sebuah hab sehenti untuk pengubahsuaian rumah. Sebagai perkhidmatan rekaan rumah inovatif pilihan, Creative Lab menawarkan peluang kepada pemilik rumah untuk menguasai misi memberi nafas baharu kepada rumah mereka. Dilengkapi dengan kemudahan rekaan inovatif tersendiri, pemilik rumah boleh membawa pulang idea mereka dengan bantuan Perunding Rekaan Creative Lab. Layari laman Facebook Rasmi Creative Lab di https://www.facebook.com/CreativeLabbyNiroGranite untuk maklumat lanjut dan promosi, atau layari www.creativelab.com untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatannya.

© 2024 BlackButterfly DesignArts