You are currently viewing Creative Lab Melancarkan Kempen Jualan Blockbuster Dengan Hadiah Bernilai RM50,000

Creative Lab Melancarkan Kempen Jualan Blockbuster Dengan Hadiah Bernilai RM50,000

Sambut tahun baru dengan memberi sentuhan baharu kepada ruang kediaman anda dengan Creative Lab

Kuala Lumpur, 2 Disember 2021 Niro Ceramic Creative Lab Sdn Bhd (Creative Lab), penyedia perkhidmatan rekaan rumah inovatif telah melancarkan Kempen Jualan Blockbuster di seluruh negara, dengan tujuan untuk menggalakkan pemilik rumah memberi nafas baru kepada ruang-ruang kediaman mereka untuk menyambut tahun baru dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sejumlah RM50,000. Dengan pelbagai hadiah menarik termasuk TV Smart 50”, iPhone 13 dan hadiah utama pakej percutian 3H2M ke Langkawi, para pelanggan Creative Lab boleh menyertai kempen tersebut bermula dari 2 Disember 2021 hingga 29 Disember 2021.

“Mengubah suai ruang kediaman telah terbukti dapat meningkatkan kesejahteraan pemilik rumah sepanjang pandemik ini. Matlamat kami untuk Kempen Jualan Blockbuster ini adalah untuk membolehkan pemilik rumah mencipta ruang-ruang tersendiri dengan semangat menyambut tahun baru. Selain itu, kempen ini juga merupakan inisiatif kami sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan berterusan mereka walaupun dalam keadaan yang mencabar ini. Kami akan terus berusaha untuk menyediakan produk-produk berkualiti tinggi dan teruja menantikan pencapaian seterusnya dengan sokongan semua pelanggan,” kata Keith Loh, Ketua Pegawai Jualan Creative Lab.

Untuk berpeluang memenangi hadiah, pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah:

  1. Beli produk-produk Creative Lab dari 2 Disember 2021 hingga 29 Disember 2021

*minimum RM3,000 untuk hadiah mingguan & minimum RM6,000 untuk hadiah utama

  1. Isi dan hantar borang Google yang disediakan oleh Pereka Jualan
  2. Tunggu pengumuman pemenang di Laman rasmi Facebook Creative Lab

Bersesuaian dengan matlamat Creative Lab untuk menjadi hab buat pemilik rumah, Creative Lab telah melancarkan usaha sama strategik dengan BAAGUS — pakar dalam peralatan hiasan yang moden dan mengikut trend. BAAGUS menawarkan langsir, bidai dan aksesori dengan gaya, konsep dan rekaan yang terperinci untuk dipadankan dengan keperluan pelanggan yang inginkan kesempurnaan, dan boleh didapati di 10 cawangan Creative Lab di Lembah Klang. Selain itu, pemilik rumah juga boleh menikmati program Krew Jubin di Lembah Klang — sebuah perkhidmatan pemasangan jubin yang menawarkan kombinasi pemasang jubin, bahan mentah, dan peralatan sambil memastikan hasil pertukangan bertahap tinggi dan kemasan projek berkualiti tinggi untuk pemilik rumah.

Layari Laman Rasmi Facebook Creative Lab  https://www.facebook.com/CreativeLabbyNiroGranite untuk maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan butiran lain, atau layari www.creativelab.com untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatannya.