Coway Merangkul Lima Anugerah, Bukti Kepercayaan Pengguna

Coway Malaysia kekal sebagai pilihan utama di kalangan pengguna menjelang tahun ke-18 di Malaysia

Coway Merangkul Lima Anugerah, Bukti Kepercayaan Pengguna
Kapsyen gambar: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coway Malaysia dan Ketua Unit Perniagaan Asia, Coway Co., Ltd., Kyle Choi menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan. Sempena Coway Malaysia menyambut ulang tahun ke-18 pada tahun ini, lebih banyak tawaran dan pengalaman menarik telah disediakan supaya kejayaan ini dapat diraikan bersama-sama.

Kuala Lumpur, 26 Februari 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, meraikan 18 tahun perkhidmatannya di Malaysia, satu mercu tanda kecemerlangan syarikat itu sejak penubuhannya pada tahun 2006. Komitmen Coway untuk meningkatkan kualiti kehidupan telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah dan penghargaan, menunjukkan dedikasinya terhadap inovasi dan salah satu peneraju dalam bidang kesejahteraan. Anugerah-anugerah berkenaan bukan sekadar satu pengiktirafan jenama, ia juga menunjukkan keyakinan para pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Coway.

Dengan pengiktirafan Platinum di bawah kategori Penulen Air buat kali ke-7 pada tahun lepas, pengiktirafan yang konsisten di anugerah Reader’s Digest Trusted Brand Awards selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2015 itu telah mengukuhkan lagi kedudukan Coway sebagai jenama penyelesaian isi rumah yang terkemuka. Anugerah ini mempunyai makna yang istimewa kerana ia dinobatkan berdasarkan undian pengguna dan mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap penulen air Coway. Pengiktirafan ini membantu pengguna mengenal pasti jenama yang berbaloi, boleh dipercayai dan berkelayakan di pasaran.

Coway terus cemerlang sebagai pilihan utama di kalangan para pengguna dengan meraih Anugerah Jenama Warisan Antarabangsa – Jenama Penulen Air Terbaik di majlis anugerah Asia Halal Brand Awards (AHBA) pada 2023, menjadikan ia sebagai anugerah keenam berturut-turut dari AHBA (2017, 2019 – 2023). Diperakui oleh entiti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Industry Development Corporation (HIDC), anugerah global ini menekankan kepentingan jenama Halal di peringkat global dan mempromosikan jenama yang cemerlang. Ia melibatkan pencalonan oleh para pengguna dan proses penilaian yang ketat oleh pakar industri, menegaskan komitmen Coway terhadap kecemerlangan dan pematuhan dalam pasaran yang luas.

Baru-baru ini, Coway juga telah meraih kemenangan dalam pasaran pengguna di Putra Brand Awards 2023 dan Putra Aria Brand Awards 2023 yang diperoleh daripada undian pengguna. Coway mencapai pengiktirafan Perak dalam kategori Produk & Kedai Peningkatan Rumah (Putra Brand Awards) dan Emas dalam kategori Peralatan Peribadi, Dalam dan Luar Rumah (Putra Aria Brand Awards) dan mengesahkan kecemerlangan berterusan Coway dalam penyediaan penyelesaian terbaik untuk rakyat Malaysia. Anugerah-anugerah ini yang diperkenalkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) dan disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengesahkan kecemerlangan berterusan Coway dalam penyediaan penyelesaian inovatif untuk rakyat Malaysia.

Pencapaian Coway disokong dengan laporan 2023 Brand Health Study oleh KANTAR mengenai Coway Malaysia yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia mengundi Coway sebagai pilihan utama mereka. Jenama ini bukan sahaja memperoleh tempat pertama dalam kategoriJenama Bersedia Dibeli tetapi juga berada di tangga pertama dalam kategori Kesedaran Jenama dalam kategori Penulen Air. Data ini jelas membuktikan daya tarikan Coway terhadap para pengguna yang kukuh dan mencerminkan jaminannya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan dan pilihan rakyat Malaysia.

Selain menjadi jenama kegemaran utama di kalangan pengguna Malaysia, Coway juga telah meraih gelaran sebagai majikan pilihan utama di kalangan pekerja Malaysia selama tiga tahun berturut-turut (2021 – 2023), memenangi tempat pertama dalam kategori Rumah dan Kesejahteraan di anugerah berprestij GRADUAN Brand Awards 2023. Anugerah yang memberi tumpuan terhadap majikan dan pekerja ini mencerminkan tentang faktor yang menarik minat calon pekerja apabila memilih tempat kerja pilihan dalam pelbagai sektor di seluruh Malaysia. Pengiktirafan ini menekankan komitmen Coway terhadap penjenamaan dan imej majikan dan mempamerkan daya tarikannya kepada calon pekerja di pelbagai sektor di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coway Malaysia dan Ketua Unit Perniagaan Asia, Coway Co., Ltd., Kyle Choi dengan rendah hati berkongsi, “2024 menandakan tahun ke-18 Coway berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada pasaran Malaysia. Meimbas kembali perjalanan yang kami lalui, Coway ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga atas kepercayaan dan dorongan dari rakyat Malaysia yang telah membentuk kami sehingga kami mampu mencapai ke tahap ini dan terima kasih kerana menyokong Coway sebagai pilihan utama anda dalam bidang kesejahteraan dan inovasi anda.”

Coway bertekad untuk memberi keutamaan kepada inovasi produk sebagai asas inisiatif masa hadapan. Inovasi ini dijangka akan membawa perubahan positif dalam kehidupan para pengguna serta masyarakat secara keseluruhan. Dengan komitmen terhadap inovasi, kecemerlangan dan  pemberian impak bermakna dalam kehidupan pengguna, prinsip-prinsip ini akan terus menjadi fokus utama misinya. Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari www.coway.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts