Coway Meneruskan Usaha Pemuliharaan Alam Melalui Kerjasama Kolaboratif bersama EcoKnights

Lebih 2,600 KG sampah berjaya dikumpul oleh sukarelawan melebihi 320 orang di pelbagai sungai sempena inisiatif CSR ini

Kuala Lumpur, 16 April 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, meneruskan usahanya dalam advokasi alam sekitar dengan bekerjasama bersama EcoKnights, sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang berazam untuk memajukan amalan mampan untuk persekitaran yang lebih sihat melalui kerjasama melibatkan pihak berkepentingan di kalangan sektor swasta dan kerajaan serta sukarelawan individu. Coway dan EcoKnights meneruskan komitmen mereka ke arah masa depan yang lebih hijau dan menggalakkan pengurusan sisa yang mampan melalui inisiatif Guardians Against Garbage (GAG).

Coway Meneruskan Usaha Pemuliharaan Alam Melalui Kerjasama Kolaboratif bersama EcoKnights
Coway, EcoKnights dan Nicol David Organization (NDO) telah menjalankan aktiviti Plogging (mengutip sampah sambil berjoging) di Kolam Retensi Sungai Bunus Kuala Lumpur, memberikan pengalaman praktikal bagi Little Legends untuk belajar menjaga alam sekitar kita.

Coway dengan visinya untuk mencipta masa depan yang mampan, berusaha bukan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan hidup individu di dalam kediaman mereka tetapi juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam komuniti melalui program kesedaran. Sempena dengan Hari Bumi Sedunia, Coway menyeru masyarakat untuk menerapkan langkah-langkah kecil yang kita boleh amalkan demi kebaikan seluruh masyarakat, seperti membuang sampah di kawasan yang ditetapkan serta menjaga kebersihan di tempat awam dan peribadi.

Menjalin kerjasama dengan EcoKnights merupakan salah satu Inisiatif Coway untuk memperkasakan usaha mereka serta memacu perubahan positif dalam skala yang lebih besar. Melalui usaha sukarelawan dan penglibatan aktif bersama dengan komuniti tempatan, Coway berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar termasuk sungai, memperjuangkan amalan mampan serta menginsiprasi pengurusan alam sekitar yang lebih proaktif. Sejak 2021, Coway dan EcoKnights telah menjalinkan kerjasama untuk membersihkan lebih daripada 2,600 KG sampah sarap dari sungai dan taman di Lembah Klang seperti Sungai Keroh, Sungai Kayu Ara, Taman Kiara dan Kolam Retensi Sungai Bunus dengan bantuan lebih daripada 320 orang sukarelawan. Para sukarelawan mendapat pengalaman yang membuka mata mereka apabila mereka menemui pelbagai jenis sampah sarap dari sungai seperti basikal, peralatan elektrik, tayar, fabrik, paip PVC dan sebagainya. Setelah mengumpul sampah sarap, para sukarelawan mengasingkan, menimbang serta memastikan setiap jenis sisa dikategorikan dengan betul. Maklumat mengenai sampah yang dikumpul amat penting bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menentukan langkah yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Sisa plastik akan dihantar ke pusat kitar semula manakala sisa-sisa lain akan dihantar kepada pihak berkuasa majlis tempatan yang berkenaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Coway Meneruskan Usaha Pemuliharaan Alam Melalui Kerjasama Kolaboratif bersama EcoKnights
Sukarelawan Coway menjalankan aktiviti pembersihan sungai di Sungai Keroh bagi memastikan sistem aliran sungai sentiasa bersih. Sejak 2021, Coway dan EcoKnights telah berjaya mengumpul hampir 2,600 KG sampah dari sungai dan taman-taman di Lembah Klang, seperti Sungai Keroh, Sungai Kayu Ara, Taman Kiara dan Kolam Retensi Sungai Bunus dengan bantuan lebih daripada 320 sukarelawan.
Coway Meneruskan Usaha Pemuliharaan Alam Melalui Kerjasama Kolaboratif bersama EcoKnights
Sukarelawan Coway membentuk rantaian manusia untuk memindahkan sisa-sisa yang dikumpul dari Sungai Kayu Ara ke kawasan pengasingan sisa berhampiran untuk ditimbang serta pengumpulan maklumat. Maklumat mengenai sampah yang dikumpul amat penting bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan menentukan langkah yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.

Selain itu, Coway percaya dalam pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, Coway juga telah menganjurkan bengkel kesedaran kemampanan yang menumpu kepada pemuliharaan dan pengitaraan semula bagi sukarelawan. Para sukarelawan mengambil bahagian dalam bengkel pembuatan sabun di mana mereka mempelajari cara mengitar semula minyak masak terpakai menjadi sabun untuk kegunaan harian. Coway juga komited dalam memupuk pemikiran inovatif di kalangan generasi muda, Coway menjemput Nicol David Organisation (NDO) untuk menyertai aktiviti Plogging (mengutip sampah sambil joging) di Kolam Retensi Sungai Bunus dan menganjurkan bengkel pembuatan sistem penyiraman tumbuhan kecil sendiri khas untuk kanak-kanak dari NDO yang juga dikenali sebagai Little Legends sebagai sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah. Demonstrasi praktikal ini disokong oleh perbincangan menarik yang menekankan kepentingan perubahan tingkah laku individu dalam mewujudkan kesan positif dalam kehidupan seharian kita. Tumpuan juga diberikan kepada konsep penutupan rantai pengurusan sisa (closing the loop) yang menunjukkan bahawa perubahan kecil mampu memberikan impak yang besar kepada alam sekitar.

Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkata, “Di Coway, kami percaya bahawa tindakan kecil boleh membawa perubahan yang ketara. Melalui kerjasama kami dengan EcoKnights, kami berhasrat untuk bukan sahaja membersihkan sungai tetapi juga menyemarakkan semangat pemuliharaan alam sekitar di dalam masyarakat. Kami sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju dan pemangkin kepada perubahan. Usaha kolektif antara Coway serta EcoKnights menegaskan komitmen kami terhadap pemuliharaan alam sekitar dan keazaman bersama untuk mengurangkan kesan pencemaran bandar terhadap alam sekitar dengan pembuangan sisa secara hemah, peningkatan kualiti air, dan memulihkan habitat biodiversiti.”

Coway Meneruskan Usaha Pemuliharaan Alam Melalui Kerjasama Kolaboratif bersama EcoKnights
Sukarelawan Coway membersihkan Sungai Kayu Ara dari titik masuk 6 Penchala Hilir dimana sungai tersebut mengalir melalui kawasan TTDI dan Damansara dengan jarak sepanjang 9.8 kilometer. Usaha kolektif antara Coway serta EcoKnights menegaskan komitmen bersama kedua organisasi tersebut terhadap pemuliharaan alam sekitar dan keazaman mereka untuk mengurangkan kesan pencemaran bandar terhadap alam sekitar dengan pembuangan sisa secara hemah, meningkatkan kualiti air dan memulihkan habitat biodiversiti.

Fadly Bakhtiar, Pengarah Program EcoKnights mengulas, “Kerjasama jangka panjang kami bersama Coway merupakan langkah penting ke arah membina masa depan yang mampan. Lebih dari 2,600 KG sampah terkumpul sejak penubuhan kerjasama antara kedia pihak pada tahun 2021. Dari penghidupan semula saliran air hingga pengurangan tahap pencemaran, usaha kolektif kami membuktikan kuasa tindakan kepada alam sekitar yang didorong oleh masyarakat. Air merupakan bahagian penting dalam kehidupan harian kita. Dengan bekerjasama dengan komuniti tempatan dan agensi kerajaan dalam usaha pemuliharaan secara langsung, kami berharap dapat menanamkan rasa memiliki dan tanggungjawab terhadap sumber semulajadi kita.”

Coway akan terus kekalkan komitmen mereka untuk mempromosikan kemampanan alam sekitar dan merancang kerjasama dengan pelbagai NGO dan pihak berkuasa alam sekitar untuk inisiatif lain di masa hadapan. Mereka juga berharap untuk membawa perubahan bermakna dan memberi inspirasi kepada insan lain untuk berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan. Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari www.coway.com.my

© 2024 BlackButterfly DesignArts