Coway Meneruskan Usaha Pemberian Bantuan Kepada Masyarakat Orang Asli

Surayati (berusia 19 tahun) dan ibunya, Norisah biasa berjalan selama tiga jam dan membawa 16 baldi air setiap hari dari perigi kampung mereka untuk kegunaan keluarga mereka. Air bawah tanah tersebut sangat berbau dan meloyakan. Namun, keluarga ini tiada pilihan lain selain minum air perigi tersebut – satu-satunya sumber air mereka. Kampung mereka, Kampung Terubing 2 di Pahang tidak mempunyai bekalan air paip mahupun elektrik, sekaligus melenyapkan harapan mereka untuk memulakan sebarang aktiviti pertanian. Inilah realiti menyedihkan yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 53% komuniti Orang Asli tidak mempunyai akses kepada air paip. Selain kekurangan akses kepada air bersih dan sanitasi, Orang Asli, seperti masyarakat lain yang kurang mendapat perhatian di Malaysia, berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang merebak melalui air.

Angka kematian bayi dilaporkan meningkat dua kali ganda dari angka nasional sementara jangkitan parasit pula mencapai kadar setinggi 90% di kalangan masyarakat Orang Asli tertentu. Ia telah dikenalpasti bahawa kekurangan akses kepada bekalan air bersih yang berterusan adalah penyumbang utama kepada masalah kesihatan di kalangan masyarakat ini.

Menyedari air bersih sebagai hak asasi manusia, kerajaan dan sektor awam Malaysia komited untuk meneruskan usaha memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada keperluan asas ini. Semasa kita merayakan Hari Malaysia tahun ini, marilah kita ambil maklum bahawa selain daripada infrastruktur utama yang disediakan oleh sektor awam, isu kekurangan akses kepada air bersih ini juga memerlukan sokongan dan perhatian dari syarikat swasta.

Sejak 2017, inisiatif CSR Coway Malaysia – Happy Water Project telah menjadi oasis bagi masyarakat Orang Asli di negara ini. Sebenarnya, Coway merupakan sebuah syarikat penulen air yang pertama dalam memulakan usaha komuniti jangka panjang seperti itu.

Kini, dalam tahun yang keempat, Coway, sebagai sebuah syarikat penjagaan kehidupan, telah teruskan usahanya dalam menyediakan air yang bersih dan selamat kepada masyarakat yang memerlukan di seluruh negara. Menjelang akhir tahun 2020, Happy Water Project Coway akan memberikan manfaat kepada kira-kira 700 keluarga Orang Asli! Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, namun, Coway tetap komited dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran lima tahunnya bagi memastikan 1,000 keluarga Orang Asli diberi akses kepada air bersih pada akhir 2021.

Kini, Coway membekalkan peralatan rumah kepada lebih daripada 1.5 juta rumah di seluruh Malaysia, dan berusaha membawa ‘Life Changing Water’ kepada semua rakyat Malaysia. Dengan Happy Water Project, syarikat ini serius dengan tanggungjawab dan misinya untuk melindungi keperluan asas manusia, di samping memastikan bekalan air bersih yang berterusan.

Usaha Coway selaras dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keenam yang menekankan kepentingan air bersih dan sanitasi. Ini akan memastikan bahawa lebih banyak keluarga, seperti Surayati dan keluarganya yang telah menerima kemudahan serupa dari Coway, akan memperoleh manfaat dan menikmati akses kepada air bersih, seterusnya memastikan keluarga mereka terhindar dari penyakit yang merebak melalui air.

Sebagai sebuah organisasi korporat yang global, Coway telah memberikan bantuan yang sewajarnya terhadap komuniti di mana mereka beroperasi. Syarikat ini bersungguh dalam menangani isu kekurangan dan kemiskinan air yang tidak asing kepada Malaysia, kerana ia mempengaruhi lebih daripada 40% populasi global. Angka-angka ini diramalkan untuk terus meningkat berikutan peningkatan suhu global.

Selain itu, Coway Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia (Global Peace Foundation), dan memberikan setiap orang asli latihan mengenai Air, Pembersihan dan Kebersihan (WASH) secara tiga tahun berturut-turut. Program ini merangkumi aktiviti untuk mempromosikan cara pencucian tangan dan pemberusan gigi yang betul serta pemakanan yang sihat.

Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Happy Water Project dengan menyertai Larian Maya Coway bertema ‘Change The Game’, yang dijadualkan bermula dari 1 November hingga 29 November tahun ini. RM10 daripada yuran pendaftaran setiap peserta akan disumbangkan kepada Happy Water Project dan anda juga boleh memperoleh lencana pencapaian yang menarik sepanjang perlumbaan maya tersebut.

Sila kunjungi www.coway.com.my/happywaterproject untuk maklumat lanjut mengenai Happy Water Project dan layari Coway Virtual Run melalui www.cowayrun.com.my

© 2023 BlackButterfly DesignArts