Coway Menerima Penarafan ‘AA’ Oleh ESG MSCI

Coway menerima Penarafan “AA” daripada MSCI ESG buat tahun ke-2 berturut-turut, selepas penilaian terhadap inisiatif ESG syarikat

Kuala Lumpur, 22 Julai 2022 – Coway Co., Ltd., Syarikat Best Life Solution, telah menerima taraf “AA” dalam Penarafan ESG MSCI 2022.

MSCI memberikan penarafan ESG menurut skala daripada AAA (pemimpin) kepada CCC (terendah) berasaskan analisisnya terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus syarikat. Penarafan ESG oleh MSCI merupakan salah satu indeks global bagi pelaburan ESG, di samping FTSE4Good dan DJSI.

Coway telah menerima penarafan ESG MSCI kedua tertinggi, iaitu “AA,” yang mengesahkan kedudukan utama syarikat dalam usaha menangani isu-isu ESG bagi industri barangan isi rumah. Penilaian cemerlang ini dicapai terutamanya dengan tadbir urus korporat dan pengurusan sisa elektronik yang kukuh.

Coway telah melaksanakan pelbagai insiatif untuk membuktikan komitmennya kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Pada 2006, syarikat tersebut telah mengumumkan sasaran untuk mencapai pengeluaran karbon bersih sifar menjelang 2050 dan mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 50% menjelang 2030. Pada tahun lepas, Coway menubuhkan Jawatankuasa ESG di bawah Lembaga Pengarah untuk melaksanakan pengurusan ESG secara strategik.

Coway telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesan alam sekitar sepanjang kitran hayat produk daripada reka bentuk kepada pembangunan, jualan, penyesuaian semula kegunaan dan kitar semula. Inisiatif tersebut termasuk pembangunan produk mesra alam, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, program pengambilan semula sisa dan kitar semula sumber.

Pada 2021, Coway berjaya mengurangkan 104.4 tan emisi GHG dengan menjana tenaga solar boleh diperbaharui. Coway juga mengitar semula 99% daripada sisa yang dihasilkan oleh produk, perkhidmatan dan perniagaannya menerusi sistem kitar semula dan baik pulih. Di samping itu, langkah menggunakan bahan kitar semula dalam pembangunan produk membawa kesan ketara kepada usaha mengurangkan penggunaan sumber.

Wakil dari Coway berkata: “Kami melaksanakan pengurusan ESG secara menyeluruh di peringkat syarikat untuk mencapai sasaran kewangan dan juga memenuhi tanggungjawab alam sekitar dan sosial kami. Kami akan terus menambahbaik sistem pengurusan ESG kami demi masa depan yang lebih lestari.”

Di samping Penarafan MSCI, Coway juga tersenarai dalam Indeks DJSI World buat tahun ke-6 berturut-turut dan juga dalam Indeks FTSE4Good 2021. Coway menerima Penarafan ‘A’ ESG daripada Perkhidmatan Tadbir Urus Korporat Korea (KCGS) buat tahun ke-3 berturut-turut pada 2021.

Untuk butiran lanjut, sila layari www.sustainability.coway.co.kr.

© 2023 BlackButterfly DesignArts