Coway Memperkenalkan Penapis Double HEPA dalam Penulen Udara Untuk Perlindungan Berganda dan Ketenangan Fikiran

Penapis baharu terbukti menyahaktifkan sehingga 99.999% Varian Omicron SARS-CoV-2 dan Koronavirus Manusia (HCoV-OC43)

Kuala Lumpur, 13 Mei 2022 –  Malaysia kini beralih ke fasa endemik dalam pengurusan COVID-19, kita telah melihat kehidupan seharian kita kembali seperti biasa secara beransur-ansur. Jika ada satu iktibar yang boleh diambil daripada pandemik ini, ia mungkin adalah tidak mengambil mudah udara yang kita hirup. Menyedari hakikat ini, ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk melindungi diri mereka dan orang tersayang dengan meningkatkan kualiti udara sekililing terutama di ruang kediaman mereka dengan melabur dalam penulen udara. Di musim perayaan ini, ramai yang mahu lebih berhati-hati dalam soal keselamatan dan menggandakan perlindungan untuk keluarga dan orang tersayang semasa menziarahi satu sama lain. Sesungguhnya Coway diyakini sebagai sebuah syarikat yang merintis kecanggihan teknologi penulen udara.

Coway yang ditubuhkan pada 1989 merupakan peneraju pasaran dalam pembuatan dan pengedaran peralatan keperluan rumah moden, termasuk antara produk utamanya iaitu penulen air dan udara, yang dihasilkan di pusat R&D canggihnya di Universiti Kebangsaan Seoul di Korea Selatan.

Kini, Coway terus berusaha memastikan gaya hidup dan persekitaran penggunanya lebih indah dan lebih baik. Ini telah menjadikan Coway terkenal di seluruh dunia. Selain daripada diiktiraf kerana keprihatinannya menerusi rangkaian produk berkualiti tinggi, Coway juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan selepas jualan  yang cemerlang dan modul perniagaan berasaskan sewa yang inovatif, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang benar-benar prihatin.

Sejak kebelakangan ini, rangkaian penulen udara Coway, termasuk LOMBOK III dan STORM telah ‘memberi nafas’ baharu secara literal dan kiasan kepada berjuta-juta isi rumah di Malaysia dengan penapis Udara Zarahan Kecekapan Tinggi (HEPA) mereka yang terbukti menghasilkan udara yang lebih bersih dan sihat berlandaskan teknologi terkini. Sebagai contoh, LOMBOK III telah mengubah teknologi penulenan udara dengan sistem plasma RBD dan penapis pemangkin antibakteria, yang membasmi sehingga 99.9% daripada virus bawaan udara , bakteria dan kulat hitam.

Pada tahun ini, Coway telah mencapai satu lagi kejayaan sebagai peneraju pasarannya yang terbukti dengan pengenalan penapis Double HEPA bagi penulen udaranya. Perkembangan terbaru ini menggabungkan penapis Double HEPA baharu Coway dengan lapisan antibakteria tambahan dan lapisan antikulat yang memberikan perlindungan berganda. Tambahan lagi, penapis ini boleh menyahaktifkan sehingga 99.999% daripada habuk ultra halus dengan saiz zarah sehingga 0.01μm.

Tetapi perkara paling menarik ialah – kecekapan yang dicapai ini bukan dari segi teori mahupun di atas kertas, tetapi terbukti secara saintifik dalam penyelidikan makmal di Korea Selatan bahawa penapis Double HEPA Coway mampu menyahaktifkan sehingga 99.999% virus COVID-19 varian Omicron dan Koronavirus manusia, yang bukan sahaja meningkatkan perlindungan tetapi juga menawarkan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang – ketenangan fikiran.

Ini menjadikan pengenalan penapis Double HEPA Coway memang tepat pada masanya, dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sudah semestinya diraikan bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Sementara itu, mereka yang lebih berisiko seperti warga emas, wanita hamil atau kanak-kanak juga boleh memanfaatkan udara yang lebih bersih dalam ruang kediaman mereka.

“Di Coway, kami sangat teruja dengan kejayaan baharu ini, yang akan menawarkan pelanggan kami dimensi serba baharu dalam teknologi penulenan udara. Selama ini, pengguna di seluruh dunia meyakini kelebihan produk Coway yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan mereka, dan kemajuan baharu ini membuktikan komitmen berterusan kami kepada mereka. Mereka akan menikmati ketenangan fikiran kerana mengetahui udara di sekeliling mereka benar-benar bersih dan tulen, hasil daripada penapis Double HEPA baharu kami, lantas memberikan Double HEPA-ness dan perlindungan mereka,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Semua penulen udara Coway STORM dan LOMBOK III baharu kini dilengkapi dengan teknologi Penapis Double HEPA Coway. Sementara itu, pengguna sedia ada bagi model tertentu LOMBOK I, II, III dan STORM boleh menaik taraf penulen udara mereka dengan teknologi baharu ini mulai September 2022. Perkhidmatan nilai tambah ini disediakan secara percuma kepada semua pelanggan Coway yang telah membeli model penulen udara Coway yang terpilih.

Jadi apa tunggu lagi? Inilah masa terbaik untuk memanfaatkan teknologi penapis Double HEPA. Untuk maklumat lanjut mengenai penapis Double HEPA Coway, kunjungi bilik pameran Coway yang terdekat atau layari www.coway.com.my untuk maklumat lanjut.

**Penapisan 6 Langkah Coway Lombok III mengurangkan sehingga 99.999% habuk ultra halus dan 99.9% virus bawaan udara, bakteria & kulat hitam.

**Double HEPA dengan bahan penapis lanjutan menyahaktifkan sehingga 99.999% daripada Varian Omicron SARS-CoV-2, virus Influenza A (H1N1), Koronavirus Manusia (HCoV-OC43) menerusi keupayaan antibakteria dan antikulatnya, berdasarkan ujian yang dilaksanakan oleh Kolej Perubatan Veterinar, Universiti Kebangsaan Jeonbuk, Korea Selatan.Untuk maklumat lanjut tentang penafian di atas, sila layari www.coway.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts