Coway Memilih BTS Sebagai Duta Jenama Global

Yang terbaik dari kedua-dua industri berganding bahu untuk membawa pengalaman hidup yang lebih menarik kepada semua

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2021: Dua jenama Korea Selatan yang terkenal di dunia berpadu tenaga untuk menyempurnakan kehidupan pengguna di seluruh dunia. Sebagai Life Care Company terkemuka, Coway telah secara rasmi memilih fenomena K-pop antarabangsa, BTS (artis kumpulan popular Korea Selatan) sebagai duta jenamanya!

Coway ingin meningkatkan kesedaran jenamanya di Malaysia dan di seluruh dunia menerusi kerjasama dengan BTS, memandangkan kedua-dua jenama mempunyai pangkalan peminat yang ramai sama ada di dalam dan luar negara. Gandingan ini sememangnya sepadan kerana Coway ialah jenama berjiwa muda dan ceria, yang terus melibatkan rakyat Malaysia menerusi inisiatif menarik seperti Coway Run tahunan, pelancaran Pusat Pengalaman Coway (Coway Experience Centre) pertama di dunia dan pelbagai pelancaran produk baharu.

Produk dan usaha pemasaran syarikat Coway bertumpu kepada keperluan keluarga muda yang semakin bertambah dan juga pemilik rumah kali pertama, yang ingin melengkapkan kediaman mereka dengan alat keperluan rumah seperti penulen air, penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam berkualiti.

“Kami melihat sinergi yang serasi antara Coway dan BTS, dan saya percaya kerjasama ini akan membawa lebih kegembiraan dan keceriaan kepada pelanggan kami, serta pasaran alat keperluan rumah dan kesejahteraan global. Bersama dengan BTS, kami di Coway ingin menyempurnakan kehidupan seharian rakyat Malaysia serta membawakan keceriaan dan kesihatan kepada semua,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Coway Memilih BTS Sebagai Duta Jenama Global
En. Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan, Coway Malaysia

Setakat ini, lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia menikmati udara lebih segar, air lebih bersih dan tidur lebih nyenyak dengan produk Coway yang menyempurnakan kehidupan, menawarkan kesenangan harian dan ketenangan fikiran kepada para pengguna.

“Tiada cara yang lebih baik untuk mendekati pelanggan kami yang lebih muda dan juga semua rakyat Malaysia selain daripada menerusi muzik yang bersifat sejagat! Saya faham bahawa BTS dan K-Pop memang mempunyai ramai pengikut dan peminat di Malaysia,” kata Choi. Malah, Malaysia tersenarai sebagai pasaran global ketujuh tertinggi di Twitter dengan 6.1 bilion ciapan Twitter tentang K-pop.

Pada bulan-bulan akan datang, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen media Coway dan juga di platform media sosial termasuk iklan di TV dan media lain, untuk mengetengahkan rangkaian lengkap produk Coway dan juga imej jenamanya.

Coway Memilih BTS Sebagai Duta Jenama Global
© 2024 BlackButterfly DesignArts