Coway Malaysia Meraikan Kemenangan Tiga Anugerah Pada 2020

Kuala Lumpur, 1 Disember 2020Membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri global, Coway telah dianugerahkan gelaran Juara Industri Tahun 2020 (Industry Champions of the Year 2020) di majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan & Kelestarian Korporat Asia (ACES) [Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) Awards] baru-baru ini – salah satu penghargaan paling berprestij yang mengiktiraf pemimpin berwibawa dan pejuang kelestarian di seluruh Asia.

Coway telah dianugerah dalam senarai pemenang eksklusif, yang merangkumi pemimpin perniagaan, syarikat korporat dan jenama paling terkenal di Asia, yang membawa aspirasi dan kisah kejayaan perniagaan di rantau ini ke pentas dunia.

Selain itu, Coway memenangi Anugerah Jenama Warisan Antarabangsa (International Heritage Brand Award) di bawah kategori penulen air bagi Anugerah Jenama Halal Asia (AHBA) [Asia Halal Brand Awards] 2020. AHBA bertujuan untuk mengiktiraf dan mempromosi jenama-jenama halal terkemuka di seluruh Asia. Oleh itu, tahun ini merupakan tahun ketiga Coway telah meraih kemenangan AHBA bagi tempoh dari 2017 hingga 2020!

Untuk kelayakan memenangi anugerah yang berprestij ini, jenama pemenang mesti ditubuhkan selama lebih 15 tahun dan juga beroperasi di sekurang-kurangnya 2 negara Asia atau lebih. Pengiktirafan daripada AHBA sebagai pemimpin dalam perkhidmatan pelanggan dan inovasi produk mengukuhkan lagi jejak Coway yang semakin meluaskan dalam pasaran tempatan, di mana ia terus memberikan perkhidmatan kualiti terbaik untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan yang Mengubah Kehidupan (Life Changing) kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Selain anugerah ACES dan AHBA, Coway juga baru-baru ini telah memenangi anugerah Platinum di bawah kategori penulen air untuk Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2020 (Reader’s Digest Trusted Brand 2020), bagi tahun ke-6 berturut-turut.

“Kami amat teruja dan bersyukur dengan ketiga-tiga anugerah ini, yang membuktikan kesungguhan, usaha dan komitmen tidak berbelah-bahagi yang ditunjukkan oleh semua rakan sekerja Coway, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Kegembiraan yang dikongsi adalah kegembiraan berganda. Oleh itu, ketiga-tiga kemenangan ini membawa kegembiraan beribu kali ganda,” kata Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Coway Malaysia Meraikan Kemenangan Tiga Anugerah Pada 2020

“Sebagai The Life Care Company, Coway berdedikasi untuk mengubah kehidupan dengan menyediakan air bersih, udara segar dan tidur yang lena kepada semua orang. Anugerah ini akan mengukuhkan kepercayaan pelanggan kami dan berpotensi untuk menarik lebih ramai pihak berkepentingan untuk menyertai revolusi hidup sihat,” tambahnya.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1989, Coway telah berusaha untuk memperjuangkan persekitaran dan gaya hidup sihat menerusi produk yang memenangi anugerah dan peralatan berteknologi canggih, termasuk penulen air dan udara, peralatan bilik mandi dan tilam.

Sebagai pakar air yang terulung, Coway telah menerima pensijilan Gold Seal oleh WQA – salah satu program pensijilan rawatan air minuman yang paling diiktiraf di dunia. Selain itu, semua produk Coway diperakui oleh Yayasan Sanitasi Kebangsaan (National Sanitation Foundation) untuk memastikan keselamatan, kualiti, kelestarian dan prestasinya, mematuhi standard yang ditetapkan oleh Institut Standards Kebangsaan Amerika (American National Standards Institute).

Coway terus mengubah dan menambah baik kehidupan dengan memastikan kemampuan orang ramai untuk memiliki produk kegunaan harian yang berkualiti tinggi. Sehubungan itu, syarikat ini telah memperkenalkan skim sewa produk yang pertama di Malaysia, untuk membolehkan pengguna menikmati produk Coway menerusi skim sewa bulanan yang rendah.

Maklumat lebih lanjut mengenai Coway dan produknya yang memenangi anugerah boleh didapati di www.coway.com.my

© 2023 BlackButterfly DesignArts