Coway Malaysia Julang Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik

Coway Malaysia menangi Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP 2021 di samping beberapa anugerah lain

Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 – Sejajar dengan tumpuan jenamanya kepada Pengalaman Pelanggan (Customer Experience [CX]), Coway Malaysia bertekad memastikan pengalaman menyeluruh yang kekal dinikmati oleh setiap pelanggan dari pengguna Coway baru hingga pengguna Coway sepanjang hayat.

Berpegang pada falsafah ini, Coway Malaysia baru-baru ini menerima Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik (Best Customer Experience Award) CXP 2021, anugerah serantau Asia bagi kecemerlangan dalam bidang ini. Pengiktirafan tersebut mencerminkan servis menyeluruh Coway terhadap perkhidmatan pelanggan sambil menyentuh hati 2 juta pelanggannya.

“Kami amat berbesar hati untuk menerima Anugerah Pengalaman Pelanggan ini yang mencerminkan usaha gigih tenaga setiap kakitangan profesional Coway. Dari para Perancang Kesihatan (Health Planners [HP]), Codys (Coway Ladies), juruteknik, juruteknik Homecare, petugas talian perkhidmatan, pasukan perancangan dan inovasi, merekalah yang membawa Coway ke mercu jaya yang kami capai setakat ini sebagai pemimpin pasaran. Kami sentiasa mengutamakan pelanggan yang telah menyokong Coway sepanjang tempoh 16 tahun kami bertapak di Malaysia dan kami berjanji untuk membekalkan produk berteknologi tinggi Coway, kami akan terus menjadikan hidup lebih indah dengan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Coway juga telah memenangi dua anugerah lain yang mencerminkan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi, iaitu Anugerah Jenama Dipercayai (Trusted Brand Award) 2021 dan Anugerah Jenama Halal Asia (Asia Halal Brand Award [AHBA]) 2021.

Melalui tinjauan berasaskan selidik pengguna, Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest mencerminkan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi terhadap kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Tahun ini merupakan tahun ketujuh Coway diiktiraf sebagai syarikat yang berpegang kepada nilai-nilai teras insan, iaitu kepercayaan dan jaminan.

Sebagai jenama penulen air pertama di Malaysia untuk menerima sijil Halal JAKIM, Coway Malaysia berbangga untuk terus membekalkan produk berkualiti tinggi kepada komuniti Islam. Ini merupakan tahun keempat syarikat menerima pengiktirafan ini dan sekali gus menekankan kedudukannya sebagai pemimpin industri bagi peralatan rumah dalam pasaran Islam antarabangsa.

Selain daripada anugerah CXP, Jenama Paling Dipercayai (Trusted Brand) dan AHBA, Coway baru-baru ini juga telah diiktiraf dalam Kecemerlangan Keseluruhan dalam Inisiatif Kemasyarakatan & Kesihatan Awam (Community & Public Health Initiatives) di bawah kategori Anugerah Syarikat Terbaik (Perkakas Rumah) [Company of the Year Award (Home Appliances)]dalam Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia (Sustainability & CSR Malaysia Awards) 2021.

Sebagai syarikat Best Life Solution, Coway Malaysia berharap untuk terus menyediakan produk dan  perkhidmatan pelanggan terbaik yang akan memainkan peranan aktif untuk menjadikan hidup lebih indah, kerana pelanggan adalah keutamaan syarikat. Semua anugerah ini adalah pengesahan dan pengiktirafan terhadap kejayaan Coway Malaysia dan matlamatnya untuk berkhidmat kepada lebih ramai pengguna di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang anugerah-anugerah Coway, sila layari https://www.coway.com.my/

© 2023 BlackButterfly DesignArts