Syarikat bantu mempercepatkan usaha vaksinasi kerajaan
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2021: Coway Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mempercepatkan pemvaksinan kakitangannya bagi menjamin kesihatan dan keselamatan mereka.
Syarikat yang berbangga dengan identitinya sebagai The Best Life Solution Company telah mengambil bahagian dalam Program Imuninasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk melindungi kesejahteraan seramai lebih 22,000 kakitangan Coway di seluruh negara.
Di bawah PIKAS, Coway Malaysia berhasrat untuk memvaksinasi hampir 10,000 ‘ahli keluarga’ Coway yang belum mendapat vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang konvensional. Mereka termasuk Coway Ladies (Codys), Juruteknik Servis (Service Technician), Juruteknik Coway, Perancang Kesihatan (Health Planners), Juruteknik Homecare dan juga kakitangan di ibu pejabatnya. Untuk mempermudahkan usaha pemvaksinan ini, Coway telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 juta untuk inisiatif perubatan khas oleh syarikat ini.
“Kami mengutamakan keselamatan dan perlindungan ‘Cowayians’ kami kerana mereka adalah tulang belakang organisasi kami – dan kami bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan mereka semua menerima vaksin yang sewajarnya,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
“Sebagai sebuah organisasi yang mempercayai dalam kepentingan Persekitaran Lebih Sihat, demi Negara yang Sejahtera, kami bangga menjadi sebahagian daripada kerjasama awam-swasta ini demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, dan menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok dengan secepat mungkin,” tambahnya.
Dilancarkan pada 16 Jun 2021, PIKAS adalah kerjasama awam-swasta yang bertujuan untuk mempercepatkan pemvaksinan tenaga kerja Malaysia dan mempercepatkan imuniti berkelompok untuk seluruh masyarakat. Penyertaan syarikat dalam PIKAS adalah secara sukarela sepenuhnya.
Coway Malaysia sudah memulakan usaha PIKAS mereka di Lembah Klang, dengan kira-kira 2,400 kakitangan Coway telah menerima vaksin mereka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia(MITEC) dari 23 hingga 25 Julai 2021. Selain itu, terdapat 15 kakitangan Coway yang juga bertugas sebagai sukarelawan di MITEC untuk membantu mempermudahkan proses pemvaksinan di pusat tersebut.
Syarikat ini akan terus membantu mempermudahkan imuninasi kakitangan mereka di negeri-negeri lain dengan semua dos pertama selesai diberikan pada bulan Julai.
“Dengan mempercepatkan pemvaksinan ‘Cowayians’ kami, kami juga menjaga kesejahteraan pelanggan kami. Sebilangan besar kakitangan Coway kami adalah ‘petugas barisan hadapan’ yang tidak disedari, terutama mereka yang menjalankan servis produk Coway dari rumah ke rumah. Dengan usaha imunisasi ini, keselamatan pelanggan Coway juga terjamin,” tambah Choi.
Maklumat lebih lanjut mengenai Coway boleh didapati di www.coway.com.my