Coway Lancarkan Suplemen Makanan Bertujuan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 9 September 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, menetapkan piawai baharu dalam peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia dengan memperkenalkan dua suplemen makanannya, Prostair dan Dalton-5 Collagen di Malaysia. Sebagai jenama yang mementingkan inovasi dan mempunyai keprihatinan tinggi terhadap pelanggan, Coway bukan sahaja menyediakan persekitaran hidup yang sihat dan selesa, malah juga mempunyai matlamat untuk mencipta gaya hidup yang lebih sihat melalui suplemen makanannya dengan menawarkan penyelesaian mudah bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Coway Lancarkan Suplemen Makanan Bertujuan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Rakyat Malaysia
Coway memperkenalkan suplemen makanan terbaharu di Malaysia. Prostair menyokong kesihatan prostat dan penjagaan rambut manakala Dalton-5 Collagen meningkatkan kesihatan kulit dan kesejahteraan menyeluruh badan, kedua-duanya dengan tujuan untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan.

Testosteron terdapat dalam kedua-dua lelaki dan perempuan, namun jumlahnya adalah lebih tinggi bagi lelaki dan ia memainkan peranan penting dalam perkembangan jantina mereka. Bagi golongan lelaki, peningkatan usia menyebabkan penurunan lazim dalam paras testosteron dengan purata sebanyak 1% setiap tahun, terutamanya selepas 40 tahun[1]. Pada kebiasaannya, testosteron bertukar menjadi dihydrotestosterone (DHT), penurunan berkala dalam paras testosteron dan peningkatan DHT boleh menyumbang kepada dua keadaan kesihatan – alopecia androgenetik lelaki (kebotakan corak lelaki) yang merupakan bentuk keguguran lazim bagi lelaki dan Benign Prostatic Hypertrophy (BPH) atau juga dikenali sebagai pembesaran prostat.

Coway Lancarkan Suplemen Makanan Bertujuan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Rakyat Malaysia

Mereka yang menghidap BPH sering mengalami penurunan kualiti hidup akibat kekerapan membuang air kecil yang mengganggu tidur mereka pada waktu malam. Coway Prostair diformulasikan secara khusus bagi melambatkan pembesaran prostat dan mencegah kebotakan corak lelaki, sekaligus membawakan manfaat khusus bagi kesihatan menyeluruh. Ia dirumus dengan formula eksklusif 5 dalam 1, menggabungkan Ekstrak Maca, Zink, Biotin, Lycopene dan Happy Angel® Ekstrak Stamen Bunga Pisang, sebuah bahan yang dipatenkan di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain. Dihasilkan dengan Teknologi Double Nutri® yang dipatenkan, teknologi ini membolehkan molekul Coway Prostair bersaiz lebih kecil daripada sel darah merah manusia, sekali gus memaksimumkan kadar penyerapan untuk memastikan para pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada suplemen makanan ini.

Selain daripada Coway Prostair, Coway juga memperkenalkan Dalton-5 Collagen yang direka untuk menangani penurunan semula jadi pembentukan kolagen yang disebabkan oleh usia. Kolagen membentuk kira-kira 30% kandungan menyeluruh protein dalam tubuh manusia. Ia penting untuk menyokong struktur dan fungsi pelbagai jenis tisu seperti kulit, otot, tulang, tendon, ligamen dan tisu sambungan yang lain[2]. Namun, kolagen kulit berkurangan secara linear sebanyak 1% setiap tahun sepanjang kehidupan dewasa[3], menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan keanjalan, seterusnya mewujudkan garis-garis halus dan kedutan.

Coway Lancarkan Suplemen Makanan Bertujuan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Rakyat Malaysia

Coway Dalton-5 Collagen menangani masalah ini dengan formula unik 5 dalam 1 yang mengandungi 15,000mg MAXICOLLAGEN™, Ekstrak Epal Mawar, Ekstrak Delima, Vitamin C dan Ekstrak Bunga Mawar. Ekstrak Epal Mawar terkenal dengan kandungan asid klorogenik, anthocyanin dan asid galik yang tinggi, dapat meningkatkan kandungan keanjalan kulit, menstabilkan struktur kulit dan melembabkannya.

Diuji dan terbukti secara klinikal, Coway Dalton-5 Collagen efektif dalam meningkatkan ketumpatan kolagen. Ia meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 7.8%, mengurangkan kedutan sebanyak 10.4% dan berkesan dalam menghapuskan radikal bebas dengan penggunaan kerap. Dihasilkan menggunakan Teknologi Double Nutri® yang dipatenkan, Coway Dalton-5 Collagen mempunyai molekul yang lebih kecil, 500 Dalton (Da) berat molekul Tripeptide yang boleh diserap secara terus ke dalam tubuh badan, memastikan kadar serapan yang tinggi bagi keberkesanan optimum.

Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkata, “Dalton-5 Collagen dan Prostair mencerminkan dedikasi Coway dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan. Menerusi suplemen makanan inovatif ini, kami ingin memperkasakan lebih banyak individu untuk meningkatkan daya hidup dan kesejahteraan kesihatan mereka. Kami bangga dapat menawarkan penyelesaian yang memberikan impak dan membantu meningkatkan kehidupan orang ramai. Kami juga berbesar hati untuk memperkenalkan produk yang bukan sahaja memenuhi standard yang tinggi malah turut menyumbang dengan ketara dalam peningkatan hidup pelanggan kami. Dengan terus memajukan tawaran kami dengan gabungan penyelidikan terkini, kami memastikan bahawa penyelesaian yang dibawakan akan menyokong secara efektif dan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia.”

Dalton-5 Collagen dan Prostair telah menerima sijil kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan disahkan HALAL oleh Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan (THIDA). Produk-produk ini juga telah disahkan bebas daripada mikrob berbahaya, logam berat, hormon sintetik, alergen ikan (untuk Dalton-5 Collagen) dan bahan pengawet yang menjadi bukti kukuh Coway yang berdedikasi untuk menghasilkan produk yang selamat, berkualiti tinggi dan menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen makanan Coway, sila layari www.coway.com.my/products/wellness.


[1] https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/testosterone_aging_and_the_mind#:~:text=In%20some%20men%2C%20testosterone%20l

[2] https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23089-collagen

[3] https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1220811/  

© 2024 BlackButterfly DesignArts