Coway Berdiri Teguh Seiringan Menyokong Usaha Imunisasi Kerajaan Dengan Sumbangan Lebih Daripada 101 Penulen Udara Ke Pusat Pemberian Vaksin Mega

KUALA LUMPUR, 7 September 2021 – Dalam usaha untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Coway Malaysia baru-baru ini menyumbang 101 unit penulen udara Coway bernilai RM312,130, kepada empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang. Kesemua PPV ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sebagai syarikat Best Life Solution, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini selaras dengan matlamat Coway Malaysia untuk menyediakan udara bersih dan sihat kepada seluruh rakyat Malaysia, selain berkhidmat kepada pelanggan yang sudah mempunyai penulen udara Coway di rumah mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kualiti udara, ketenangan dan keselesaan yang lebih baik kepada orang ramai yang akan mendapatkan vaksinasi mereka, serta kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bekerja tanpa lelah di pusat-pusat tersebut untuk memastikan proses pemvaksinan berjalan lancar.

Coway Menymbang Lebih Daripada 101 Penulen Udara Ke Pusat Pemberian Vaksin Mega
Penyerahan tajaan penulen udara Coway kepada Pusat Pemberian Vaksin Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

Empat pusat pemberian vaksin mega yang menerima sumbangan ialah Bangi Avenue Convention Center (BACC), Ideal Convention Centre (IDCC), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penyerahan tajaan penulen udara Coway kepada Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil

Selain daripada sumbangan di atas, Coway Malaysia juga telah menaja tiga penulen udara dan tiga penulen air kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bandar Tun Razak di Cheras, dengan nilai berjumlah RM21,210. Ini akan membantu memberikan kualiti udara yang bersih dan lebih baik terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti pusat penilaian.

Coway Menymbang Lebih Daripada 101 Penulen Udara Ke Pusat Pemberian Vaksin Mega
Salah seorang petugas barisan hadapan di CAC menguji penulen udara Coway di pusat tersebut

Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia berkata, “Pada ketika ini, kami percaya bahawa segala bentuk bantuan, tidak kira seberapa besar atau kecil, memberikan kesan jangka panjang. Ini adalah sejajar dengan prinsip kempen We Stand As One kami, yang menunjukkan komitmen kami untuk berdiri teguh seiringan dengan rakyat Malaysia pada masa-masa sukar ini — kami akan lebih teguh seiringan, dan itu akan membantu kami memerangi pandemik ini untuk Malaysia yang lebih baik.”

Choi menambah, “Dengan kajian terperinci oleh pasukan R&D Coway, penulen udara dilengkapi dengan penapis HEPA dan direka bukan sahaja untuk menulenkan udara dalaman, tetapi juga menyingkirkan kontaminan dan pencemaran kulat dan jamur air, habuk halus dan hama habuk, virus dan kuman, gas berbahaya serta bau busuk. Lebih dari sebelumnya, kualiti udara dalaman sangat penting dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan atas sebab-sebab kesihatan.

Usaha di atas adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif yang Mengubah Kehidupan di bawah komitmen CSR jangka panjang Coway kepada masyarakat Malaysia di seluruh negara. Coway adalah antara syarikat multinasional pertama yang mengambil tindakan pada awal pandemik tahun lepas, untuk menyokong petugas barisan hadapan dan negara, dengan sumbangan bernilai kira-kira RM2 juta setakat ini. Ini termasuk sumbangan wang tunai RM300,000 kepada dana Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); beratus-ratus penulen udara, beribu-ribu pelitup muka dan kit sanitasi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), penunggang dan pelanggan GrabFood; di samping sumbangan terbaharu ini kepada pusat pemberian vaksin CITF.  Sebagai tambahan, inisiatif CSR Coway, Happy Water Project, telah membantu membekalkan air bersih kepada hampir 1,000 keluarga Orang Asli dan juga golongan memerlukan yang kurang mendapat perhatian selama tempoh 5 tahun lepas.

   Maklumat lanjut mengenai Coway boleh didapati di www.coway.com.my

© 2023 BlackButterfly DesignArts