Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Berbanding sebelumnya, kediaman yang lebih bersih dan selamat semakin diutamakan. Memandangkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa di rumah sekarang, ramai memastikan keadaan kediaman mereka selesa dan lebih sihat sejahtera.

Coway Malaysia, pakar penjagaan air, udara dan kesejahteraan rumah mendorong rakyat Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Gaya hidup dan persekitaran rumah yang lebih sihat bukan lagi satu kemewahan tetapi kini telah menjadi keperluan dalam Kebiasaan Baharu.

Oleh itu, Coway telah melancarkan kempen Hebat Bersama (Stronger Together) baru-baru ini, yang memperkenalkan penulen air GLAZE, penulen udara LOMBOK III dan tilam PRIME Series Super Single. Dengan tiga manfaat yang saling melengkapi, iaitu Air Sejuk Menyegarkan + Udara Bersih Sihat + Kualiti Tidur Dengan Lena, Coway berusaha untuk Mengubah Kehidupan setiap rumah tangga, demi membina keluarga lebih sihat dan komuniti yang lebih ceria!

Penghidrasi sejuk dan bersih

Coway penulen air GLAZE
Coway penulen air GLAZE

Cara terbaik untuk memastikan keselesaan dalam iklim tropika Malaysia yang panas adalah dengan menghidratkan badan kita pada setiap masa, dengan air yang bersih dan tulen. Bekalan air ini boleh diperolehi dengan mudah menerusi penulen air GLAZE Coway yang dilengkapi dengan keunikan fungsi Cold Water+. Ia membolehkan anda menikmati air sejuk berterusan di samping mengekalkan keselesaan. Penyediaan minuman sejuk juga menjadi lebih mudah!

Memiliki sebuah penulen air yang boleh dipercayai juga penting, terutamanya bagi penduduk kawasan kepadatan tinggi yang sering menghadapi masalah air, akibat pencemaran dan gangguan bekalan air.

Pada kadar penyewaan hanya RM119 sebulan, sesiapa sahaja boleh memiliki penulen air GLAZE dan menikmati perkhidmatan servis percuma selama lima tahun. Sebagai alternatif, ia boleh dibeli secara langsung pada harga RM3,900 dan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan servis percuma selama satu tahun. Coway GLAZE akan memudahkan hidup anda dengan ciri-ciri mesra pengguna seperti pengekstrakan satu sentuhan, kawalan isipadu dan suhu air, kunci keselamatan kanak-kanak serta reka bentuk putih menarik, yang menambah sentuhan minimalis dalam rumah anda.

Pernafasan selesa

Coway penulen udara LOMBOK III
Coway penulen udara LOMBOK III

Kualiti udara di rumah juga tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi dengan pencemaran udara dan virus bawaan udara yang berbahaya. Ramai yang mencari penyelesaian untuk memastikan persekitaran rumah selamat, terutamanya bagi ahli keluarga yang lebih mudah terdedah, seperti warga emas, orang sakit dan kanak-kanak.

Memandangkan Kerja Dari Rumah sudah menjadi kebiasaan baharu, pastinya lebih banyak habuk dan bakteria terkumpul kerana lebih banyak orang duduk di dalam rumah sepanjang hari. Anda tidak perlu lagi menghirup udara tercemar dalam rumah dengan penulen udara Coway LOMBOK III. Penulen udara ini merupakan siri LOMBOK generasi ke-3 yang laris dijual, direka cipta untuk memberikan perlindungan kuat di dalam rumah anda dengan kombinasi 6 penapis, Ioniser yang menghapuskan oksigen teraktif dan elektrik statik dari udara, dan sistem penapisan plasma Resistive Barrier Discharge (RBD) (hanya didapati dalam siri LOMBOK) yang meningkatkan kadar pensterilan untuk memerangkap gas, alergen dan pencemar berbahaya secara berkesan.

Dengan penanda indikasi habuk halus dan bau, LOMBOK III memberikan maklumat terkini masa sebenar (real-time) tentang habuk mikrohalus dan bau kuat yang terperangkap dalam udara persekitaran. 

LOMBOK III boleh dibeli pada harga RM3,490, dengan perkhidmatan servispercuma untuk satu tahun, atau secara penyewaan bulanan RM109 sambil menikmati perkhidmatan servis percuma lima tahun.

Tidur yang lena dan berkualiti

Coway tilam PRIME Series Super Single
Coway tilam PRIME Series Super Single

Akhir sekali, selepas mengatasi segala kebimbangan udara bersih dan air tulen, Coway menekankan kepentingan  tidur yang lena pada waktu malam! Tilam Coway PRIME Series adalah antara tilam premium pertama di negara ini yang boleh disewa, yang disertakan oleh Perkhidmatan Penjagaan Tilam berkala. Sistem spring poket lima zon memberikan sokongan kukuh dengan menyesuaikan bentuknya mengikut lengkungan semula jadi badan manakala fabrik antistatik membantu menyerap statik daripada badan dan membebaskannya ke udara. Tilam ini disediakan dengan pelapik tilam yang boleh ditukar untuk memastikan tilam anda dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Tilam hotel bertaraf 5 bintang PRIME Series boleh didapati dalam pilihan saiz King, Queen dan juga Super Single yang baru diperkenalkan. Dengan gaya hidup sibuk masa kini, setiap ahli keluarga memerlukan tidur berkualiti – sama ada  ibu bapa atau anak-anak. Tilam baharu ini juga sesuai bagi rumah bujang dan apartmen studio, iaitu bagi pekerja dan pelajar yang tinggal sendiri. Bagi mereka yang tidur seorang dan pemilik kediaman kecil yang tidak mahu menjejaskan keselesaan mereka, tilam PRIME Series Super Single memberi anda pengalaman tidur yang paling nyenyak.

Penyewaan bulanan PRIME Series Super Single ditetapkan pada harga pengenalan RM129. Dengan hanya RM4 satu malam, anda boleh memanjakan diri setiap malam di atas tilam hotel bertaraf 5 bintang ini. Malah dengan bayaran tambahan RM30 sebulan, anda boleh mendapatkan tilam Super Single bersama katil. Sebagai alternatif, tilam PRIME Series Super Single juga boleh dibeli secara langsung pada harga RM5,380.

Ayuh Malaysia, marilah kita menjaga kesihatan dan kekal Hebat Bersama pada musim ini! Maklumat lanjut mengenai Coway dan produk pemenang anugerahnya boleh didapati di www.coway.com.my

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama
© 2023 BlackButterfly DesignArts