COCOdry Dan Oxwhite Menyasarkan Untuk Mengumpul Sebanyak RM15,900 Bagi Menyediakan Sumber Penjagaan Kesihatan Mampu Milik Kepada Orang Ramai

Kuala Lumpur, 13 October 2022 – Peneraju Salun Penjagaan Rambut, COCOdry bekerjasama dengan platform e-dagang gaya hidup pengguna terkemuka, Oxwhite untuk mengumpul sebanyak RM15,900 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) sempena bulan Pink Oktober .

Menerusi kerjasama ini, COCOdry tampil mengeluarkan set rekaan pakaian kasual wanita edisi terhad yang diilhamkan oleh jenama persatuan dengan beberapa bekas penghidap kanser payudara manakala Oxwhite pula bertindak membiayai pengeluaran 100 set pakaian berkenaan.

Set pakaian kasual itu akan dijual di laman web COCOdry dan di kedua-dua cawangan mereka di COCOdry Bangsar dan COCOdry Publika.

Manakala semua keuntungan untuk set pakaian kasual yang dijual pada harga RM 159 itu akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Dana itu akan disalurkan kepada NCSM sebagai menyokong usaha NCSM dalam menyediakan pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan untuk individu yang terjejas dengan kanser.

Mengulas berkenaan pengumpulan dana itu, Pengasas COCOdry Kim May Chee, berkata kempen itu diilhamkan menerusi pertemuan jenama itu bersama Hiba Abdul Rahman, seorang bekas pesakit kanser payudara yang ditemui menerusi NCSM.

“Kami terlibat dalam satu Pelancaran Program KECANTIKAN dan Kesihatan mereka dan mendapat keistimewaan untuk mendekatkan diri dan membina hubungan persahabatan dengan beberapa bekas pesakit kanser yang turut membuka ruang untuk didekati kami serta turut sudi berkongsi cerita berkenaan bagaimana kehidupan mereka mula berubah ketika mahu melawan penyakit itu.

“Kebanyakan daripada mereka bergelut dengan kehilangan rasa normal mereka, berasa terasing pada kebanyakan hari dan tidak dapat lagi menjadi diri mereka sendiri. Kanser payudara bukan sahaja menjejaskan rutin harian mereka – ia juga memberi kesan kepada lingkungan sosial dan masa berkualiti mereka bersama insan tersayang. Beberapa bekas pesakit kanser ini turut menjauhkan diri daripada persahabatan dan orang tersayang kerana sukar untuk kedua-dua pihak ini bercakap mengenai penyakit ini. Selain itu, rawatan untuk kanser payudara yang berpanjangan telah mengubah bentuk badan mereka dan kebanyakan daripada mereka seolah-olah merasai seperti kehilangan hubungan dengan nilai kewanitaan mereka serta hilang keyakinan secara keseluruhan,” tambahnya.

Sementara itu, pengasas Oxwhite CK Changr pula berkata, jenama itu sehingga kini mempunyai komuniti seramai 350,000 orang yang mana sebanyak 56 peratus daripadanya terdiri daripada wanita.

“Sebagai jenama yang disokong oleh wanita, kami mahu menjadi rakan kerjasama kepada usaha murni itu memandangkan kanser payudara menjejaskan satu daripada 19 wanita,” tambah Changr.

© 2023 BlackButterfly DesignArts