Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 – CeraVe, jenama penjagaan kulit terkemuka, telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Produk CeraVe kini boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara. Memberi fokus dalam menangani masalah kulit seperti kulit sensitif, kulit kering dan dermatitis atopik kesan daripada penghalang kulit (skin barrier) yang rosak, CeraVe telah memperkenalkan enam produk utama bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit.
CeraVe diperkenalkan pada tahun 2005 untuk menangani masalah dermatologi kulit yang sering berasal daripada penurunan kadar ceramide dalam kulit. Masalah ini turut menyebabkan penghalang kulit terganggu seterusnya mengakibatkan masalah kulit seperti dehidrasi kulit, kekeringan, dan kerengsaan.
Berdasarkan pemahaman saintifik ini, satu panel pakar dermatologi bertauliah telah memformulasikan CeraVe dengan ceramide yang sama dengan kulit manusia (Ceramide 1,3 dan 6-II), asid lemak dan lipid lain, dan disalurkan secara berkesan melalui MultiVescular Emulsion Technology (MVE).
Teknologi inovasi MVE ini bukan sahaja dapat memulihkan fungsi penghalang kulit, malah juga memberikan kelembapan berpanjangan serta mengekalkan kulit yang sihat dan selesa dengan satu kali aplikasi sahaja.
Ashlee Ng, Pengurus Besar L’Oreal Malaysia Dermatological Beauty , menekankan kepentingan aksesibiliti kepada produk-produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi berkata “Dengan hanya satu pakar dermatologi untuk setiap 241,000 orang di Malaysia, ramai individu tidak mempunyai akses kepada cadangan penjagaan kulit profesional. Dikenali secara global kerana keberkesanannya dalam mengembalikan penghalang kulit semulajadi, CeraVe menyasarkan untuk merapatkan jurang akses ini kepada rakyat Malaysia.”
“Berbanding dengan pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal yang lazim, Teknologi MVE unik CeraVe dapat menyalurkan dan melepaskan ceramides yang penting sepanjang hari selepas hanya satu aplikasi lantas dapat memberikan penghidratan berpanjangan. Ini membantu memastikan kulit sentiasa lembap[ serta memastikan kesihatan kulit meningkat. Kami komited dalam meluaskan rangkaian produk penjagaan kulit dicipta khas seperti CeraVe di Malaysia, di samping memperkasa seseorang individu dengan pengetahuan menjaga kulit, yang akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan kulit untuk lebih ramai orang.”
Majlis pelancaran ini menampilkan perbincangan panel yang memberi tumpuan kepada peranan penting penghalang kulit dalam mengekalkan keseluruhan kesihatan kulit. Pakar–pakar turut menekankan keperluan penting dalam melindungi dan memulihkan penghalang kulit dengan berkongsi kisah kehidupan sebenar daripada individu yang bergelut dengan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema. Ini memperkukuhkan lagi keperluan penjagaan kulit yang berkesan. Selain itu, wakil dari CeraVe juga memberi penjelasan mengenai formulasi inovatif dan menekankan komitmen yang teguh untuk menyumbang solusi kepada orang Malaysia dalam memelihara penghalang kulit yang sihat.
Formulasi CERAmides dengan teknologi MVE telah membawa kepada penciptaan CERAVE, yang mampu dimiliki, mudah diakses dan memberi penjagaan kulit terapeutik untuk semua. Dicipta dan disyorkan oleh pakar dermatologi dari seluruh dunia, CeraVe menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang dapat membantu mengembalikan penghalang semula jadi kulit.
Produk utama CeraVe yang diperkenalkan di Malaysia adalah:
Dari 1 Mac sehingga 3 Mac, orang ramai dijemput untuk mengunjungi Bookmark di APW Bangsar untuk mencuba seluruh rangkaian produk CeraVe, mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan pemulihan penghalang kulit, serta juga menerima sampel produk CeraVe dan hadiah percuma. Di samping itu, para pengunjung juga boleh mendapat analisis kelembapan kulit secara percuma dan menikmati urutan tangan dengan pelembap CeraVe yang disediakan oleh tukang urut kelainan upaya.