Central Global Bhd Meterai Mou Dengan Smart Sabah Bagi Pembinaan ‘Dashboard’ Untuk Kementerian Kewangan Negeri Sabah

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2021 – Central Global Berhad (“Central Global” atau “Syarikat”) menerusi subsidiari milik penuhnya, Central Global Technology Sdn. Bhd. (“CGTSB”), memeterai memorandum persefahaman (“MoU”) dengan Smart Sabah Corporation Sdn. Bhd. (“Smart Sabah”) bagi membincangkan penubuhan syarikat usahasama (“JV”) untuk pembinaan ‘dashboard’ bagi Kementerian Kewangan Sabah.

Central Global Bhd Meterai Mou Dengan Smart Sabah Bagi Pembinaan ‘Dashboard’ Untuk Kementerian Kewangan Negeri Sabah

MoU tersebut, yang sah selama enam bulan daripada tarikh pemeteraian, akan menjadi kerangka kerja yang mana CGTSB dan Smart Sabah akan memperhalusi kolaborasi sehingga kepada JV bagi Projek Merancang, Merekabentuk, Membangun, Melaksana dan Menyelenggara Dashboard Kementerian Kewangan Sabah.

Central Global merupakan pengeluar pita penutup industri dan stok label serta kontraktor bangunan am manakala Smart Sabah adalah syarikat milik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan maklumat, komunikasi dan teknologi serta perkhidmatan pengurusan berkaitan dan perundingan keselamatan.

Central Global Bhd Meterai Mou Dengan Smart Sabah Bagi Pembinaan ‘Dashboard’ Untuk Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Central Global Bhd – Dato Faisal

Pengerusi Eksekutif Central Global, Dato’ Faisal Zelman berkata: “Kami mengalu-alukan perbincangan mengenai daya maju usahasama dengan Smart Sabah bagi pembinaan `dashboard’ untuk Kementerian Kewangan negeri. Kami berharap untuk mendapat perbincangan yang berhasil ke atas projek ini dan akan mengumumkan nanti bila terdapat sebarang kemajuan atau perkembangan.’’

“Kami terus mencari peluang-peluang perniagaan untuk sayap pembinaan Syarikat sementara kami memuktamadkan pembelian mesin-mesin yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran pita penutup kami kepada 250%. Inisiatif dan perundingan ini masih berjalan dan akan memastikan kelestarian perniagaan kami di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi dalam setahun setengah ini.’’

© 2023 BlackButterfly DesignArts