Central Global Berhad Cari Perkongsian Strategik Untuk Projek Pembinaan

Pemegang saham Kumpuln luluskan semua resolusi pada AGM

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2021 – Syarikat tersenarai di Papan Utama CENTRAL GLOBAL BERHAD (“Central Global” atau “Kumpulan”) menerima kelulusan para pemegang sahamnya ke atas semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2021, yang diadakan secara maya hari ini.

Para pemegang saham Central Global meluluskan resolusi untuk memilih semula pengerusi eksekutif Dato’ Faisal Zelman, pengarah eksekutif Encik Tobby Tan dan pengarah bebas Encik Lee King Loon menganggotai Lembaga Pengarah. Ketiga-tiga mereka dilantik ke lembaga pengarah pada 26 Februari 2021. Pemegang saham juga meluluskan resolusi untuk melantik Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai auditor Kumpulan bagi menggantikan KPMG PLT.

Central Global Berhad Cari Perkongsian Strategik Untuk Projek Pembinaan

Pengerusi Eksekutif Central Global Dato’ Faisal Zelman berkata: “Kami gembira AGM secara maya telah berlangsung dengan lancar tanpa gangguan teknikal. Kami menerima soalan-soalan daripada pemegang saham mengenai potensi dan prospek masa hadapan Kumpulan serta perancangan semasa kami bagi memperluas perniagaan perkilangan dan pembinaan.”

“Kami nyatakan di dalam AGM bahawa Lembaga Pengarah mencari peluang-peluang bagi sayap pembinaan menerusi perkongsian strategik kerana kami percaya landskap bagi perniagaan pembinaan sedang berubah dan perkongsian sedemikian adalah cara terbaik untuk kami melangkah ke hadapan. Kami juga menyatakan kepada pemegang saham mengenai rancangan untuk menambah baik mesen-mesen sayap perkilangan kami supaya pemprosesan dapat menjadi lebih produktif dan kos efisien.”

“Kami kekal optimis dalam berjaga-jaga dan akan terus memantau perubahan kesan daripada pandemik COVID-19 dan melakukan perubahan sewajarnya kepada operasi harian dengan tidak menjejas besar perniagaan. Kami yakin bahawa perancangan yang kami laksanakan ini akan memberi manfaat kepada Kumpulan untuk tempoh jangka panjang.” Antara rancangan Central Global ialah penempatan persendirian sebanyak 18 juta saham baharu yang telah diluluskan, bagi menambah baik kapasiti sayap perkilangan selain membiayai projek pembinaan sedia ada di Pulau Pinang. Central Global juga meraih projek pembinaan di Lahad Datu, Sabah bernilai RM101 juta. Kumpulan ini juga sedang berbincang mengenai beberapa projek pembinaan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts