Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry

Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry

Raikan Hari Keju Sedunia pada 4 Jun ini dengan resipi enak berkeju yang membuatkan Jerry terliur

KUALA LUMPUR (19 Mei, 2021) – Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri? Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.

Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa. Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.

Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry

Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!

Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever. Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!

Pernahkah anda terfikir adakah anda akan lebih cemerlang sebagai #TeamTom atau #TeamJerry? Bermula dari 21 Mei ini, dapatkan seorang teman dan cubalah Go Get Cheese Instagram filter, di mana anda boleh menjadi #TeamTom dan mengejar Jerry bagi mendapatkan semula separuh daripada keju yang dicurinya, atau menyertai #TeamJerry bagi merasai keterujaan melarikan diri daripada musuh dalam selimut terbaiknya itu!

Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry

Lengkapkan pengalaman Tom and Jerry anda dengan pelbagai rancangan istimewa di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD). Dari 31 Mei hingga 4 Jun, jangan ketinggalan mengikuti episod baharu Tom and Jerry Show pada jam 11.30 pagi, dengan tayangan filem istimewa Tom and Jerry: Willy Wonka and the Chocolate Factory pada 4 Jun, jam 12.30 tengah hari. Untuk lebih aksi kucing-dan-tikus, bolehlah menstrim tayangan di HBO GO untuk menonton Tom and Jerry pada bila-bila masa, di mana sahaja!

Akhir sekali, tiada peminat sejati yang akan melepaskan peluang untuk menambah barangan Cartoon Network terbaharu dalam koleksi mereka. Berikut adalah antara pilihan terkini yang ada di Malaysia:

·       Kidz World MY

Mencari pakaian yang terbaik untuk si kecil kesayangan anda pada musim panas ini? Kunjungilah Shopee untuk melihat koleksi pakaian Tom and Jerry yang cukup  banyak!

·       Toys“R”Us

Jika anda sukakan patung kecil Tom dan Jerry, jangan berlengah mengunjungi Toys“R”Us untuk melihat koleksi penuh mereka hari ini. Boleh didapati di cawangan terpilih sahaja.

·       Aurora Italia

Masih tercari-cari hadiah yang sempurna untuk musim ini? Inilah masanya untuk mengagumkan insan tersayang dengan kad hadiah bar emas 24K Tom and Jerry edisi terhad. Beli secara dalam talian hari ini.

·       Pelekat Kismet

Sudah tiba masanya untuk menghias ruang anda dengan Tom dan Jerry! Menampilkan duo kegemaran semua orang, pelekat Kismet ini diperbuat daripada bahan Oracal berkualiti tinggi, tahan lasak dan kalis air. Kunjungi kedai dalam talian  mereka untuk melihat barisan produk terbaharu hari ini.

·       Onwards

Tingkatkan keselesaan dengan tisu muka Onwards Tom and Jerry. Mulalah memanjakan kulit anda hari ini dengan menuju ke kedai runcit terkemuka yang terdekat sekarang juga!

Scroll to Top