Cara Mendaftar untuk Touch ‘n Go eWallet Partner

Sebagai permulaan, klik link: https://www.tngdigital.com.my/business/merchant-partner

Sila masukkan nama penuh pemilik perniagaan, no kad pengenalan pemilik perniagaan dan alamat emel.

Referral code atau no rujukan jika ada.

Isi no telefon perniagaan di sini dan juga no telefon lain yang digunakan untuk berurusan. Hanya nombor telefon pertama yang wajib dimasukkan.

Isi nama rasmi perniagaan anda seperti yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, alamat premis perniagaan anda, poskod dan negeri premis.

Anda juga perlu mengisi nama akaun bank perniagaan anda, nama bank yang anda gunakan dan juga no akaun bank perniagaan anda.

Seterusnya, isikan jumlah premis perniagaan anda. Sila masukkan 1 jika anda hanya ada satu premis perniagaan. Masukkan juga jenis perniagaan anda dan seterusnya kategori perniagaan.

Lebih banyak ruang soalan akan muncul selepas anda memilih kategori perniagaan anda.

Sila masukkan nama perniagaan seperti yang tertera di sijil pendaftaran syarikat anda, tarikh tamat temph perniagaan dan no pendaftaran syarikat.

Bahagian terakhir yang perlu disi ialah dengan memuat naik lesen perniagaan yang sah, penyata bank terkini, gambar operasi perniagaan (gambar premis atau gambar servis perniagaan) dan gambar kad pengenalan pemilik perniagaan.

Seterusnya tunggu maklumbalas dari pihak Touch ‘n Go eWallet untuk langkah seterusnya.

Selamat mendaftar dan semoga perniagaan anda berkembang dengan sistem eWallet.

© 2023 BlackButterfly DesignArts