Canon Malaysia Meraikan “28 Tahun Kecemerlangan Berterusan” dengan Pelancaran Pencetak Siri E Hijau Putih Baharu

Canon Malaysia Meraikan “28 Tahun Kecemerlangan Berterusan” dengan Pelancaran Pencetak Siri E Hijau Putih Baharu

Shah Alam, 20 September 2024 – Canon Marketing Malaysia (“Canon”), peneraju industri percetakan Malaysia, memperingati pencapaian penting jenama itu dengan memperkenalkan warna baharu yang bergaya untuk model PIXMA E410 dan PIXMA E470 yang popular sebagai sebahagian daripada sambutan “28 Tahun Kecemerlangan Berterusan”. Model-model ini didatangkan dalam warna hijau putih yang menawan, memberikan nafas baru kepada rangkaian Siri E yang ikonik dan meluaskan lagi jangkauan pencetak yang sememangnya menjadi pilihan pelanggan sejak sekian lama.

Acara pelancaran eksklusif, yang diadakan di Jibby by the Park, meraikan kejayaan berterusan dan kecemerlangan pencetak inkjet Siri E selama hampir 3 dekad, yang telah lama terkenal dengan kebolehpercayaan, prestasi dan keupayaannya. Penambahan yang menarik kepada rangkaian Siri E ini melambangkan kesegaran dan pemugaran tenaga warna hijau putih baharu. Selain memberikan sentuhan gaya, pelancaran warna baharu itu juga selari dengan trend terkini dalam hiasan rumah dan ekspresi peribadi, yang mencerminkan komitmen Canon terhadap kualiti dan kebolehsuaian.

“Pencetal Seri Esememangnya sinonim dengan kualiti dan kecemerlangan. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan varian hijau putih baharu dan memberi nafas baru kepada rangkaian pencetak ikonik kami,” ujar Ketua Bahagian Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia, Sandy Lee. “Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Siser Asia, rakan kerjasama kami dan peneraju dalam bidang bahan pemindahan haba dan teknologi termaju. Menerusi kerjasama ini, kami berupaya menggabungkan inovasi percetakan Canon dengan teknologi canggih Siser bagi memberikan kebebasan yang lebih luas kepada pengguna kami untuk menjana kreativiti.”

Selain warna baharu, Canon turut memperkenalkan aplikasi Canon Printer Buddy, sebuah versi yang dipertingkatkan daripada aplikasi Canon Printer Buying Guide sedia ada. Aplikasi yang dipertingkatkan ini menawarkan ciri-ciri yang ditambah baik dan menarik, membolehkan pelanggan menikmati pengalaman pengguna yang diperibadikan dengan kemas kini dan cadangan yang lebih baik.

Sempena pelancaran ini, Canon akan menganjurkan “Peraduan Gaya Baru Warna Baru”, iaitu peraduan cabutan bertuah yang berlangsung di seluruh negara. Bermula dari 1 Oktober  hingga 31 Disember 2024, pelanggan yang membeli salah satu pencetak hijau putih Canon PIXMA E410 atau PIXMA E470 baharu daripada mana-mana rakan pengedar Canon yang sah atau Canon e-Store berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat. Jumlah hadiah terkumpul yang ditawarkan bernilai RM30,000, dengan hadiah utama daripada Tiffany & Co. bernilai RM18,000.

Canon Malaysia Meraikan “28 Tahun Kecemerlangan Berterusan” dengan Pelancaran Pencetak Siri E Hijau Putih Baharu

Seiring dengan inovasi dan evolusi Canon yang berterusan, pencetak Siri E kekal menjadi tunjang utama seluruh rangkaian produknya. Pelancaran pilihan warna hijau putih baharu menjadi bukti kepada komitmen Canon dalam menyediakan penyelesaian percetakan yang luar biasa bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya. Pencetak Siri E baharu boleh didapati di mana-mana rakan pengedar Canon yang sah dan Canon e-Strore. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk terkini Canon, sila layari laman sesawang rasmi Canon di my.canon/en/consumer/products.

Canon Malaysia Meraikan “28 Tahun Kecemerlangan Berterusan” dengan Pelancaran Pencetak Siri E Hijau Putih Baharu
© 2024 BlackButterfly DesignArts