Cadbury Lanjutkan Usahasama dengan Liga Perdana Inggeris di Malaysia

Lagenda bola sepak Andrew Cole Berkongsi Keceriaan Coklat dan bola sepak di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 21 Mac 2018 – Cadbury dan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) mempunyai persamaan yang ketara terutamanya dalam mencetus detik manis di antara teman – teman dan keluarga tersayang. Cadbury, jenama konfeksi ternama di bawah Mondelēz International, dan teraju bola sepak Liga Perdana, telah melanjutkan usahasama ini ke Malaysia.

Sempenausahasama ini, Cadbury telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana 10 pemenang berserta seorang teman berpeluang memenangi tiket Hospitaliti Korporat dan trip berbayar sepenuhnya ke UK untuk menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018. Langkah- langkah untuk menghantar entri adalah seperti berikut:

  1. Beli sebarang product Cadbury dengan apa-apa nilai dari mana-mana kedai di seluruh negara
  2. Hantar resit sebagai bukti pembelian melalui Whatsapp ke 016-6688576

Usahasama bersama Liga Perdana ini telah diumumkan buat pertama kalinya di UK pada tahun lepas, secara tidak langsung menambah  kepada sejarah penglibatan Cadbury dengan sukan ikonik termasuk penajaannya bagi Sukan Olimpik London pada tahun 2012. Kolaborasi yang menyatukan dua jenama ikonik global ini ternyata mempunyai tempat yang unik dalam setiap budaya dan hati masyarakat di dunia.

Nikhil Nicholas, Pengurus Kategori Coklat, Mondelēz International berkata, –Apa yang pihak kami cuba sampaikan melalui usahasama jangka-panjang ini , adalah untuk mencipta sebuah platform bagi jenama Cadbury untuk berkongsi kegembiraan melalui kepelbagaian agenda, dan ini merupakan sesuatu yang Mondelēz International ingin lakukan secara konsisten.”

Seperti yang sedia maklum, Malaysia ternyata sebuah negara yang mempunyai peminat yang besar  terhadap sukan bola sepak. Saban malam, ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul dengan teman dan keluarga tersayang di mamak atau pun di rumah sambil menonton perlawanan yang disiarkan. . Dengan usahasama ini, ianya diharapkan dapt menyatukan peminat produk Cadbury danpeminat setia bola sepak dan memberikan mereka pengalaman yang menyeronokkan dari perkongsiaan ini.

Sebagai syarikat konfeksi terbesar dunia, Cadbury telah berjaya mencipta nama di Malaysia selama lebih daripada empat dekad. dantelah mencipta rangkaian produk kegemaran seperti Cadbury Dairy Milk dan Zip serta variasi produk yang baharu dan mengujakan seperti Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury 5 Star dan Marvellous Creations.

Dengan pertumbuhan pasaran coklat yang memberangsangkan di rantau Asia Tenggara, Cadbury telah memperlihatkan satu peralihan dalam pasaran sasaran utama. Pengguna generasi muda kini tidak hanya mencari produk yang berinovasi namun mereka cenderung memilih produk yang memberikan keunikan tersendiri  sekaligus berupaya mencipta  kegembiraan dalaman hasil daripada pengambilan coklat.

“Hari ini, pengguna meletakkan kesetiaan kepada kebolehan sesebuah jenama untuk mencipta pengalaman baharu dan dalam format yang mengujakan. Kami melihat usahasama strategik ini sebagai peluang besar bagi kami untuk mengukuhkan kesetiaan jenama dan penambahan kepada jumlah pelanggan untuk memastikan pertumbuhan bisnes yang mampan di Malaysia,” tambah Nikhil.

Menambah kepada keseronokan pengumuman usahasama tersebut, lagenda Liga Perdana Inggeris Andrew Cole atau lebih dikenali sebagai Andy Cole telah merasmikan usahasama ini dalam sebuah majlis semasa lawatan tiga hari beliau ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Bekas pemain bola sepak Liga Inggeris ini amat dikenali  semasa beliau di Manchester United, di mana beliau telah mengukuhkan status beliau sebagai ikon bola sepak yang prolifik bagi liga tersebut termasuklah sebagai penjaring gol yang konsisten semenjak pelancaran liga tersebut pada tahun 1992. Beliau merupakan penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana dengan 187 gol.

Berucap di majlis pelancaran, Andrew berkata, “Saya berasa sangat rendah diri kerana terpilih untuk merasmikan usahasama mengujakan di antara Cadbury dan Liga Perdana ini. Saya pernah melawat Kuala Lumpur sebelum ini dan rakyat Malaysia ternyata mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak. Usahasama ini merupakan inisiatif yang hebat oleh syarikat terkenal seperti Cadbury yang mempunyai fokus yang sama seperti Liga Perdana dalam mencipta keseronokan kepada peminat setempat. Saya amat teruja bersama dengan Cadbury dan Liga Perdana dalam merayakan kehebatan  bola sepak bersama dengan jenama coklat kegemaran dunia.”

Bagi maklumat lanjut tentang Cadbury FC, sila layari Facebook Cadbury di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts