Cadbury Dairy Milk dan MYDIN Berganding Bahu Menghulurkan Bantuan kepada Enam Rumah Kebajikan

Kuala Lumpur, 28 September 2022 – Mondelez International (Malaysia) melalui jenamanya Cadbury Dairy Milk telah bekerjasama dengan MYDIN untuk menghulurkan tangan buat masyarakat yang kurang bernasib baik demi memberi sinar penuh makna. Dana yang terkumpul melalui inisiatif Menyentuh Hati Dengan Pembelian Ikhlas ini akan disalurkan dalam bentuk bekalan makanan untuk lima bulan kepada enam rumah kebajikan di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan lanjutan daripada kempen #CadburyHuggingBar, bertujuan memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia agar saling berkongsi serta membantu antara satu sama lain. Inisiatif ini juga menggalakkan rakyat Hulurkan Tangan dan Cairkan Hati yang Tersayang. Antara inisiatif khas dalam kempen itu ialah sumbangan RM0.50 kepada Inisiatif MYDIN Prihatin untuk setiap dua pembelian produk Cadbury di mana-mana cawangan MYDIN. Jumlah kutipan itu akan diagihkan kepada rumah kebajikan terpilih di Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Johor dan Kelantan dalam bentuk bekalan makanan untuk lima bulan.

Enam rumah kebajikan yang akan menerima bekalan makanan ialah Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti Bangi (PPDK), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sinar Harapan Shah Alam, Pusat Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Istimewa Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Persatuan Disleksia Sarawak, Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya Xi Le Er di Johor dan Pusat Jagaan Down Syndrome di Kelantan.

Cadbury Dairy Milk dan MYDIN Berganding Bahu Menghulurkan Bantuan kepada Enam Rumah Kebajikan
Wakil Cadbury Dairy Milk dan wakil MYDIN bersama kanak-kanak dan guru dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bangi.

“Kempen ini bertujuan memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia agar saling berkongsi juga membantu antara satu sama lain. Kempen ini merupakan teras DNA Cadbury Dairy Milk dan kami menghargai setiap penyertaan inisiatif #CadburyHuggingBar ini. Usaha sama ini telah menghasilkan hubungan yang bermakna dengan rakyat Malaysia di seluruh negara dan membantu rumah-rumah kebajikan terpilih dengan segala yang diperlukan. Kami juga ingin berterima kasih kepada MYDIN atas perkongsian mereka serta usaha berterusan untuk menyokong masyarakat setempat,” kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran, Malaysia, Singapura dan Eksport AMEA, Mondelez International.

Cadbury Dairy Milk dan MYDIN menganjurkan sebuah acara pada 28 September 2022 di pusat Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti Bangi (PPDK@PLPP BANGI) untuk penyampaian cek manakala kehadiran para sukarelawan membawa keceriaan buat kanak-kanak dari rumah kebajikan yang menerima bantuan untuk menandakan kemuncak kempen ini. Majlis itu dihadiri oleh Ng Boon Siew, Pengurus Kanan Pemasaran Coklat, Malaysia dan Singapura,  Mondelez International dan Tuan Ahimmat bin Mydin Mohamed, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN).

“MYDIN komited dalam usaha memberi keceriaan dan memastikan kebajikan komuniti melalui inisiatif MYDIN Prihatin “Kami Bawa Senyuman”. Kami amat gembira dapat menjalin kerjasama dengan Cadbury Dairy Milk Malaysia, di samping mengajak orang ramai khususnya pelanggan kami untuk turut serta menjayakan usaha membantu golongan memerlukan. Sebagai syarikat korporat, MYDIN sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik kami bagi meneruskan usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik”, kata Ahimmat bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN. Sertai Cadbury Dairy Milk Malaysia dan MYDIN dalam memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia agar saling berkongsi serta membantu antara satu sama lain. Untuk maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, layari halaman Facebook jenama ini di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts