Butiran Penting Pergerakan di bawah PKPB: Tahu sebelum gerak!

Seperti yang sedia maklum, aplikasi Gerak Malaysia perlu di muat turun oleh rakyat Malaysia untuk membuat permohonan sebelum  bergerak merentas negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Aplikasi ini merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan pengurusan pergerakan dan mengawal pergerakan trafik semasa PKPB. Selain itu, ia juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak bagi COVID-19.

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini boleh di muat turun di Apple App Store, Google Play store dan Huawei AppGallery. Dengan ini, kami menyeru rakyat Malaysia untuk memuat turun aplikasi ini untuk kemudahan bersama dan sama-sama kita berusaha untuk membanteras penyebaran COVID-19.

Muatturun berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) yang terkini mengenai aplikasi mudah alih Gerak Malaysia untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca anda. Terdapat dua FAQ yang membincangkan pertanyaan-pertanyaan lazim mengenai aplikasi Gerak Malaysia, garis masa untuk menggunakan aplikasi, jadual perjalanan antara negeri dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://gerakmalaysia.gov.my/.

Terkini (6 Mei 2020): App telah dinaiktaraf ke versi 2.5

Mutturun FAQ:

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/2993178034062178/
Sidang Media Pengarah JPJ bersama Pengerusi SKMM
Butiran Penting Pergerakan di bawah PKPB: Tahu sebelum gerak!
Butiran Penting Pergerakan di bawah PKPB: Tahu sebelum gerak!
© 2023 BlackButterfly DesignArts