Bulan Penjagaan Diri Bagi Menggalakkan Kesihatan Dan Kesejahteraan Mental Yang Lebih Baik

Oleh Benjamin Koellmann, Ketua Pegawai Operasi Carsome

Kehidupan kita pada hari ini jauh berbeza dengan keadaan sebelum ini. Kita terpaksa bekerja dari rumah serta terpisah dengan rakan-rakan serta keluarga dalam tempoh yang lama, dan ini telah menjadi kebiasaan atau satu norma. Tempoh dua tahun yang lalu benar-benar mengajar kita untuk menyesuaikan diri; kehidupan di tempat kerja dan peribadi/rumah menjadi rumit, dan kita terpaksa mengimbangi keperluan peribadi/keluarga di samping mengendalikan tarikh akhir tugasan yang ketat serta tuntutan kehidupan profesional yang semakin padat.

Secara semulajadinya, manusia adalah makhluk sosial. Kita berkembang maju dengan adanya  kehadiran dan interaksi sosial di antara satu sama lain dan ia adalah penting untuk kesihatan psikologi serta fizikal kita. Walaupun terpaksa bekerja dari rumah ketika penularan pandemik COVID-19 semakin meningkat, jangkaan terhadap para pekerja masih juga sama malah lebih tinggi berikutan sesetengah perniagaan terpaksa bergelut untuk bertahan manakala ada juga yang memanfaatkan peluang pertumbuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini didorong oleh perubahan besar dalam tingkah laku pengguna semasa wabak.

Di Carsome, kami memahami bahawa situasi ini sememangnya sukar untuk rakan-rakan sekerja Carsome terutamanya bagi yang mempunyai keluarga yang memerlukan penjagaan rapi. Oleh itu, saya amat berbangga untuk menjadi salah seorang penyelaras bagi Bulan Penjagaan Diri sepanjang Oktober bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober. Berikut ialah ringkasan tentang aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan sekerja Carsome, seiring dengan #CarsomeCares:

Menjadikan Perbincangan Mengenai Kesihatan Mental Satu kebiasaan

Isu kesihatan mental sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pekerja di semua peringkat organisasi. Menurut sumber berita, lebih ramai orang yang melaporkan sekurang-kurangnya mempunyai satu simptom kesihatan mental pada tahun lalu. Justeru, kami ingin rakan-rakan sekerja Carsome tahu bahawa kami sentiasa bersedia untuk membantu mereka. Atas dasar itu, kami telah menyediakan pelbagai program bual bicara mengenai kesihatan mental sepanjang Oktober bagi menyebarkan kesedaran dan memberi penerangan tentang topik kesihatan mental yang boleh memberi manfaat kepada kita semua.

Rakan-rakan sekerja Carsome adalah nadi kepada Carsome, dan telah menjadi komponen penting dalam mengembangkan perniagaan ini hingga ke tahap sekarang. Oleh itu, kami ingin membantu mereka dalam apa jua cara yang kami mampu, terutamanya berkaitan dengan kesihatan mental.

Sokongan Kesihatan Mental

Apa yang kita telah belajar daripada penularan wabak COVID-19 ini adalah sokongan kesihatan mental bukan lagi pilihan, tetapi penting kepada sesebuah perniagaan. Justeru, selain mengadakan perbincangan, kami juga ingin memberi sokongan yang lebih ketara. Sehubungan itu, kami telah bekerjasama dengan Doctor Anywhere bagi menyediakan Alat Penilaian Kendiri Kesihatan Mental untuk rakan-rakan sekerja Carsome; untuk menilai dan mengenali tanda-tanda kebimbangan/kerisauan.

Bulan Penjagaan Diri Bagi Menggalakkan Kesihatan Dan Kesejahteraan Mental Yang Lebih Baik

Sebagai langkah tambahan, kami juga membiayai sesi kaunseling bersama ahli psikoterapi bagi para Carsomers yang memerlukannya. Kami sedia maklum bahawa perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, dan kami ingin memberikan sokongan kesihatan mental yang mereka perlukan tanpa perlu risau akan kos. Kami amat gembira apabila mengetahui hampir 300 orang telah mendapat manfaat melalui alat penilaian kendiri. Selain itu, lebih daripada 10 juga telah  mendapatkan bantuan yang mereka perlukan daripada pihak profesional.

Dengan semangat #CarsomeCares, pasukan HR telah bertungkus lumus menyusun  ‘pakej penjagaan’ khas yang disusun rapi dan menghantarnya kepada semua 2,000+ rakan-rakan sekerja Carsome. Ianya sangat menggembirakan apabila saya melihat semua foto dan video menarik yang dikongsikan oleh semua rakan-rakan sekerja Carsome mengenai pakej penjagaan yang mereka terima.

Gerakan untuk Jiwa

Aktiviti fizikal telah terbukti dapat membantu meningkatkan pengeluaran neurotransmiter  dipanggil endorfin. Oleh itu, kami juga telah menyediakan kelas yang disesuaikan khas untuk minda, tubuh badan dan jiwa untuk disertai rakan-rakan sekerja Carsome sepanjang bulan Oktober.

Bagi mereka yang masih belum bertemu antara satu sama lain, aktiviti-aktiviti sebegini juga peluang untuk bersuai kenal dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Antara aktiviti yang dijalankan bersama adalah aktiviti yoga bersama artis terkenal Atilia Haron, yang juga seorang pengamal dan pengajar yoga. Selain itu, terdapat juga aktiviti origami yang diadakan bagi menghilangkan tekanan dan kebimbangan.

Hari Kesihatan Mental

Sememangnya bukan mudah untuk menyesuaikan diri antara kerja dan kehidupan peribadi terutamanya apabila kita terus bekerja dari rumah. Walaupun bagaimanapun, saya percaya semua rakan-rakan sekerja Carsome masih berusaha keras untuk memastikan tugasan dan tarikh akhir diselesaikan dan kerja diteruskan sepanjang pandemik ini. Oleh itu, kami mengisytiharkan “hari kesihatan mental” dengan aktiviti khusus untuk individu dan pasukan.

Wellness Wednesday

Pada dua hari Rabu dalam bulan Oktober, rakan-rakan sekerja Carsome digalakkan untuk berkumpul dan bersama-sama melakukan aktiviti yang menyeronokkan di luar waktu kerja. Saya teruja untuk melihat mereka menganjurkan aktiviti ‘Wellness Wednesday’ dan bergembira melalui perjumpaan secara maya. Rakan-rakan sekerja Carsome berkumpul untuk karaoke maya atau sesi permainan kata yang mana dapat menyemarakkan kreativiti dan menggalakkan mereka untuk berhubung walaupun pada zahirnya berada jauh di antara satu sama lain.

Freedom Fridays

Pandemik ini telah mencipta istilah “Zoom fatigue” dan saya sendiri sedia maklum akan perkara ini sebab perlu menghadiri mesyuarat berturut-turut. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan penganjuran Freedom Fridays ataupun Jumaat tanpa mesyuarat, pada dua hari Jumaat dalam bulan Oktober. Freedom Fridays memberi peluang kepada kita untuk menumpukan perhatian pada aktiviti kerja yang penting. Ia juga memberi peluang untuk merehatkan minda dan merancang tugasan bagi minggu seterusnya. Secara peribadi, saya mendapati bahawa Freedom Fridays sangat produktif, sekaligus menjadikan kita lebih fokus, cekap dan bermotivasi dalam setiap mesyuarat yang dihadiri.

Bersama-sama #CarsomeCares

Aktiviti untuk Bulan Penjagaan Diri ini dipandu oleh semangat #CarsomeCares kami dan bertujuan untuk membantu Carsome mengharungi sebarang situasi. Kami ingin mereka tahu bahawa kami mengambil berat tentang kesejahteraan mereka, dan kami memahami bahawa  apabila kita gembira, kita dapat melakukan tugasan kita dengan lebih baik. Bak kata pepatah ‘Tough times don’t last, but tough people do’ – jadi kepada rakan sekerja Carsome dan anda di luar sana, kekal tabah dan jagalah diri anda. Mari kita harunginya bersama-sama!

© 2023 BlackButterfly DesignArts