Buds Super Soothing Organics Memberikan Kelegaan Sepenuhnya kepada Bayi dan Kanak-Kanak Dengan EASYclear™ + Prebiotik

Buds Organics melengkapkan penjagaan untuk ekzema dan kulit sensitif secara organik dengan tambahan baharu pada rangkaian Buds Super Soothing Organics (BSSO)

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2022 – Kulit bayi adalah organ yang paling penting yang sentiasa memerlukan perlindungan terbaik. Bayi juga akan berasa sangat selesa apabila kulit mereka sentiasa sihat dan lembap. Oleh itu, perhatian dan penjagaan khusus diperlukan agar si kecil kekal gembira dan ceria.  Namun begitu, terdapat ramai bayi yang memiliki kulit sensitif dan ibu bapa haruslah peka terhadap si kecil terutamanya apabila menangani ekzema atau radang kulit. Masalah ini juga menyebabkan ibu bapa menghadapi pelbagai kesan psikologi seperti kebimbangan berterusan dan kurang waktu tidur dalam usaha mengenal pasti solusi demi kelegaan anak tersayang. 

Ekzema ialah penyakit radang kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, kemerah-merahan dan gatal yang dialami oleh satu daripada lima orang kanak-kanak. Sempena Bulan Kesedaran Ekzema, Buds Organics berhasrat memberikan penyelesaian dalam penjagaan lengkap secara organik kepada ibu bapa di Malaysia bagi mengatasi masalah kulit sensitif dan kering melalui rangkaian produk tanpa steroid yang diperakui selamat dan berkesan. Ini termasuk dua tambahan baharu pada rangkaian Buds Super Soothing Organics: Super Soothing Deep Moisturising Cream dan Super Soothing Intensive Repair Cream.

Rangkaian Buds Super Soothing Organics dicipta khas untuk bayi dan kanak-kanak yang memiliki kulit terlampau kering dan sensitif. Rangkaian ini juga memberikan penjagaan lengkap bebas steroid dan sentiasa membantu melembapkan kulit. Pengguna boleh memilih produk penjagaan ekzema berdasarkan keadaan kulit anak mereka dengan terciptanya rangkaian koleksi ini. Oleh itu, rangkaian ini memiliki tahap keberkesanan yang sesuai untuk semua fasa daripada yang mengalami masalah kulit merekah, ruam gatal sehinggalah penjagaan selepas sembuh. Dirumus khas untuk pelbagai tahap yang berbeza, formula holistik EASYclear™ + Prebiotik ini dilengkapi dengan produk-produk berikut:

Super Soothing Hydrating Cleanser: untuk pembersihan dan penghidratan harian.

Super Soothing Rescue Lotion: untuk ekzema ringan, kulit kering dan sensitif.

Super Soothing Deep Moisturising Cream (BAHARU): untuk memulihkan kulit yang memerlukan kelembapan setiap hari dengan kebolehan untuk melegakan, memberi perlindungan dan pencegahan yang sangat diperlukan bagi mengekalkan kulit sentiasa sihat serta dapat mengelakkan kemerah-merahan.

Super Soothing Intensive Repair Cream (BAHARU): untuk ekzema yang teruk dan iritasi kulit yang memerlukan penjagaan rapi dan kelegaan berpanjangan. Krim ini mempunyai campuran EASYclear™ + Prebiotik untuk memperbaiki dan melegakan kulit yang kritikal, kering, sensitif dan gatal.

Rangkaian Buds Super Soothing Organics 

Formulasi EASYclear™ + Prebiotik menampilkan gabungan bahan aktif tumbuhan dan dihasilkan berdasarkan kaedah rawatan lengkap dengan empat fungsi penting yang terbukti secara klinikal. Fungsi-fungsi tersebut ialah mengurangkan kegatalan dan melegakan keradangan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memelihara kulit daripada kehilangan lembapan dan melindungi daripada bakteria berbahaya.  Ia turut memperbaiki dan mencegah kulit daripada keradangan dengan menggalakkan penyembuhan serta membantu penjanaan semula kulit.  Antara ramuan-ramuan utama yang digunakan dalam rumusan formula EASYclear™ + Prebiotik adalah:

Menenangkan: Minyak Biji Anggur, Ekstrak Balloon Vine, Minyak Bunga Matahari, Jus Daun Aloe Vera, Ekstrak Daun Shisho yang berfungsi sebagai agen antihistamin dan anti radang serta menyekat tindak balas alahan. 

Melindungi: Totarol, Minyak Pokok Teh, Vitamin E, Ekstrak Minyak Zaitun yang berfungsi sebagai agen antibakteria untuk melindungi kulit daripada radikal berbahaya yang boleh mengganggu proses penyembuhan kulit. Sementara itu, Jojoba Organik, Bunga Matahari Organik, Mentega Shea dan Minyak Bijan membentuk sebagai penghalang yang melindungi kulit daripada kehilangan lembapan dan kehilangan air secara berlebihan.

Memperbaiki: Minyak Inca Inchi, Minyak Argan dan Ekstrak Mentega Shea untuk menggalakkan penjanaan semula pemulihan kulit.

Mencegah: Prebiotik Alpha-Glucan Oligosaccharide untuk menguatkan lapisan pelindung kulit, merangsang pertumbuhan bakteria baik dan mencegah keradangan.

Selain itu, semua produk Buds Organics diperakui ECOCERT dan dirumus khas dengan ramuan semula jadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Produk Buds Organics juga dihasilkan daripada sumber pertanian yang lestari sekaligus menjadikannya selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

“Perawatan kulit sensitif untuk si kecil sentiasa dekat di hati kami kerana anak-anak abang saya dilahirkan dengan ekzema yang teruk. Melalui penyelidikan, kajian berterusan dan diiringi dengan perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya dalam memberikan kelegaan pada kulit sensitif, maka terhasillah rangkaian Buds Organics pertama pada tahun 2004. Kini, Buds Organics kekal komited dalam menyediakan penjagaan dan perlindungan terbaik untuk bayi dan anak-anak yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif. Kami juga sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan serta ruang buat ibu bapa agar dapat menjalani detik-detik bermakna bersama keluarga tersayang,” kata Soo Siew Peng, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics.

Sempena Bulan Kesedaran Ekzema, Buds Organics turut mengadakan pertunjukan fesyen untuk meningkatkan kesedaran dalam menangani ekzema secara efektif. Pemilihan fabrik memainkan peranan penting dalam memastikan kulit sentiasa selesa sepanjang hari. Fabrik semula jadi dan telap udara menjadi pilihan utama untuk membantu mengurangkan iritasi kulit. Berlangsung pada 13 Oktober 2022, satu pertunjukan fesyen telah diadakan dengan menampilkan kanak-kanak dan ibu bapa yang menggayakan busana daripada POKOKS. Jenama pakaian tempatan ini terkenal dengan rekaan yang diinsiprasikan melalui reka bentuk moden yang menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk membantu bayi dan kanak-kanak sentiasa selesa sepanjang masa.

Buds Organics juga menganjurkan pameran foto “gaya hidup” ibu bapa dengan anak-anak sebagai tanda menghargai perjalanan mereka di samping memecahkan stigma negatif yang sering dikaitkan dengan ekzema. Pameran ini adalah sebahagian daripada inisiatif Buds Organics untuk memberikan gambaran umum mengenai keluarga yang bahagia dalam menjalani kehidupan tanpa diganggu dengan isu berkaitan masalah kulit sensitif. 

Sambutan Bulan Kesedaran Ekzema

Promosi Bulan Kesedaran Ekzema

Nikmati potongan 50% untuk produk Buds Super Soothing Starter Kit dengan sebarang pembelian melebihi RM100 dari laman web Buds Organics, Shopee Mall dan LazMall.

Tampil Selesa dengan POKOKS

Nikmati diskaun RM20 untuk koleksi baju tidur kapas premium Luna dengan kod diskaun BUDS-RM20 di www.pokoks.com.

Maklumat lanjut mengenai Buds Super Soothing Organics boleh didapati dengan melayari  budsorganics.co dan ikuti perkembangan terkini daripada halaman Facebook dan Instagram. Beli produk hebat dan lestari untuk keluarga anda di budsorganics.co/shop/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts