Kuala Lumpur, 5 Mac 2024 – Industri kecantikan dan estetik telah disemarakkan oleh satu siri gelombang inovasi teknologi. Menurut Vantage Market Research, jualan peranti pintar dalam industri kecantikan dianggar mencecah USD$144.2 bilion menjelang 2028, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 18.8 peratus. Selaras dengan peningkatan keperluan ini, BTL Aesthetics, peneraju dalam penyelesaian estetik dan perubatan, berbesar hati memperkenalkan teknologi terbaharunya, EXION.
EXION ialah peranti 4-dalam-1 canggih yang direka khas bagi menangani pelbagai masalah kulit, muka, tubuh dan kesihatan intim. Ia membawa revolusi dalam teknologi kontur badan dengan keputusan yang ketara, khususnya peningkatan 224 peratus dalam asid hyaluronik semula jadi tanpa jarum. Ini membolehkan kulit meregang dan melentur secara semula jadi, sambil mengurangkan kedutan dan garisan halus.
Pada majlis pelancaran di Hyatt Place Bukit Jalil, BTL Aesthetics menunjukkan bagaimana EXION membolehkan pakar perubatan menyasarkan pelbagai bahagian tubuh bagi menangani masalah berkaitan kecantikan. Melalui penggunaan teknik pembentukan semula subdermal yang canggih, ia menjamin keselesaan pengguna dengan tempoh pemulihan yang minimum atau tanpanya sama sekali. Malah, EXION mencuri perhatian dengan menunjukkan keputusan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, seperti peningkatan keanjalan kulit sebanyak 85 peratus dan pengurangan lemak sebanyak 22 peratus.
“Kami sangat teruja kerana EXION kini tersedia di Malaysia untuk pakar perubatan yang mencari penyelesaian lanjutan bagi memenuhi keperluan estetik dan perubatan pesakit mereka,” kongsi Pengurus Negara Peranti Perubatan, BTL Aesthetics, Rebecca Arthur. “Matlamat ideal kami, adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang dibelenggu masalah kecantikan tidak lagi kecewa dengan keputusan yang kurang memuaskan, lebih-lebih lagi selepas menanggung kesakitan atau ketidakselesaan — kerana EXION menawarkan penyelesaian paling canggih bagi menjamin keselesaan dan keberkesanan.”
EXION direka bentuk untuk merawat lebih 23 bahagian tubuh, daripada zon muka seperti periorbital dan dahi, sehingga ke bahagian tubuh yang lebih luas, termasuk lengan, perut, paha dan punggung. Keberkesanannya disokong oleh kajian klinikal yang luas serta sekumpulan pakar perubatan, termasuk Dr. Nurul Ain Abdullah (Pengasas & Pengarah Perubatan Alainn Clinic), Dr. Lynda Quah (Pengarah Urusan & Doktor Estetik Revival Medical Clinic), Dr. Valynne Ng, (Pengarah Klinikal Clinic RX), dan Dr. Joann Law (Pengasas & Pengarah Mira Clinic).
Bagi merawat semua lapisan kulit di pelbagai bahagian tubuh, EXION menggunakan empat aplikator canggih termasuk: FRACTIONAL RF, yang menggunakan teknologi ‘microneedling’ untuk mengetatkan dan memperbaiki tekstur kulit; FACE, yang merangsang pengeluaran asid hyaluronik semula jadi tanpa jarum; BODY, yang memperbaiki kulit kendur dan pemendapan lemak dengan cekap; dan EMFEMME 360, yang memulihkan kesihatan intim dan estetik wanita dengan cepat dan tanpa ketidakselesaan.
Kehebatan teknologi EXION disokong oleh Kecerdasan Buatan Lanjutan, yang merupakan kemajuan penting dalam industri estetik. Dengan menggunakan teknologi ‘microneedling’, teknologi RF monopolar, dan kombinasi RF dan teknologi ultrasound bersasaran (berpaten), EXION memberi keputusan yang optimum dengan invasif minimum.
Kesimpulannya, EXION membolehkan pelanggan menikmati manfaat penyelesaian estetik dan perubatan yang canggih tanpa mengorbankan keselesaan. Misi utama BTL Aesthetics adalah untuk terus menggunakan inovasi selama 30 tahunnya untuk meneroka pendekatan yang selesa, selamat dan cekap bagi rawatan estetik perubatan.
Untuk maklumat lanjut, layari https://btlaesthetics.com/en/for-providers/exion-providers.