Bongkar Secrets Of The Raknus Selu Trail Di AXN Asia Ketika Tayangan Perdana Pada 27 September 2022

KC Global Media dan Majlis Hal Ehwal Hakka menayangkan siri docutainment dan podcast original  budaya Hakka Taiwan buat julung kalinya  di AXN Asia

Rakyat Malaysia kini boleh meneroka jalan purba dan membongkar adat resam dan kisah warisan Hakka yang unik melalui produksi pengembaraan budaya asli terbaru AXN Asia, Secrets of The Raknus Selu Trail! KC Global Media, rangkaian hiburan terkemuka Asia dan Majlis Hal Ehwal Hakka Taiwan telah bekerjasama untuk menghasilkan Secrets of the Raknus Selu Trail, docutainment istimewa satu jam yang akan ditayangkan di rangkaian AXN Asia termasuk pelancaran global siri empat bahagian podcast dengan tajuk yang sama pada 27 September di seluruh platform penstriman audio terkemuka seperti aplikasi SYOK Astro Radio,  Spotify dan Apple Podcast.

Tidak lagi diselubungi misteri, KC Global Media menjemput semua orang untuk mengikuti dan meneroka budaya dan warisan Hakka yang bersejarah, dihos oleh jurugambar veteran British, Chris Stowers, dan penulis makanan dan pelancongan Taiwan yang memenangi pelbagai anugerah, Danny Wen Shi-Kai.  Jejak Raknus Selu yang berusia 300 tahun itu telah dicantum dengan laluan lama, jalan pertanian, dan laluan mendaki yang sempit di mana laluan bersejarah ini telah menyaksikan ikatan sejarah antara golongan Hakka dan penduduk asal di situ. Secrets of the Raknus Selu Trail juga membawa penonton dalam perjalanan yang menyayatkan apabila Chris dan Danny meneroka hati dan jiwa golongan Hakka dari pelbagai generasi melalui wawancara mendalam, termasuk kisah semangat mereka untuk mencipta dan mempromosikan budaya Hakka dan laluan bersejarah tersebut di lokasi masing-masing kepada dunia.

Bongkar Secrets Of The Raknus Selu Trail Di AXN Asia Ketika Tayangan Perdana Pada 27 September 2022

Secrets of the Raknus Selu Trail juga telah dimeterai sebagai pilihan rasmi World Trails Film Festival, rangkaian bukan keuntungan antarabangsa yang dipandang tinggi oleh pelancong antarabangsa dan pembuat filem mengenai komitmen bersama ke arah kelestarian dan keseronokan alam, budaya, dan pengembaraan. 

Kejap, ada lagi!

AXN Asia juga akan memperkenalkan beberapa personaliti Hakka di Asia Tenggara melalui sosial media – yang memperjuangkan budaya mereka dan memastikan ia terus hidup untuk generasi akan datang. Rakyat Malaysia boleh menantikan cerita blogger makanan Hakka terkenal, Joshua Tsi yang akan berkongsi cerita budaya melalui platform media sosialnya, dan pelatih motivasi Kar Fei, yang menyelubungi nilai-nilai Hakka dalam ceramah motivasinya.  Untuk memahami lebih tentang kisah inspirasi mereka, pastikan anda mengikuti @AXNAsia di Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Tiktok!

Oleh itu, pastikan mata dan telinga anda terbuka luas kerana terdapat banyak rahsia dan keajaiban yang akan dibongkar buat pertama kalinya di seluruh dunia melalui AXN Asia (Astro Channel 701 HD dan unifi TV Channel 453) dan siri podcast empat bahagian di platform penstriman audio terkemuka (aplikasi SYOK Astro Radio, Spotify, dan Apple Podcast). Jangan risau jika anda terlepas tayangan perdana, kerana anda masih boleh menonton keluaran global produksi ini di Saluran Youtube AXN Asia, keesokan harinya pada 28 September! Layari saluran Youtube AXN Asia untuk melihat trailer Secrets of the Raknus Selu Trail: https://www.youtube.com/playlist?list=PLOrN4ZFg3WRrTEKnwAj1koDgRVu7hAyVe. Untuk maklumat lanjut mengenai AXN Asia, sila layari http://axn-asia.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts