Bolt Meraikan Kejayaan Rakan Pemandu di Malaysia dengan Sokongan Kementerian Pengangkutan

Meraikan Dedikasi Rakan Pemandu, Mengiktiraf Kejayaan Mereka, dan Membina Masa Depan Lebih Kukuh dan Lebih Inklusif untuk Industri Ride-Hailing Malaysia

Bolt Meraikan Kejayaan Rakan Pemandu di Malaysia dengan Sokongan Kementerian Pengangkutan

Kuala Lumpur, 13 Disember 2024 – Bolt, peneraju perkhidmatan mobiliti global, berjaya menganjurkan Acara Penglibatan Pemandu pertamanya di Malaysia. Acara ini menghimpunkan komuniti rakan pemandunya bagi meraikan pencapaian dan mengiktiraf peranan penting mereka dalam melakar kejayaan syarikat itu, di samping mengukuhkan komitmennya untuk membina ekosistem ride-hailing yang menyokong dan boleh dipercayai untuk rakan pemandu dan penumpang.

Acara itu turut disantuni oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, menunjukkan komitmen kerajaan ke arah usaha memajukan penyelesaian mobiliti bandar yang berinovatif. Menteri Pengangkutan memuji Bolt atas usahanya memperkasakan pemandu tempatan dan menangani cabaran pengangkutan utama di Malaysia, terutamanya di Lembah Klang. Sokongan beliau mengesahkan komitmen kerajaan terhadap kerjasama yang dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan, dan meningkatkan akses untuk penumpang.

Bolt Meraikan Kejayaan Rakan Pemandu di Malaysia dengan Sokongan Kementerian Pengangkutan

YB Anthony Loke berkata:

“Kami komited untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan di Lembah Klang dengan menyokong platform berinovatif seperti Bolt, yang menyumbang kepada industri ride-hailing yang lebih berdaya saing dan dinamik. Persaingan ini memastikan peluang yang lebih baik untuk pemandu, memperkasakan mereka dengan potensi pendapatan yang lebih adil dan autonomi yang lebih besar, sementara penumpang mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang lebih baik dan mampu milik. Usaha ini selari dengan visi kami untuk mencipta sebuah ekosistem pengangkutan yang saling berhubung, mampan, dan cekap, memastikan akses dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua penduduk di Lembang Klang.”

Semasa acara itu, Bolt mengiktiraf 3 rakan pemandu terbaiknya atas sumbangan luar biasa mereka terhadap platform itu, mencerminkan peranan penting yang dimainkan oleh pemandu dalam membentuk pengalaman ride-hailing yang positif. Pengiktirafan ini menunjukkan keyakinan Bolt dalam menghargai dan menyokong rakan pemandu sebagai asas kepada perkhidmatannya.

Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi berkata:

“Rakan pemandu kami adalah asas kepada kejayaan Bolt, dan acara ini adalah untuk meraikan dedikasi dan pencapaian mereka yang luar biasa. Ia memberi peluang kepada kami untuk mengiktiraf sumbangan mereka dan mengadakan libat urus secara langsung dengan mereka, memastikan suara mereka didengari sambil kami terus berkembang di Malaysia. Acara seperti ini menunjukkan semangat komuniti yang kuat, yang kami bina bersama rakan pemandu kami, yang memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman penumpang Bolt. Kami berbangga dengan momentum yang dicapai oleh Bolt di Malaysia dan komited untuk terus menyokong rakan pemandu kami sambil kami memacu perubahan positif dalam industri ride-hailing.”

Memandang ke Hadapan: Visi Bolt di Malaysia

Pelebaran sayap Bolt ke Malaysia dipandu oleh misinya untuk mencipta bandar untuk rakyat, bukan untuk kereta, dengan menawarkan alternatif sebenar terhadap pemilikan kenderaan persendirian. Dengan menggalakkan mobiliti yang dikongsi bersama, Bolt berupaya menangani masalah seperti kesesakan dan pencemaran di bandar sambil melengkapkan rangkaian pengangkutan awam sedia ada bagi mewujudkan pengalaman berulang-alik yang lebih terhubung dan cekap.

Dengan pasaran ride-hailing Malaysia diunjurkan mencecah 11.47 juta pengguna menjelang 2029, Bolt merebut peluang untuk merapatkan jurang pengangkutan dengan penyelesaian berinovatif. Bagi menyokong visi kerajaan untuk menambah baik mobiliti bandar, Bolt menyasarkan untuk meningkatkan ketersambungan batuan terakhir serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi gig digital Malaysia. Usaha ini selari dengan misi global Bolt untuk menyepadukan perkhidmatan ride-hailing ke dalam ekosistem pengangkutan bandar, menawarkan penumpang alternatif yang mampu milik dan boleh diharapkan berbanding kereta persendirian.

Acara Penglibatan Pemandu ini turut mengukuhkan komitmen Bolt terhadap rakan pemandunya, menekankan pendekatan yang mengutamakan pemandu syarikat itu dengan menumpukan kepada pendapat, fleksibiliti, dan keselamatan mereka. Dengan memberi perhatian kepada keperluan pemandu serta penumpang, Bolt berjaya mendefinisikan semula pengalaman ride-hailing di Malaysia.

Menerusi inovasi dan pendekatan berteraskan manusia, Bolt dapat membina komuniti yang lebih kukuh di samping meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

© 2024 BlackButterfly DesignArts