BloomThis Terus Berakar Kukuh menerusi Pelancaran Kedai Ketiga dan Menyemai Benih Kegembiraan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

Ia menandakan komitmen berterusan jenama ini untuk menyebarkan detik-detik kebahagiaan kepada lebih ramai orang terutamanya dalam komuniti penjagaan kesihatan

BloomThis Terus Berakar Kukuh menerusi Pelancaran Kedai Ketiga dan Menyemai Benih Kegembiraan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

Subang Jaya, 6 Mac 2024: BloomThis, jenama peneraju pasaran dalam gubahan bunga dan cenderamata, melancarkan kedai fizikal ketiga yang terletak secara strategik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Pembukaan sebuah lagi kedai jenama yang terkenal dengan perniagaan secara e-dagang ini membuktikan iltizam BloomThis untuk menyebarkan kegembiraan menerusi rangkaian produknya kepada lebih ramai pengguna, terutama sekali mereka yang berada dalam komuniti penjagaan kesihatan.

BloomThis Terus Berakar Kukuh menerusi Pelancaran Kedai Ketiga dan Menyemai Benih Kegembiraan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

Kedai terbaharu di SJMC ini merupakan pencapaian signifikan BloomThis dalam perniagaan secara runcit selepas kejayaannya membuka dua buah kedai bunga fizikal sebelum ini. Sebagai jenama e-dagang yang disegani, BloomThis merancang untuk meluaskan misinya menerusi penambahan peluasan perniagaan dan memberikan pengalaman membeli bunga dan cenderamata yang unik kepada pelanggan baharu.

BloomThis Terus Berakar Kukuh menerusi Pelancaran Kedai Ketiga dan Menyemai Benih Kegembiraan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)

BloomThis dan SJMC berhasrat untuk menyemai benih-benih keceriaan dalam industri penjagaan kesihatan menerusi kerjasama ini. Kedua-dua jenama ingin mengutamakan aspek kesejahteraan pesakit dan golongan profesional sektor penjagaan kesihatan dengan memperkenalkan elemen menenangkan yang ada pada sebuah gubahan bunga, dalam perkarangan hospital. Pelbagai kajian mendapati bunga mempunyai pelbagai manfaat walaupun kepada orang yang hanya melihat, menyentuh, atau menghidu baunya. Sebagai contoh, berada berhampiran bunga didapati membantu untuk mengurangkan tekanan, menyegerakan penyembuhan, meningkatkan daya tumpuan, dan memperbaiki mood.

Pengarah Urusan dan pengasas bersama BloomThis, Penny Choo berkata, “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan SJMC, kerana kedua-dua jenama ini arif dalam menghargai dan mementingkan tujuan utama kedua-dua buah perniagaan masing-masing, iaitu memenuhi permintaan dan kesejahteraan pelanggan. Kerjasama ini mempunyai matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang menyembuhkan dalam kawasan SJMC dengan menggunakan manfaat terapeutik bunga, seterusnya menyumbang kepada pengalaman dan kesejahteraan menyeluruh pesakit yang lebih baik. Kami juga berharap agar kehadiran kedai fizikal kami akan membantu mereka yang mahu memberi buah tangan dan jambangan bunga segar kepada orang yang tersayang yang menjalani rawatan di SJMC. Kami ingin melihat usaha ini membantu dalam menyuburkan kegembiraan di persekitaran penjagaan kesihatan dan menjadi piawaian baru dalam penjagaan yang bersifat menyeluruh”.

“Sebagai jenama yang sentiasa cuba untuk mencipta detik-detik menggembirakan bagi pelanggan dan dikenali ramai kerana gubahan bunga dan pilihan hadiah istimewa, kami teruja untuk memberikan impak positif kepada industri penjagaan kesihatan menerusi kerjasama ini dengan membawakan detik-detik menggembirakan kepada pesakit dan golongan profesional penjagaan kesihatan”, kata Choo lagi.

Selain tawaran sedia ada, BloomThis dan SJMC juga akan mengadakan bengkel gubahan bunga dan acara-acara terpilih. Inisiatif ini dilakukan bagi menggalakkan aspek kesejahteraan dan ketenangan kepada pesakit dan profesional penjagaan kesihatan, di samping memupuk suasana positif dan menyembuhkan dalam kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kami gembira dengan kehadiran BloomThis di SJMC. Kami percaya kerjasama ini akan menambah nilai kepada hospital dan juga pesakit. Selain daripada pengurusan penyakit, penjagaan kesihatan juga membantu pesakit untuk kembali hidup seperti biasa. Ia merangkumi kegembiraan apabila pesakit kembali pulih dan mampu untuk melakukan perkara yang mereka sukai serta menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang. Justeru, selain cantik dipandang, bunga juga membantu menyembuhkan, bersifat terapeutik, dan menggalakkan kesejahteraan menyeluruh pesakit”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Bryan Lin.

Sebagai sebuah hospital swasta ternama yang terletak di kawasan perbandaran Subang Jaya yang sibuk, kedai fizikal terbaru BloomThis di SJMC ini akan membolehkan penduduk berhampiran untuk mengakses produk-produk BloomThis dan membantu orang ramai yang ingin membeli cenderamata apabila mereka dalam persekitaran kawasan ini.

Kedai BloomThis di SJMC ini boleh dikunjungi orang ramai bermula hari ini dan ia terletak di tingkat bawah bangunan Mediplex. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan BloomThis, sila kunjungi https://bloomthis.co/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts